[Video] Penat Majikan Cari, Gelagat Anak Kucing Sembunyi Dalam Tong Sampah Bikin Dekah
Difahamkan, lelaki itu gagal menemui anak kucing itu sebelum ibunya datang ‘mengiau’ sekitar tong sampah tersebut.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing merupakan haiwan yang sangat aktif. Lebih-lebih lagi apabila berada di peringkat umur yang masih muda. Kadang-kadang, kita sukar menjangka apa yang akan dilakukan mereka, apatah lagi menentukan keinginan mereka.
Ramai mengetahui bahawa tak semua kucing dilahirkan dengan sifat terperinci yang sama. Ada yang terlalu sensitif, ada yang sangat bersahaja, dan ada juga yang penakut. Apabila terkejut, terkadang mereka lari dan hilang entah ke mana.
Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang lelaki terpinga-pinga mencari kucing belaannya yang hilang dari radar dek kerana bunyi vakum yang kuat.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Si Bulus! Wanita Ini Beli Rumah Besar Khas Untuk Diduduki Lebih 30 Ekor Kucing
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur
Penat Cari, Rupanya Kucing Dalam Tong Sampah
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@katakrockers87), dia merakam gelagat seekor anak kucing belaannya yang sedang bersembunyi di dalam tong sampah.
Dalam video berkenaan, terdengar bebelan perakam dalam nada pasrah melayan kerenah anak kucing itu.
“Lah, duduk dalam tu. Buat apa dalam tong sampah. Dari tadi aku cari tak jumpa,” rungutnya sambil mengorek tong sampah berkenaan untuk mencapai anak kucing tersebut.
Pemilik video menyatakan bahawa beberapa minit sebelum itu, dia menghidupkan vakum bagi tujuan membersihkan bilik-bilik di rumah. Akibat bunyinya yang kuat, kucing-kucing belaannya lari bertempiaran untuk bersembunyi.
Sesudah selesai, dia terperasan anak-anak kucing miliknya berada di bawah sebuah katil dalam rumah sebelum menyedari seekor daripada mereka tiada dalam pandangan.
“Lepas sedar yang hitam ni tak ada, terus cuak. Padahal semua pintu dah tutup habis. Nasib baik lah waktu sedang mencari tu, ibunya pergi mengiau dekat-dekat tong sampah.
“Memang ada di situ. Ingatkan dah lompat tingkap ke apa,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Lelaki berkenaan turut menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama Si Hitam ini hilang tanpa dikesan.
Dek kerana warnanya yang hitam, dia mudah menyamar dan menyesuaikan diri di tempat-tempat terpencil dan gelap menyebabkan keberadaaannya sukar ditentukan.
“Pagi tadi pun cari tak jumpa juga. Rupanya duduk sebelah batang vakum. Warna dah sama-sama hitam, susah nak nampak.”
@katakrockers87 Alkisah budak ni hilang.vacuum bilik,masing2 berterabur lari..selesai vacuum tgk bwh katil sbb ibu dia pun ddk bwh katil,pastu tgk yg hitam ni xda.. cuak terus..pdahal pintu tutup,habis semua ceruk cari..nasib la ibu dia pergi ke tong smpah tu mengiaw..ingt terjun tingkap dh td.pg td pun cari x jumpa,rupanya tdo dkt sbelah btg vacuum,dah la sama2 hitam.. #kucinglucu #kucingtiktok #kucinghitam #kucinghilang
♬ original sound – kaTakGrunGe87 – kaTakGrunGe87
Ramai Terhibur Lihat Anak Kucing Sembunyi Dalam Tong Sampah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kerenah anak kucing belaan pemilik video itu.
Ramai juga yang berkongsi pengalaman sama membela anak kucing yang aktif dan sangat buas di dalam kawasan rumah.


Tidak kurang juga yang prihatin menyarankan agar pemilik untuk memakaikan kolar berloceng pada kucing belaan mereka agar mudah dikesan sekiranya hilang di mana-mana.

Kucing Sering Hilang, Guna Collar Untuk Mudah Kesan
Kucing yang buas dan aktif pasti sering hilang dari pandangan sebelum kita perlu berusaha mencarinya. Hal ini menyebabkan ramai yang memilih untuk memakaikan collar pada kucing bagi tujuan mudah mengesan.
Namun anda perlu tahu cara yang betul untuk memakaikan collar kucing agar tidak menjadi satu beban yang juga mengganggu pergerakan sekali gus mengancam keselamatan mereka.
Pada anda yang masih kurang tahu tentang penggunaan collar kucing yang betul, kami kongsikan sedikit tips daripada laman Klinik Haiwan Dan Surgeri Kitty’s Care Kajang yang boleh dijadikan panduan agar kucing anda kekal selesa dan selamat.
- Membantu pemilik mengesan kedudukan kucing kerana pergerakan kucing biasanya senyap
- Memberi peluang kepada haiwan lain seperti burung dan tupai untuk melarikan diri daripada diburu
- Mengurangkan risiko kucing memburu spesies liar yang terancam di kawasan kejiranan
Cara Pemakaian Yang Betul
- Pastikan 2 hingga 3 jari boleh dimasukkan di antara collar dan leher kucing bagi memastikan tidak terlalu ketat atau longgar
- Gunakan collar yang boleh dilaras mengikut saiz leher kucing dan tukar jika sudah lusuh atau tidak sesuai
- Pilih jenis collar yang direka khas untuk keselamatan kucing seperti breakaway collar
Elakkan Kesilapan Ini
- Jangan pakaikan collar terlalu ketat kerana boleh menyebabkan sesak nafas, luka dan pembengkakan
- Elakkan collar yang terlalu longgar kerana boleh menyebabkan kucing cuba menanggalkannya lalu tersangkut pada muka
- Jangan paksa kucing memakai collar jika ia tidak selesa kerana boleh menyebabkan tekanan dan kecederaan
- Jangan guna getah rambut, tali gelang atau bahan tidak sesuai sebagai collar kerana boleh membahayakan dan menyebabkan jerutan
Panduan ini penting untuk memastikan keselamatan serta kesejahteraan kucing kesayangan anda.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Dedah Sebab Kucingnya Tidak Dipakaikan ‘Collar’, Tegaskan Soal Keselamatan Mereka
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Hidup Dengan Kucing Ada Separation Anxiety, Nak Perhatian 24 Jam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.