“Malam Tadi Dia OT” – Gelagat Kucing Tidur Tergantung Di Kaunter Pam Minyak Bikin Dekah
Menerusi video berkenaan, kucing itu dilihat sedang tidur dalam posisi kepala ‘bertongkat’ dan tangan tergantung ke hadapan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sudah menjadi kebiasaan melihat kucing berkeliaran di sekitar kawasan terbuka, lebih-lebih lagi di tempat awam seperti pam minyak.
Kucing di sini kebiasaannya dijaga biarpun dibiarkan bebas di kawasan tersebut. Dengan adanya sumber makanan dan tempat yang selesa, mereka cenderung kembali dan menganggap kawasan itu sebagai ‘rumah’ sendiri.
Itulah yang terjadi pada seekor kucing ini yang dilihat selesa, dan lena dibuai mimpi di atas kaunter bahagian luar sebuah pam minyak. Posisi tidurnya yang jelas terlihat bersahaja berjaya menarik perhatian ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Beratur Nak Salam Raya Dengan Ahli Keluarga Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Hidup Dengan Kucing Ada Separation Anxiety, Nak Perhatian 24 Jam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penat Majikan Cari, Gelagat Anak Kucing Sembunyi Dalam Tong Sampah Bikin Dekah
Kucing Tidur Tergantung Dalam Ruang Kecil Kaunter Pam Minyak
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@ellajau), seekor kucing berjaya mencuri tumpuan apabila dirakam sedang tidur di bahagian luar kaunter sebuah pam minyak.
Bahagian kaunter tersebut mempunyai ruang kecil berbentuk kotak besi yang biasanya digunakan oleh pekerja kedai serbaneka pam minyak untuk menyerahkan barangan kecil kepada pelanggan yang membuat bayaran dari luar.
Apa yang lebih mencuit hati ialah posisi tidur si bulus yang begitu aneh tetapi terlihat sangat selesa. Kepalanya itu “ditongkat” pada bahagian atas kotak besi berkenaan, manakala tangannya dibiarkan tergantung ke hadapan.
Lebih melucukan, wajah kucing itu kelihatan sangat penat, dengan mata terpejam dan mulut sedikit ternganga seolah-olah ia betul-betul “letih bekerja”.
Biarpun disebelahnya terlihat seorang pengguna yang sedang cuba mengimbas kod QR untuk membuat bayaran, kucing itu jelas tidak langsung terganggu.
Pemilik video sempat bergurau melihat keadaan kucing itu dengan menulis di ruangan kapsyen, “Helo bos, nak buat aduan cashier tidur semasa bertugas.”
Netizen Terhibur, Siap “Berdrama” Lihat Keadaan Kucing
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat si comel yang dilihat tidur tak ingat dunia.
Rata-rata memeriahkan suasana dengan meninggalkan komen berbaur jenaka masing-masing yang kreatif dan bersahaja.


Ada yang bergurau membayangkan kucing itu benar-benar bekerja seperti manusia dan tidak ingin menjadi “viral” atas sebab aib ia yang sedang tidur.
Seorang lagi pengguna bergurau, “Kenapa tak pergi je tegur depan-depan?” merujuk kepada situasi kebiasaan dilakukan kebanyakan individu yang merakam kejadian-kejadian sebegini tapi tidak menegur secara bersemuka.

Tanda Kucing Gembira Melalui Bahasa Badan (Body Language)
Jika anda ingin tahu, kucing sebenarnya akan meluahkan perasaan mereka melalui beberapa pergerakan bahasa badan.
Apabila mereka gembira, akan ada pelbagai cara mereka menunjukkannya melalui tingkah laku dan reaksi terhadap persekitaran.
Memetik laman Sheba, ini beberapa gerak badan seekor kucing apabila mereka gembira. Antaranya:
- Postur Badan Bersahaja – Sama ada mereka berehat, berbaring di sisi atau menguli, kucing yang bersahaja ialah kucing yang berasa nyaman, tenang, dan bahagia
- Ekor Tegak Atau Mengibas Perlahan – Menandakan keyakinan, keramahan dan ketenangan terhadap sekeliling
- Telinga Tegak Ke Hadapan – Tanda mereka berminat dan terlibat dengan persekitaran
- Menepuk Badan Kita Secara Perlahan – Cara lembut ini digunakan untuk mendapatkan perhatian dan berinteraksi dengan pemilik
- Menanduk Kepala ke Tangan – Menandakan kepercayaan dan kasih sayang dengan meninggalkan bau pada anda
- Menggeselkan Badan – Tindakan ini menunjukkan anda sebahagian daripada ‘wilayah’ mereka dan mereka rasa selamat dengan anda
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Dedah Sebab Kucingnya Tidak Dipakaikan ‘Collar’, Tegaskan Soal Keselamatan Mereka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Nyawa Hujung Tanduk” – Anak Kucing Nyaris Digilis, Suami Isteri Bertindak Pantas
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.