Now Reading
Hanya Tinggal Kesan Sandaran, Ayah Duduk Berseorangan Di ‘Port’ Lepak Lepas Sahabat Meninggal Bikin Sebak

Hanya Tinggal Kesan Sandaran, Ayah Duduk Berseorangan Di ‘Port’ Lepak Lepas Sahabat Meninggal Bikin Sebak

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu menjelaskan bahawa rakaman tersebut merupakan video lama dan ayah kesayangannya juga sudah meninggal dunia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Persahabatan sejati yang terbina sejak muda dan kekal hingga tua sememangnya istimewa. Mereka bukan sekadar kawan waktu senang, tapi sentiasa ada ketika susah dan sepi.

Waktu tua menjadi ruang untuk ‘chill’ bersama, berbual kosong dan mengenang kenangan lama. Tapi bila salah seorang pergi dahulu, hanya tinggal sunyi dan memori indah yang menggamit rasa.

Istilah sahabat dunia akhirat wujud kerana hubungan seperti inilah. Ikatan yang bukan saja bermakna di dunia, malah terus hidup dalam doa dan kenangan.

Baca Artikel Berkaitan: “Sahabat Hingga Hujung Nyawa” – 2 Atuk Bertemu Semula Lepas Sekian Lama Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Sahabat Hingga Syurga” – Sekumpulan Lelaki Bantu Rakan Berkerusi Roda Turun Pentas Pelamin Raih Pujian

Port Lepak Kini Sepi, Hanya Tinggal Kesan Sandaran Di Dinding

Menerusi satu perkongsian di TikTok (@aydaziera_), kelihatan si ayah duduk bersendirian di atas kerusi roda di anjung rumah, tempat dia dan sahabat baiknya yang digelar Paksu, sering menghabiskan masa bersama.

Wanita itu berkongsi, kawasan itu adalah ‘port’ lepak dua sahabat sejati itu dan kini hanya tinggal kesan hakisan di dinding, tempat Paksu sering bersandar.

“Betapa lamanya mereka duduk di situ, sampai dinding pun tinggalkan kesan,” ujarnya ringkas.

Dia turut mengimbas memori lama, di mana dia sering menyakat ayah dan Paksu dengan membunyikan hon kereta. Momen kecil tapi penuh makna yang kini tinggal kenangan.

Video yang dirakam selepas Paksu meninggal dunia itu menjadi lebih menyayat hati apabila dia memaklumkan bahawa ayahnya kini juga telah pergi buat selamanya.

https://www.tiktok.com/@aydaziera_/video/7495597220658449682?_r=1&_t=ZS-8vli74Y4XgY
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sebak, Turut Meluahkan Rasa Simpati

Ruangan komen dibanjiri ucapan sebak dan simpati. Ramai mengakui terasa kesedihan itu walaupun hanya menonton melalui skrin.

Beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman melihat keakraban individu yang bersahabat baik, dan menyifatkan itulah contoh ikatan dunia akhirat yang tulus dan tak terganti.

Sumber: TikTok @aydaziera_
Sumber: TikTok @aydaziera_
Sumber: TikTok @aydaziera_

Doa Sahabat Tanpa Pengetahuan Atau “Diam-Diam Berdoa” Adalah Mustajab

Sebagai info tambahan, sahabat memainkan peranan penting dalam hidup seseorang biarpun dari sudut agama.

Sebagaimana disebut dalam Irsyad al-Hadith Siri ke-108 oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa pengetahuan adalah antara doa yang sangat mustajab di sisi Allah.

Rasulullah SAW bersabda,

Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan, melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya.

Riwayat Muslim

Hadis ini menunjukkan betapa berharganya hubungan sesama sahabat, hingga keikhlasan doa secara sembunyi turut dijamin pahalanya.

Malaikat yang diwakilkan untuk mencatat doa itu akan mengucapkan “Amin” dan mendoakan perkara yang sama kepada si pendoa.

Kesimpulannya, jika kita benar-benar menyayangi sahabat, teruskan mendoakan mereka dalam senyap, sama ada mereka masih ada atau telah pergi.

Ini kerana doa itulah yang menghubungkan kita dengan kasih sayang yang tidak terputus, walaupun jasad telah berpisah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Perkongsian Wanita Ini Tentang Rumah Peninggalan Arwah Pakciknya Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Individu Kesal Tak Angkat Panggilan Telefon Mak, Sedih Bila Dapat Berita Ibu Sudah Tiada

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Suasana Sayu Penduduk Setempat Lambai Perantau Kembali Ke ‘Realiti’ Buat Ramai Sebak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd