Iklan Syarikat Tawar Jawatan Ketua IT Dengan Gaji RM2,000 Raih Perhatian
Syarikat itu turut memaklumkan mahukan calon yang mempunyai kualiti dalam kepimpinan, dan mempunyai pemikiran strategik, seiring dengan teknologi dan matlamat perniagaan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu yang sudah dewasa pastinya memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan mereka.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila ramai yang memilih kerjaya bersesuaian dengan kelayakan dan pengalaman kerana inginkan gaji yang berpatutan.
Ini kerana, setiap jawatan yang ditawarkan akan menentukan gaji seseorang. Sebagai contoh individu menjawat jawatan tinggi akan memikul tanggungjawab lebih berat dan gaji mereka pastinya lebih tinggi berbanding orang bawahan.
Syarikat tawar jawatan Ketua IT dengan gaji rendah raih perhatian
Baru-baru ini, sebuah syarikat di Terengganu telah menjadi perhatian ramai apabila menawarkan jawatan kumpulan pertengahan (mid level management) dengan gaji yang tidak berpatutan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna di X, kelihatan syarikat terbabit telah mengiklankan jawatan Ketua IT dan pembangunan sistem (Head of IT and System Development).
Turut senaraikan kriteria yang diperlukan dan tawar gaji RM2,000
Malah dalam iklan tersebut, syarikat berkenaan turut memaklumkan ia adalah tawaran kerja tetap dengan beberapa kriteria yang diperlukan.
Namun apa yang menjadi perhatian ramai, meskipun ia adalah jawatan tinggi namun gaji yang ditawarkan begitu rendah iaitu RM2,000.
Berdasarkan iklan tersebut antara kriteria yang diinginkan adalah:
- Mempunyai Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer, teknologi informasi, jurutera perisian, dan yang setara dengannya.
- Memiliki pengalaman sekurang-kurangnya tiga hingga empat tahun, dan mahir dalam Laravel.
- Berpengalaman dalam menjadi ketua dan mentadbir pembangunan ahli kumpulan.
- Berpengalaman berkerja dengan pelanggan untuk memahami dan menterjemah keperluan perniagaan dalam penyelesaian tekonologi.
- Pakar dalam Laravel dan PHP.
- Mahir dalam HTML, CSS, Javascript.
- Mahir dalam menggunakan database MySQL dan Laravel Eloquent.
- Mempunyai pengetahuan dalam ‘Web Hosting’.
Mahu calon yang mempunyai kualiti dalam kepimpinan
Selain itu, syarikat itu turut menegaskan calon yang diperlukan untuk jawatan tersebut perlulah mempunyai kualiti dalam kepimpinan, dan mempunyai pemikiran strategik agar seiring dengan teknologi dan matlamat perniagaan.
Katanya lagi antara tanggungjawab individu yang menjawat jawatan tersebut adalah membangun dan mentabdir sistem dalaman, merancang dan menjalankan projek sistem, mencadang penyelesaian IT untuk operasi perniagaan dan banyak lagi.


Undang pelbagai reaksi, ramai sifatkan gaji ditawarkan dengan tanggungjawab tak setanding
Iklan itu nyata mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna X yang merasakan gaji ditawarkan tidak setimpal dengan pengalaman yang diinginkan.
Malah ada yang menyindir syarikat berkenaan mungkin mencari individu yang bekerja dengan ikhlas.
Tidak kurang juga ada yang menyifatkan tawaran jawatan itu seperti menggambarkan hanya seorang sahaja pekerja yang berada dalam jabatan IT di syarikat terbabit.
Ada juga mengatakan syarikat mereka menawarkan gaji yang lebih daripada RM2,000 untuk jawatan pegawai IT dengan kelayakan diploma.
Terdapat juga yang mendakwa gaji di negeri Pantai Timur itu sememangnya kurang dan hanya mereka yang dari jawatan atasan mempunyai gaji tinggi.
Ada juga yang bersangka baik dengan mengatakan mungkin terdapat kesilapan ketika menaip bahagian gaji tersebut.
“Demand 3 atau 4 tahun pengalaman tapi gaji atas sikit dari gaji minimum”

“Email pun guna gmail. Boleh agak saiz syarikat dan team. Kotnya ada dua orang atau dia sorang dalam bahagian tu. Sorang lagi intern”

“Itulah hakikatnya kalau gaji di Terengganu, Kelantan, dan mereka kata RM2,000 cukup di sana. Rumah geran di tangan.”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.Â