Now Reading
[Video] Datang Servis Penapis Air, Wanita Jadi Bidan Terjun Jaga Sambal Buat Ramai Terhibur

[Video] Datang Servis Penapis Air, Wanita Jadi Bidan Terjun Jaga Sambal Buat Ramai Terhibur

Difahamkan, wanita berkenaan datang untuk servis membersihkan penapis air sebelum bertukar jadi “chef” memasak sambal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rata-rata masyarakat kini memilih untuk menggunakan penapis air di rumah sebagai keperluan harian. Mesin penapis ini biasanya perlu diservis secara berkala untuk memastikan kebersihan dan fungsi penapisan berada dalam keadaan baik.

Juruteknik akan datang ke rumah setiap beberapa bulan untuk mencuci dan mengganti penapis air. Proses ini sudah menjadi rutin bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan syarikat seperti Coway.

Namun, berlaku satu situasi mencuit hati apabila seorang tukang servis penapis air bukan sahaja melakukan tugasnya, malah turut membantu menjaga sambal di dapur pelanggan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Dikecam Gara-gara Sanggup Beli Coway Demi Poster Percuma BTS

Baca Artikel Berkaitan: Bomba Gesa Tutup Suis Mesin Penapis Air Ketika Gangguan Bekalan Air

Akak Coway Buat “Sidejob”, Sempat Jaga Sambal Sambil Cuci Penapis

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@coway_coffee), wanita berkenaan merakam dirinya sedang membuat servis pembersihan “water dispenser” di dapur rumah pelanggan.

Dalam video tersebut, dia dilihat sedang mencuci penapis air di singki dapur. Apa yang menarik perhatian ramai, sambil mencuci, dia juga mengacau sambal dalam kuali di atas dapur gas sebelah singki sebelum menyambung kembali kerja mencuci dan memberus penapis berkenaan.

Menurut kapsyen dan dialog diselitkan dalam video, pelanggan rumah itu sempat berkata, “Hang tolong tengok sambal makcik kejap, makcik nak pergi solat.”

Difahamkan, pelanggan tersebut sedang memasak sebelum mengambil masa seketika untuk menunaikan solat. Sementara itu, wanita yang datang untuk servis air pula ‘dilantik’ menjaga masakan agar tidak hangit.

Video ini telah berjaya mengundang perhatian ramai. Perkongsian ini sudah meraih hampir 700 ribu tontonan setakat artikel ini ditulis.

Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur, Kongsi Pengalaman Sama

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat situasi lucu berkenaan yang dianggap sangat ‘Malaysia’.

Sumber: TikTok @coway_coffee

Ramai turut berkongsi pengalaman masing-masing ketika tukang servis datang ke rumah, malah ada yang pernah mengalami momen-momen tidak dijangka yang serupa.

Sumber: TikTok @coway_coffee

Tidak kurang juga yang meninggalkan komen berbaur jenaka, memuji sikap mesra rakyat tempatan yang sanggup ‘menyuruh’ tetamu jaga sambal dan sikap sporting tukang servis yang sudi menolong tanpa banyak soal.

Sumber: TikTok @coway_coffee

Kepentingan Air Tapisan Dalam Kehidupan Harian

Penggunaan penapis air di rumah bukan sekadar trend, tetapi satu keperluan untuk menjaga kesihatan keluarga.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), rawatan air di peringkat isi rumah dapat mengurangkan penyakit cirit-birit sehingga 45% apabila digunakan dengan betul dan konsisten.

Antara kebaikan menggunakan air yang telah ditapis:

  • Mengurangkan risiko penyakit bawaan air seperti cirit-birit dan keracunan.
  • Menapis klorin dan bahan kimia berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan.
  • Meningkatkan rasa dan bau air yang lebih segar dan bersih.
  • Melindungi organ dalaman terutama buah pinggang daripada beban toksin berlebihan.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk bayi dan warga emas.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Pelajar UniMAP Mogok Kerana Gangguan Air, SPAN Perjelas Punca Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: “Selera Kami Lain-Lain” – Gelagat Suami Isteri Makan Di Kedai Berbeza Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Makcik Kantin Sekolah Ajar Murid Cara Guna Duit Untuk Beli Makanan Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd