“Sahabat Hingga Hujung Nyawa” – 2 Atuk Bertemu Semula Lepas Sekian Lama Bikin Ramai Sebak
Menurut anak perempuan dikenali sebagai Sabrina, ayahnya sering bertanya tentang sahabat yang sudah lama tidak berjumpa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Selain rezeki dilahirkan dalam keluarga yang lengkap dan bahagia, ramai juga di kalangan masyarakat dikurniakan nikmat bersahabat dengan rakan-rakan yang ikhlas.
Namun disebabkan beberapa faktor sebagai contoh usia dan urusan hidup, sesetengah individu telah berpisah dengan rakan baik mereka. Namun siapa sangka ramai juga yang berjumpa semula di tempat yang tidak dijangka.
Seperti sebelum ini, seorang wanita dikenali sebagai Maria Muda berjumpa semula dengan sahabatnya selepas 15 tahun terpisah. Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, kelihatan rakannya yang berada di hadapan Kaabah ketika itu seperti sedang mencari susuk tubuh Maria Muda di dalam lautan manusia yang ramai.
Sebaik sahaja melihat Maria, rakannya itu terus mendapatkannya dan mereka berpelukan antara satu sama lain dan kelihatan sangat gembira.
Baca Artikel Berkaitan: 15 Tahun Terputus Hubungan, Wanita Tak Sangka Jumpa Sahabat Lama Di Depan Kaabah [Video]
Selalu Teringat Rakan, Atuk Jumpa Semula Sahabat Lepas Lama Terpisah
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@sabrinababa731) menyaksikan dua orang datuk sedang berpelukan selepas bertahun tidak berjumpa antara satu sama lain.
Wanita dikenali sebagai Sabrina yang merupakan anak perempuan kepada salah seorang warga emas itu berkata mereka telah bersahabat sejak kecil namun terpisah apabila sudah meningkat dewasa.
Jelas Sabrina, ayahnya juga kerap kali bercerita tentang si rakan dan sudah memasang impian untuk bertemu semula dengan sahabat baiknya.

Bagi menggembirakan hati bapa, Sabrina dengan senyap-senyap merancang pertemuan berkenaan.
“Dia selalu cakap teringatkan kawan dia kebelakangan ni, dan setiap kali cerita tu dia akan nangis. Tapi sahabat ayah juga macam dapat rasa benda yang sama, dia ikhtiar cari nombor telefon saya dan akhirnya dapat juga jumpakan mereka berdua,” kata anak perempuan berkenaan.
Dua Datuk Teruja Cerita Kisah Zaman Muda Hingga Dewasa
Sabrina dalam masa turut bersyukur dengan pertemuan itu dan gembira melihat si ayah yang mengukirkan senyuman.
“Sepanjang pertemuan macam-macam cerita dari zaman kecil sehingga sekarang. Sebagai anak sangatlah gembira bila tengok mereka gembira. Di hari-hari tua mereka, semoga dapat lagi cipta kenangan yang indah bersama,” ujar Sabrina lagi.
Menurut wanita itu lagi, dia tidak sangka hubungan persahabatan ayah dan rakannya itu masih kekal dari kecil sehingga lanjut usia.
“Akhirnya tercapai juga nak jumpa sahabat baik dari kecil. Dari bujang sampai dah kahwin hingga hari tua. Alhamdulillah,” kata Sabrina di ruangan kapsyen.
@sarinababa731 Akhirnya tercapai juga nak jumpa sahabat baik dari kecik, dari Bujang sampai dah kahwin hingga hari tua..alhamdulillah..
♬ Kenangan – Ziell Ferdian
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Luah Sebak Lihat 2 Atuk Bertemu Semula
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa sebak melihat dua rakan itu gembira selepas dapat berjumpa semula.
“Mesti banyak kenangan antara pakcik berdua. Seribu satu kenangan yang tak dapat dilupakan,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ramai juga berkata sahabat sejati akan berkekalan sehingga besar walau apa pun halangannya.
“Terkeluar air mata tengok video ni. Sahabat sejati tak akan pernah tinggal sahabatnya. Zaman bujang hingga kahwin dan tua, dia tetap sahabat. Jagalah sahabat kita,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga tidak terlepas mendoakan perkara yang baik buat kedua-dua datuk itu.
“Saki baki kehidupan. Kawan baik jadi tempat untuk berbicara. Moga dipermudahkan segala urusan pakcik berdua,” kata seorang lelaki.








Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Menangis Lepas Bertemu Kawan Baik Yang Terpisah Selama 25 Tahun
Baca Artikel Berkaitan: Umpama Iklan ‘Ikan Dilaut, Asam Didarat’, Dua Sekawan Bertemu Semula Setelah Terpisah Hampir 40 Tahun [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.