Now Reading
[Video] Konsultan Keselamatan Beri Teguran ‘Pedas’ Kepada Wanita Baring Atas Riba Pemandu

[Video] Konsultan Keselamatan Beri Teguran ‘Pedas’ Kepada Wanita Baring Atas Riba Pemandu

Menerusi video tular, kelihatan wanita itu sedang baring di atas riba pemandu tanpa memakai tali pinggang keledar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap hari, pasti ada sahaja kes kemalangan yang dilaporkan berlaku tidak kira yang melibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan fizikal. Ada di antaranya yang terjadi akibat bencana alam yang tidak dapat dielakkan, namun ada juga disebabkan kecuaian orang lain.

Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu memainkan peranan dengan berjaga-jaga ketika berada di atas jalan raya.

Bagaimanapun, masih ramai di antara kita yang tidak bertanggungjawab dan leka sehingga aksi itu boleh mengundang bahaya kepada keselamatan diri serta orang lain.

Wanita Baring Atas Riba Pemandu Ketika Dalam Perjalanan

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@dinokata) apabila seorang konsultan keselamatan dikenali sebagai Dino berkongsi video dua orang individu yang sedang berada di dalam kereta.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita yang duduk di bahagian penumpang itu sedang baring di atas riba pemandu ketika dalam perjalanan. Posisi wanita berkenaan yang mana badannya di antara brek tangan itu sememangnya mengundang bahaya.

Bukan setakat itu, malah individu terbabit juga tidak memakai tali pinggang keledar.

Konsultan Keselamatan Sindir Wanita Baring Atas Riba

Klip video itu kemudiannya mendapat perhatian Dino. Lelaki itu dalam hantarannya telah memberi teguran ‘pedas’ kepada penumpang wanita tersebut.

“Okay untuk akak, yang ni skop strecher pasti pakai. Spinal board dan juga cervical collar. Ini antara benda yang akan dipakai dekat akak. Tak kisahlah sama ada awak tersangkut dalam kereta atau pun tercampak keluar okay?

“Tapi lagi senang kalau tercampak keluarlah sebab nampak tak pakai tali pinggang keledar kan jadi ada kemungkinan tercampak keluar,” sindir Dino sambil menunjukkan perlatan dalam ambulans.

Dino dalam masa sama meminta wanita tersebut untuk lebih berwaspada dan menitikberatkan isu keselamatan semasa berada dalam kenderaan.

“Ini kira alatan yang paling basic lah yang saya pilih. Hati-hati ya,” ujar Dino lagi di ruangan kapsyen.

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai selepas video mencecah sebanyak 2 juta tontonan setakat artikel ini ditulis (22 April).

@dinokata Ini Kira alatan yang paling basic lah yg saya pilih. Hati Hati ya #Dinokata #Dinolisme #hatihati #peralatan #firstaid #bantu ♬ original sound – DinoKata

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Turut Sindir Wanita Baring Atas Riba Pemandu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut menyindir wanita berkenaan.

“Saya tak rasa dia tercampak keluar bang. Sebab ikatan cinta diorang kuat,” kata seorang pengguna TikTok.

“Aku harap ada lagi yang buat video sambungan (padah tidak pakai tali pinggang keledar). Batu nisan, keranda, kain putih dan lubang kubur,” ujar seorang lagi individu.

Dalam pada itu, ramai juga berkata aksi sedemikian mampu memudaratkan keselamatan orang lain.

“Diorang kena tak apa lagi. Takut orang tak bersalah lain yang kena pakai (alatan kecemasan sediakan di ambulans),” ujar seorang wanita.

Selain itu, segelintir individu turut berkata momen mesra sebegitu bersama pasangan tidak sepatutnya dikongsi di media sosial untuk dijadikan tontonan umum.

Sumber: TikTok (@dinokata)

Bentang Tilam Dalam Kereta Juga Menyalahi Undang-undang

Sebenarnya ada banyak lagi kesalahan dan undang-undang di atas jalan raya yang diambil ringan oleh orang ramai. Namun disebabkan ia sudah menjadi satu norma, masyarakat dilihat terbiasa melakukannya.

Sebagai contoh sesetengah ibu bapa bertindak membentangkan tilam di bahagian tempat duduk belakang bertujuan memberi keselesaan kepada anak-anak untuk tidur.

Hal sebegitu sering berlaku apabila mereka ingin menempuh perjalanan yang jauh. Pun begitu, aksi tersebut dilarang oleh pihak berkuasa.

Menurut Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Dr. Siti Zaharah Ishak, penggunaan tilam di bahagian tempat duduk belakang kenderaan menyalahi undang-undang.

Sumber: Engear

“Penggunaan tilam di tempat duduk belakang kenderaan menjadi trend dalam kalangan orang ramai sejak kebelakangan ini.

“Perbuatan yang menjadi trend itu merbahaya dan boleh disaman kerana tidak memakai tali pinggang keledar,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Honda Civic Ikut Rapat Belakang Ambulans & Memandu Secara Bahaya Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Trend Letak Tilam Dalam Kereta Sebenarnya Menyalahi Undang-Undang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd