“AS Hampir Tiada Produk Tempatan” – Tun M Anggar Trump Hentikan Tarif Tinggi Dalam 3 Bulan
Mengulas tentang tarif tinggi yang dikenakan oleh Donald Trump, Tun Mahathir berkata langkah itu akan meningkatkan kos sara hidup di Amerika Syarikat sendiri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Isu membabitkan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung kenaikan tarif yang dikenakan ke atas produk import di negara itu masih hangat diperkatakan.
Dalam keputusan itu, beberapa negara mengalami kenaikan tarif secara mendadak antaranya China yang dikenakan kadar mencecah 145%.
Pun begitu, Trump semalam (23 April) seolah-olah memberi bayangan bahawa kadar tersebut akan ‘turun dengan ketara’.
Malaysia turut terkesan apabila pentadbiran AS menetapkan tarif sebanyak 24% ke atas barangan diimport ke negara itu.
Baca Artikel Berkaitan: Tarif AS Ke Atas China Dikenakan Trump Meningkat Kepada 104%
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Malaysia Pun Kena Tempias” – Tengku Zafrul Jelaskan Isu Kenaikan Tarif Dikenakan Trump
Tun Dr Mahathir Jelaskan Tarif Tinggi Beri Kesan Kepada AS Sendiri
Terbaharu, bekas Perdana Menteri negara Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkongsi pendapatnya berkenaan isu tarif tinggi yang dikenakan oleh Trump.
Menerusi hantaran di X, beliau menganggarkan bahawa Trump akan menghentikan tarif tinggi tersebut dalam masa tiga bulan.
Katanya, ini kerana tarif tinggi yang ditetapkan akan memberi kesan kepada AS sendiri berbanding negara-negara lain.
Tun M menjelaskan bahawa tarif bertujuan untuk meningkatkan harga barangan import agar produk tempatan lebih laku. Namun perkara ini juga bergantung kepada ketersediaan produk tempatan.
“Amerika hampir tiada produk tempatan. Ini kerana sudah lebih sedekad AS bergantung kepada produk import kerana harganya yang murah,” ujarnya.
Sekadar info, tarif berfungsi sebagai ‘sekatan perdagangan’ antaranya untuk:
- Melindungi perniagaan tempatan.
- Meningkatkan harga barangan luar negara.
- Mengurangkan kuantiti produk dan servis oleh negara luar.
Banyak Produk AS Dihasilkan Di Luar Negara Kerana Kos Rendah
Tambah beliau lagi, banyak produk AS juga dihasilkan di luar negara memandangkan kosnya yang lebih rendah.
Beliau mengambil contoh peranti iPhone oleh Apple Inc yang dihasilkan di China dan India untuk dijual ke seluruh negara termasuklah AS sendiri.
“Jika tarif tinggi dikenakan ke atas barangan import, kos iPhone di AS yang dihasilkan di China akan menjadi 120% lebih berbanding negara-negara lain.
“AS bukan pengeluar besar iPhone. Jika import jadi mahal kerana tarif tinggi, tidak akan ada iPhone tempatan untuk memenuhi permintaan AS,” beliau menjelaskan situasi itu.
Tun M berkata Trump sudahpun terpaksa menangguh tarif tinggi ke atas barangan elektronik dan masalah sama akan turut dihadapi oleh produk lain, sekaligus meningkatkan kos sara hidup di AS.
“Jika AS cuba menghasilkan kesemua produk ini di negaranya, kosnya akan terlalu tinggi sehingga sukar dijual. Dan produk itu tidak boleh dieksport kerana AS tidak mampu bersaing dalam pasaran dunia,” katanya.

Tun M Jelaskan Tarif Tinggi Akan Naikkan Kos Sara Hidup Di AS
Mengulas mengenai kesan tarif tinggi ke atas negara itu, Tun M berkata akan berlakunya kekurangan bekalan banyak produk baik yang penting ataupun tidak.
Bukan itu sahaja, US juga akan kekurangan banyak barangan dan komponen untuk kebanyakan produknya yang diperoleh atau dihasilkan oleh syarikat AS di luar negara.
“Disebabkan tarif ke atas produk import dan kos penghasilan yang tinggi di AS, kos sara hidup di negara itu akan menaik dengan mendadak,” jelas Tun M.
Perkara ini sekaligus akan meningkatkan pendapatan, seterusnya meningkatkan kos penghasilan produk dan kos sara hidup sekali lagi.
“AS akan kehilangan pasaran luar kerana produknya tidak dapat bersaing dalam pasaran dunia. Banyak demonstrasi akan dilakukan oleh rakyat AS. AS tidak akan menjadi hebat.
“Saya beri Trump tempoh tiga bulan (sebelum dia menghentikan tarif tinggi AS). Mungkin lebih. Mungkin juga saya silap. Kita akan lihat,” katanya.
Wujud Dakwaan Produk China Dipalsukan Sebagai Buatan Malaysia
Terdahulu, media AS melaporkan dakwaan wujudnya amalan produk China dipalsukan sebagai buatan Malaysia bagi mengelak tarif tinggi yang dikenakan.
‘Servis’ tersebut ditawarkan oleh broker di China kepada penjual dalam talian di AS untuk mengurangkan kos dengan memalsukan nilai penghantaran atau tempat asal produk.
Ini dapat dilihat sebagai satu ‘loophole’ yang diambil peluang agar produk buatan China tidak dikenakan tarif sebanyak 145% itu.
Pun begitu, penganalisis perdagangan menegaskan agar tindakan segera diambil oleh Malaysia agar memastikan label eksportnya tidak dieksploitasi dalam perang perdagangan yang berlaku antara dua negara kuasa besar itu.
Sebelum ini, pengulas konservatif AS dan hos televisyen, Bill O’Reilly telah mengkritik kunjungan Presiden China Xi Jinping ke tiga negara Asia Tenggara.
“Jadi, saya tak tahu mengapa awak ke sana. Mungkin dia cuba membawa masuk barang-barangan China di bawah label Vietnam tetapi perbuatan itu akan didedahkan dengan senang,” katanya.
Baca Artikel Berkaitan: Produk China Didakwa Dipalsukan Sebagai Buatan Malaysia Bagi Elak Tarif AS Tinggi
Baca Artikel Berkaitan: “Malaysians Tak Ada Duit” – Pengulas AS ‘Kutuk’ Kedatangan Presiden China Ke Malaysia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.