“Buli-Buli Pun Sayang Kan?” – Sering Sindir Menyindir, Ramai Puji Lelaki Hadiahkan Joran Pada Geng Pancing
Difahamkan, joran kanak-kanak tersebut sudah agak lama dan hadiah joran baru tersebut merupakan satu dorongan kepada dirinya agar lebih semangat memancing.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hobi memancing merupakan antara aktiviti santai yang sering menjadi pilihan ramai untuk mengisi masa lapang. Ia bukan sahaja menenangkan, malah sering menghubungkan individu daripada pelbagai latar belakang.
Dalam suasana memancing, perbezaan umur atau status sosial tidak lagi menjadi jurang. Ramai yang akhirnya menjadi rapat hanya kerana duduk bersebelahan di tepi sungai atau kolam, menunggu umpan disambar ikan.
Hubungan unik inilah yang terjalin antara dua individu berbeza usia yang sering bertemu ketika memancing. Meskipun ada usik-mengusik dan sindiran, kasih sayang yang terbina nyata lebih dalam daripada yang disangka.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Sebab Kenapa Kena Basahkan Badan Dulu Sebelum Mandi Dalam Kolam Renang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pilu Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Bantu Borong Semua
Hadiah Tanpa Diduga, Satu Set Lengkap Joran Baharu
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@anas.abu3), seorang lelaki dilihat menghadiahkan satu set joran lengkap kepada seorang kanak-kanak lelaki yang sering “dibulinya” secara bersahaja ketika memancing.
Biarpun gaya percakapannya agak kasar dan penuh usikan, interaksi mereka sangat mencerminkan hubungan seperti abang dan adik.
Lelaki itu turut menyarankan si adik agar memberikan rod lamanya kepada seorang lagi rakan yang tidak mempunyai batang pancing.
@anas.abu3 buli2 bgi gak hadiah.. bgi dia semangat mncing
♬ original sound – Anas bin abu – Anas bin abu
Sering Sakat Tapi Ambil Berat
Semakan kami daripada beberapa video terdahulu, lelaki ini memang kerap menyindir budak itu setiap kali dia “kumpau” yakni gagal menangkap ikan.
Namun semua itu sekadar gurauan, dan tindakannya menghadiahkan joran membuktikan dia benar-benar ambil peduli.
Dia turut menjelaskan bahawa rod lama budak itu sudah rosak dan atas dasar minat yang tinggi, dia memilih untuk menghadiahkan yang baharu sebagai dorongan supaya si adik terus bersemangat memancing.
Ramai Puji, Hubungan Penuh Kasih Sayang
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tersentuh melihat hubungan mesra antara mereka yang penuh dengan kasih sayang walaupun “diselindungi” dengan usikan.

Ramai memuji sikap lelaki itu yang menyokong minat budak kecil tersebut dalam caranya yang tersendiri.
Ada juga yang mengatakan bahawa inilah contoh kasih sayang yang tidak perlu terlalu manis, cukup dengan keikhlasan dalam perbuatan.


Hubungan yang terbina tanpa pertalian darah ini membuktikan bahawa kasih sayang boleh hadir dalam pelbagai bentuk, malah sedikit usikan pun boleh jadi tanda ambil berat jika disertai dengan keikhlasan.
Baca Artikel Berkaitan: “Tekong & Pemancing Mata Helang” – Ramai Teruja Lihat Skil Dua Pemancing Tangkas Pancing Ikan
Baca Artikel Berkaitan: “Comeback Is Real!” – Lelaki Berjaya Tangkap Ikan Lepas 1 Jam Disakat Rakan Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Keliru Jenis Kolam Pancing, Keluarga Tangkap & Lepas Semula Ikan Raih Pelbagai Reaksi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.