Now Reading
Graduan UTP Lompat Kerja 4 Kali Dalam 7 Tahun, Berjaya Naik Gaji Dari RM3,500 Ke RM15,000

Graduan UTP Lompat Kerja 4 Kali Dalam 7 Tahun, Berjaya Naik Gaji Dari RM3,500 Ke RM15,000

Graduan ini berjaya mencapai 5A dalam UPSR, 7A 1B untuk PMR, 7A 2B ketika SPM dan CGPA sebanyak 3.27 semasa melanjutkan pelajaran di pengajian tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Memperoleh kerjaya impian sudah tentu merupakan cita-cita orang ramai. Bagaimanapun, mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan diri sendiri bukanlah mudah pada ketika ini.

Banyak cabaran dan halangan yang perlu ditempuhi. Selain itu, segelintir masyarakat juga berdepan dengan masalah majikan yang tidak menawarkan gaji yang setimpal dengan kemahiran serta kebolehan pekerja.

Pun begitu, masih ramai dalam golongan tersebut yang takut untuk melompat kerja dan cuba meneroka bidang kerjaya baharu.

Baca Artikel Berkaitan: 21.6% Pelajar UTM Dapat Kerja Dengan Gaji Bermula RM4,000 Sebelum Graduasi

Baca Artikel Berkaitan: “Job Hopping Is Fine” – Wanita Beri Pandangan Tentang Lompat Kerja Raih Perdebatan Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Garduan UTP Kongsi Kisah Kerjaya Dalam Bidang IT

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (@s3ij0h) apabila seorang graduan dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) berkongsi kisah kerjayanya yang mampu menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Kisah graduan itu bermula apabila dia memulakan kerjayanya seperti orang lain iaitu dengan memperoleh pendapatan sebanyak RM3,500 sebulan, melebihi hanya sedikit gaji purata graduan baharu hari ini iaitu RM2,500 hingga RM3,000.

Namun perkara yang membuatkan kisahnya luar biasa bukanlah disebabkan latar belakang akademiknya. Jelas lelaki tersebut, dia bukanlah pelajar terbaik.

Dia mencapai 5A dalam UPSR, 7A 1B dalam PMR, 7A 2B dalam SPM, dan CGPA sejumlah 3.27 ketika menyambung pegajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP).

View on Threads

Graduan Berjaya Naikkan Gaji Sehingga RM15,000 Lepas Lompat Kerja 4 Kali

Dengan pencapaian membanggakan, lelaki berkenaan telah berjaya menaikkan gajinya dalam masa tujuh tahun sahaja. Dia telah bertukar kerja sebanyak empat kali dan setiap langkahnya dirancang dengan penuh teliti.

Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia berpegang pada pekerjaan sedia ada mereka untuk kenaikan gaji tahunan sederhana 3% hingga 5%, lelaki ini meningkatkan pendapatannya empat kali ganda kepada RM15,000 sebulan, jauh melebihi gaji biasa jurutera baharu, iaitu sekitar RM2,800.

“Jangan takut untuk menukar pekerjaan, tetapi pastikan anda mempelajari semua yang anda boleh di setiap syarikat,” katanya.

Strateginya bukan hanya dengan melompat kerja bagi pendapatan yang lebih baik. Tetapi dia setiap tempat baharu, dia fokus untuk mempelajari kemahiran baharu dan mendapatkan sijil agar dapat membuktikan nilainya.

Pendekatan ini terbukti sangat bernilai dalam sektor teknologi Malaysia yang berkembang pesat, di mana kemahiran profesional mendapat permintaan tinggi.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Malay Mail

Masa Tepat Untuk Lompat Kerja dalam Pasaran Kerja Yang Kini Berubah

Dengan tawaran bermula antara RM2,500 hingga RM3,200 untuk rata-rata graduan hari ini, kisah lelaki tersebut adalah pelan tindakan efektif untuk pertumbuhan kerjaya yang terbaik.

Segelintir pekerja di Malaysia lebih memilih untuk kekal setia di satu tempat sahaja, bagaimanapun lelaki berkenaan menunjukkan bahawa menukar pekerjaan boleh mempercepat pertumbuhan kerjaya (career growth) seseorang.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai tertarik dengan kisah lelaki ini dan mula mengemas kini resume mereka.

Kisah kejayaan lelaki itu juga selari dengan pasaran kerja hari ini, di mana kemahiran dan kebolehsuaian kebiasaannya adalah lebih penting berbanding rekod akademik yang cemerlang.

Sumber: Threads (@s3ij0h)

Lompat Kerja Mampu Naikkan Gaji Seseorang Sebanyak 20%

Untuk info, data terkini daripada Randstad Malaysia mendedahkan bahawa 49% rakyat Malaysia yang bertukar majikan menerima kenaikan gaji sebanyak 20% atau lebih, sekaligus menunjukkan keberkesanan strategi lompat kerja lelaki berkenaan.

Walaupun mereka yang hanya berdiam diri dan kekal di tempat kerja lama biasanya meraih kenaikan sederhana sebanyak 4%, purata melompat pekerjaan meningkat sebanyak 5.3%, lapor kajian Upscale.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Malay Mail

Masa yang dipilih oleh juruteknik itu untuk melompat pekerjaan adalah waktu yang terbaik.

Hal ini kerana, industri teknologi digital Malaysia dijangka menyumbang 22.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, dengan kekosongan pekerjaan teknologi melonjak daripada 19,000 kepada 56,000 dalam masa satu tahun sahaja.

Pelancaran teknologi 5G sahaja dijangka mewujudkan 750,000 pekerjaan baharu, menawarkan banyak peluang untuk mereka yang bersedia mengikut jejak lelaki berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Jana Pendapatan Dengan Belajar Teknik Copywriting Dengan Betul


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd