“Datang Dah Perangai Dia” – Oyen ‘Judge’ Anjing Gaduh Dengan Pantulan Sendiri Bikin Ramai Terhibur
Seekor anjing dilihat menyalak dengan garang pada pantulan wajahnya sendiri di pintu kaca sebuah rumah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kucing dan anjing dianggap sebagai haiwan yang saling bertengkar antara satu sama lain sehingga wujudnya peribahasa, “Bagai anjing dengan kucing”.
Namun satu video baru-baru ini menyaksikan seekor anjing yang ‘sibuk’ dengan pantulan wajahnya sendiri sehingga mengabaikan sahaja si kucing yang berada berdekatanya.
Seperti kucing, telatah anjing yang melucukan juga dapat menimbulkan rasa geli hati dalam orang ramai yang menonton aksinya.
Baca Artikel Berkaitan: “Lawan Hukum Alam Ni” – Gelagat Rider Kejar Anjing Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Lucu Anjing Merajuk Dengan Tuan Bikin Ramai Geli Hati. Macam Tengok Diri Sendiri!
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Geli Hati Lihat Anjing Ini Ambil Parcel Tuan, Siap Tangkap Gambar Bukti!
Oyen ‘Judge’ Aksi Anjing Menyalak Pada Pantulan Wajah Sendiri
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@graceben__), kelihatan gelagat seekor anjing berwarna perang yang menyalak dengan garang terhadap pantulan wajahnya pada pintu gelangsar (sliding door) sebuah rumah.
Namun apa yang lebih menarik, aksinya yang seolah-olah bergaduh dengan bayangnya sendiri itu mendapat perhatian seekor kucing berwarna jingga.
Si Oyen memerhatikan sahaja gelagat sang anjing yang tidak henti-henti menyalak terhadap wajahnya pada cermin.
Dia tidak lama selepas itu memandang ke hadapan dengan pandangan kosong yang seakan-akan pelik dengan gelagat anjing itu.
Oyen itu kemudiannya berjalan ke tepi sebelum memandang ke arah sang anjing yang masih meneruskan ‘pergaduhannya’ itu sekali lagi. Judgy betul!
@graceben__ ngor ngor This video is exclusively managed by Compass Media. To license please contact info@compassmediauk.com.
♬ Funny – Gold-Tiger
Tonton video penuh [DI SINI].
Anjing Lain Juga Pelik Dengan Telatah Sang Anjing Menyalak Pada Pantulan Wajahnya
Menerusi satu video lain yang dikongsi, kelihatan anjing sama yang bergaduh dengan bayangnya sendiri dirakam dari bahagian dalam rumah.
Terdapat juga dua ekor anjing lain yang berada berhampirannya, namun mereka lebih ‘bijak’ dan tidaklah menyalak pada pantulan wajah sendiri.
Malah seperti si Oyen, mereka juga kelihatan seakan-akan pelik dengan telatah aksi berwarna perang tadi.
@graceben__ Replying to @b0ss_san ♬ Funny – Gold-Tiger
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Geli Hati Lihat Gelagat Kucing & Anjing
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa geli hati melihat gelagat kucing berwarna jingga itu sewaktu menyaksikan telatah anjing terbabit.
Mereka turut berkongsikan apa yang mungkin difikirkan oleh Oyen apabila melihat aksi rakan sebulusnya.
Ramai yang berpendapat bahawa Oyen sememangnya ‘judge’ telatah sang anjing yang bergaduh dengan pantulan wajahnya sendiri.
“Datang dah perangai dia. Baik aku keluar,” kata seorang pengguna media sosial seolah-olah memainkan watak si bulus tersebut.












Anjing Tidak Tahu Wajahnya Pada Cermin Hanyalah Pantulan
Melihat anjing tersebut yang menyalak pada pantulan wajahnya sendiri pasti menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai tentang mengapa dia bertindak sedemikian.
Menurut Wag Labs, ini kerana anjing tidak boleh mengenal pasti pantulan wajah mereka sendiri dan tidak mempunyai kesedaran diri seperti manusia dan sesetengah haiwan lain.
Anak anjing yang melihat pantulan wajahnya sendiri akan menganggap ia merupakan seekor anjing lain dan akan menyalak atau bermain dengannya.
Sebaliknya, anjing yang lebih dewasa selalunya memilih untuk tidak mengendahkan pantulan wajah pada cermin, seolah-olah tidak melihat diri mereka sendiri.
Memandangkan anjing bergantung pada deria bau untuk mengenali anjing lain, mereka tidak akan menganggap pantulan wajah itu sebagai seekor anjing lain lagi apabila tiada bau yang dapat dihidu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Buat Trend Lagu Raya, Pemilik Pakaikan Anjing Husky Baju Melayu & Baju Kurung Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: Selipar Kena Kencing Anjing, Perlu Sertu Atau Samak? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: Punca Penyakit Rabies: Bangkai Anjing. Hati-hati!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.