Now Reading
[Video] Gelagat Gajah Tenung ‘Gajah’ Di Tepi Jalan Undang Gelak Tawa Ramai

[Video] Gelagat Gajah Tenung ‘Gajah’ Di Tepi Jalan Undang Gelak Tawa Ramai

Difahamkan, lelaki berkenaan sedang melalui sebuah jalan raya sekitar Gerik yang memang terkenal dengan habitat gajah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gajah adalah haiwan mamalia darat terbesar dan dikenali dengan sifat liar serta sangat teritorial. Ia akan bertindak agresif jika merasa terancam, terutama apabila melibatkan kawasan atau kelompoknya.

Namun kadang-kadang, gelagat gajah di luar kebiasaan sifat liarnya boleh mencuit hati. Ia membuatkan manusia terhibur kerana tingkah laku itu kelihatan lucu dan tidak dijangka.

Seperti baru-baru ini, seekor gajah dirakam sedang termenung lama sambil merenung papan tanda bergambar dirinya di tepi jalan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sedih Lihat Gajah Sesat Masuk Kawasan Perumahan Di Kluang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perhilitan Perjelas Kenapa Ada Gajah Naik Lori Pandang Ke Belakang

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya

Gajah Tenung Papan Tanda Amaran

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@abelori5459), perakam yang juga seorang pemandu lori dilihat sedang melalui sebuah jalan yang gelap pada waktu malam sekitar Gerik.

Tanpa disangka, dia bertembung dengan seekor gajah yang kebetulan berada di kawasan tersebut, yang memang dikenali sebagai habitat semula jadi mamalia itu.

Apa yang mencuit hati, gajah berkenaan tidak bertindak agresif atau mengganggu lalu lintas seperti yang sering berlaku.

Sebaliknya, ia hanya berdiri diam di tepi jalan sambil termenung, merenung papan tanda amaran bergambar siluet gajah yang berkelip dengan tulisan “Awas, Pandu Perlahan”. Aksi tersebut membuatkan ramai tersenyum dengan kecomelannya.

Pemandu lori itu sempat bergurau di kapsyen video dengan menulis dialog seolah-olah mewakili gajah itu, “Kenapa kau boleh bercahaya, kau makan lampu ke?” guraunya.

https://www.tiktok.com/@abelori5459/video/7495998912751242503?_r=1&_t=ZS-8vkclVGlYXP
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Tak Lepas Peluang Buat Dialog Kelakar

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur melihat situasi luar biasa itu. Ada yang menyamakan renungan si gajah seperti sedang muhasabah diri atau merenung masa silam.

Tidak kurang juga yang kreatif mengarang dialog sendiri. Seorang pengguna menulis, “Mungkin tu gambar ex dia… Rindu boleh Bang Jah, kembali jangan.”

Sumber: TikTok @abelori5459
Sumber: TikTok @abelori5459
Sumber: TikTok @abelori5459

Komen-komen lucu itu menjadikan video ini bukan saja mencuit hati, malah mencerminkan sisi comel haiwan liar yang jarang-jarang kita lihat.

Tips Apabila Bertembung Dengan Gajah

Gajah liar sangat teritorial dan mudah rasa terancam dengan kehadiran manusia. Bagi anda yang kurang biasa melalui kawasan hutan seperti Tasik Banding, penting untuk ambil langkah berjaga-jaga.

Memetik laman Mekanika, ini beberapa tips untuk anda yang kurang tahu tentang langkah selamat melalui jalan yang dihuni habitat gajah. Antaranya:

#1. Elakkan Memandu Waktu Malam

Gajah biasanya keluar bermula waktu senja hingga subuh. Elakkan guna jalan ini waktu malam, terutama ketika hujan atau bulan penuh. Risiko bertembung dengan gajah sangat tinggi ketika itu.

#2. Jaga Percakapan & Sikap

Hindari bercakap besar, mencabar atau berniat “nak tengok gajah” ketika melalui kawasan hutan. Jangan simpan niat pelik atau berlagak semasa memandu.

#3. Ambil Isyarat Kenderaan Lain

Jika ada kenderaan beri lampu tinggi, itu mungkin isyarat gajah sedang melintas. Perlahankan kenderaan dan sedia untuk berpatah balik jika perlu. Gajah boleh berlari sehingga 40km/j.

#4. Tindakan Ketika Bertembung
  • Beri laluan dan jangan cuba potong kumpulan gajah
  • Matikan lampu tinggi, dan jika perlu guna lampu kabus sahaja
  • Jangan hidupkan lampu hazard atau bunyikan hon
  • Elakkan baling objek atau membuat provokasi
#5. Jangan Hentikan Kenderaan Untuk Ambil Gambar

Gajah liar bukan haiwan zoo. Jangan berhenti untuk selfie atau ambil gambar jika ternampak gajah makan di tepi jalan.

#6. Jika Gajah Menunjuk Tanda Agresif

Jika telinga bercapang, belalai diangkat, atau ia membaling objek serta berlari ke arah anda, cuba berpatah balik dan jauhi kawasan itu segera.

#7. Kawasan Kerap Berlaku Perjumpaan

Kawasan antara Tasik Banding ke Puncak Titiwangsa sering jadi laluan gajah. Pandu dengan lebih berwaspada sepanjang jalan ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 30 Gajah Tidur Atas Jalan Raya, Trafik Di Tasik Temenggor Terhenti 2 Jam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tak Dapat Tengok Gajah Di Zoo, Pekerja Shell Happy Gajah Sering ‘Singgah’ Di Stesen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gajah Naik Bukit Petanda Bencana Alam?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd