Now Reading
“Pressure Ostrich Tu Nak Menang” – Acara Lumba Lari Dengan Burung Unta Jadi Tumpuan

“Pressure Ostrich Tu Nak Menang” – Acara Lumba Lari Dengan Burung Unta Jadi Tumpuan

Menurut lelaki dikenali sebagai Fiq, pengunjung yang mengambil bahagian dalam acara lumba lari dengan burung unta itu akan diberikan sijil penyertaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila setiap hari melakukan aktiviti dan rutin sama, pasti anda mahu sedikit kelainan dengan melakukan perkara berbeza pula. Ada juga segelintir individu yang menghiburkan diri sendiri dengan sesuatu yang begitu ‘random’.

Seperti sebelum ini, tular video atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang bermain di kawasan parkir pusat membeli-belah AEON. Mungkin anda sangkakan dia sedang bergurau dengan rakan-rakan atau kucing jalanan.

Namun lain daripada lain, apabila Iman bermain dengan dua ekor meerkat! Menerusi video perkongsian, kelihatan haiwan berbulu itu dengan aktif sedang mengejar Iman. Ke mana sahaja atlet itu pergi, mereka ikut.

Seolah-olah meerkat tersebut sudah lama mengenali Iman. Sekali pandang, memang serupa macam meerkat watak ‘Timon’ dari kartun terkenal Lion King.

Baca Artikel Berkaitan: “Comelnya!” – Atlet Muay Thai Main Kejar-kejar Dengan Meerkat Di Parkir Mall Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Lupa Ke Dia Kambing?” – Video Kucing Bermain Dengan Anak Kambing Raih 5.9 Juta Tontonan!

Baca Artikel Berkaitan: Disangka Anjing, Netizen Tertipu Anak Kambing Bermain Lumba Lari Dengan Sekumpulan Lelaki

PD Ostrich Show Farm Tampil Dengan Aktiviti Lumba Lari Bersama Burung Unta, Kuntum

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@daginglemakciliapi) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Fiq berkongsi suasana di PD Ostrich Show Farm, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kebiasaannya, setiap pusat penternakan atau ladang haiwan akan tampil dengan aktiviti menarik untuk setiap pengunjung yang datang melawat sebagai contoh sesi memberi makanan, bergambar dan banyak lagi.

Namun kali ini, PD Ostrich Show Farm tapil dengan aktiviti ‘rare’ di mana orang ramai boleh berlumba bersama burung unta. Ya, lumba lari bersama burung unta dikenali sebagai Kuntum.

Sumber: TikTok (@daginglemakciliapi)

Menerusi video perkongsian, kelihatan empat orang kanak-kanak bersama seorang lelaki dewasa sedang berlari dengan Kuntum di trek disediakan. Terkenal dengan kelajuannya, Kuntum sama sekali tidak memberi peluang kepada peserta lain memotongnya.

Jelas Fiq, lelaki dewasa itu adalah petugas di sana yang berperanan untuk mengejar burung unta berkenaan.

Tambahnya lagi, setiap pengunjung yang mengambil tempat dalam acara lumba lari itu turut mendapat sijil penyertaan.

@daginglemakciliapi

laju gila gajah ni

♬ original sound – Budak Wheelchair ♿

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Cuit Hati, Tak Sangka Acara Lumba Lari Dengan Ostrich Wujud

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tidak sangka acara lumba lari bersama burung besar itu wujud.

“Ya Allah tak pernah terfikir (ada pertandingan lumba lari dengan burung unta)! Boleh masuk bucket list!” kata seorang wanita.

Malah ramai juga yang berseloroh melihat acara lumba lari berkenaan.

“Random gila, bayangkan bos kau call, ‘Jap bos dah nak mula berluma lari dengan ostrich'” jenaka seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ramai juga tertanya sama ada burung unta itu tahu dia sedang berlumba atau sekadar lari daripada orang.

“Member (burung unta) tu tahu tak orang tengah lumba lari dengan dia? Bukan main ke kiri kanan lagi masuk barisan orang,” kata seorang netizen.

Sumber: TikTok (@daginglemakciliapi)

Banyak Aktiviti Lain Boleh Dilakukan Di PD Ostrich Show Farm

Untuk info, terdapat banyak lagi pengalaman dan aktiviti lain yang boleh dilakukan di sana. Antaranya seperti berikut:

  • Menunggang ATV
  • Menaiki kereta api
  • Petting ladang dengan burung unta dan haiwan ternakan lain termasuk arnab, kuda, keldai, burung serta ular
  • Lawat Planet Jurassic, taman dinosaur dengan beberapa patung yang boleh bergerak dan berbunyi

PD Ostrich Show Farm ini dibuka kepada orang ramai dengan tiket bermula dari RM20 bagi golongan dewasa dan RM15 buat kanak-kanak.

Buat ibu bapa yang nak melatih anak lumba lari tu, bolehlah bawa mereka ke sini.😆

  • Alamat: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson

Baca Artikel Berkaitan: “Lawan Hukum Alam Ni” – Gelagat Rider Kejar Anjing Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Demi Sesuap Kibbles” – Gelagat Kucing Buat Show Di Zoo Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: Raih 3.5 Juta Tontonan, Gelagat Kucing Merajuk Abang Polis ‘Curi’ Patung Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd