Now Reading
[Video] Pelajar Universiti Ditangkap Rakam Wanita Hamil Di Pasar Raya

[Video] Pelajar Universiti Ditangkap Rakam Wanita Hamil Di Pasar Raya

Remaja itu didapati telah merakam video banyak wanita hamil termasuk yang berpurdah, dan mengakui melakukannya sebagai ‘stock’ untuk melampiaskan nafsu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dapat dinafikan lagi bahawa banyaknya terjadi masalah sosial dalam kalangan masyarakat pada masa kini.

Apa yang lebih merisaukan adalah apabila orang tidak bersalah yang menjadi mangsa sama ada secara sedar mahupun tidak.

Dalam satu insiden yang tular baru-baru ini, para wanita telah menjadi mangsa apabila dirakam secara tersembunyi oleh seorang lelaki bagi tujuan yang tidak bermoral.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Guru Hantar Link Lucah: KPM Tak Kompromi Dengan Salah Laku Seksual

Baca Artikel Berkaitan: 1 Daripada 5 Rakyat Malaysia Pernah Jadi Saksi Wanita Diganggu Secara Seksual

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Dedah Ada Kanak-kanak Diperdaya Lakukan Seks Dalam Tempoh Sejam Berkenalan

Wanita Kongsi Pengalaman Diekori Remaja Lelaki

Pada 21 April lalu, tular hantaran media sosial oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Erny berkongsi pengalaman buruknya diekori oleh seorang remaja lelaki.

Dia yang sedang membeli-belah di sebuah pasaraya di Seremban 2, Negeri Sembilan ketika itu, mengalami insiden yang pasti akan membuatkan orang ramai berasa risau setiap kali berada di ruang awam.

Wanita itu yang hamil perasan bahawa terdapat seorang remaja lelaki memakai baju berwarna kuning yang sentiasa mengekorinya dengan agak rapat.

“Bila ke bahagian lain, perasan budak ni ikut sambil merakam. Telefon tegak. Ke bahagian lain pun sama. Obvious sangat,” katanya.

Malah, situasi itu turut disedari oleh anak-anak yang bersama Erny ketika itu menyebabkan naluri keibuannya semakin meningkat.

Lelaki Rakam Wanita Hamil, Ada Yang Berpurdah

Ditemani suaminya, wanita itu terus bersemuka dengan pelaku tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya sedang dilakukan.

“Ada bagitahu suami, dia pun terus ikut budak ni dari belakang. Tapi saya rasa tak puas hati. Saya terus berjumpa budak ni sambil rakam sebagai bukti. Tak adalah serang kosong je kan,” katanya.

Apa yang mereka temui setelah itu semestinya menimbulkan rasa seram sejuk. Bukan sahaja video dirinya sendiri dari belakang, tetapi terdapat banyak rakaman wanita hamil lain termasuk mereka yang berpudah.

Remaja Lelaki Mengaku Rakam Video Wanita Sebagai ‘Stock’

Lelaki itu kemudiannya telah diserahkan kepada pihak polis dan laporan polis dibuat ke atasnya.

Lebih mengejutkan lagi apabila pelaku yang merupakan seorang pelajar universiti mengakui merakam video-video terbabit sebagai ‘stock’ bagi melampiaskan nafsunya.

“Terlampau banyak video orang perempuan yang dirakam sekitar malam tadi. Mangsa tak perasan. Masalahnya siap zoom body part!” kata Erny.

Menurut laporan media, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din, telah memberi amaran keras kepada pelaku terbabit dan peluang kedua untuk memperbetulkan tindakannya.

Baca hantaran penuh [DI SINI].

Wanita Tidak Akan Turunkan Hantaran Walaupun Dikatakan Sebagai Aib

Walaupun Erny tampil berkongsi pengalamannya menjadi mangsa dirakam tanpa izin, terdapat sebilangan kecil pengguna media sosial yang meminta agar hantarannya diturunkan kerana mengaibkan pelaku.

Dia bagaimanapun bertegas dengan tindakannya menularkan perkara itu.

“Awak cakap pasal aib dengan saya? Apa jadi mangsa-mangsa video yang entah dia jual kat laman web porno. Aib anak, bini, adik, kakak kita siapa yang jaga?

“Saya mewakili wanita dekat luar sana. Saya berani kerana benar,” ujarnya.

Dalam masa sama, dia turut memesan kepada para wanita agar mempertahankan hak masing-masing dan meminta bantuan orang sekeliling atau pihak sekuriti supaya tidak menjadi mangsa.

Orang Ramai Sokong Tindakan Wanita Hebahkan Insiden Tersebut

Perkongsian Erny semestinya menimbulkan perasaan risau dalam kalangan orang ramai memandangkan mana-mana wanita boleh menjadi mangsa, walaupun sedang ditemani suami ketika itu.

Ramai yang berpendapat bahawa individu yang melakukan perkara sedemikian tidak seharusnya dibiarkan dan perlu dibawa ke muka pengadilan.

“Ramai orang macam ini! Ini yang kantoi. Yang tak kantoi?” persoal seorang wanita.

Seorang individu pula berkata ini bukanlah pertama kali pelaku melakukan jenayah tersebut memandangkan terdapat banyak video yang telah dirakam.

Dalam masa sama, orang ramai turut menyokong tindakan Erny yang tidak mahu menurunkan hantarannya atas dasar ‘aib’.

Mereka berkata insiden terbabit bukanlah satu aib, sebaliknya merupakan jenayah seksual dan perlu dihebahkan bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

Sumber: Facebook

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Kongsi Pengalaman Individu Kena Gangguan Seksual, Seawal 4 & 5 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pakar Kongsi Cara Didik Anak Lelaki Kawal Nafsu Termasuk Keinginan Seksual


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd