Now Reading
[Video] Ramai Puji Tindakan Pemandu Van Bantu Rider Tersadai Dalam Ribut

[Video] Ramai Puji Tindakan Pemandu Van Bantu Rider Tersadai Dalam Ribut

Menerusi video berkenaan, pemandu itu sempat berhenti dan berinteraksi seketika sebelum terus turun membantu penunggang memuatkan motosikal miliknya ke dalam van.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menunggang motosikal di Malaysia boleh dikatakan satu penyelesaian yang cukup efektif bagi mereka yang ingin menjimatkan kos dan masa perjalanan. Lebih-lebih lagi dengan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku.

Namun, setiap perkara ada risikonya. Menunggang motosikal lebih terdedah kepada bahaya, khususnya apabila berdepan cuaca tidak menentu. Apatah lagi jika motosikal mengalami kerosakan dan terpaksa berhenti di tepi jalan dalam cuaca buruk.

Namun begitu, rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin. Seperti yang berlaku baru-baru ini, apabila seorang pemandu van dirakam membantu seorang rider yang terkandas di tepi jalan sewaktu hujan ribut melanda.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Remaja Gigih Tolong Ibu Berniaga Untuk Beli Telefon

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bayar Kos ‘Repair’ Lepas Tahan Motosikal 2 Kali Langgar Lampu Merah Kerana Brek Rosak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tunggu Bas Lebih 2 Jam, Pemuda Tumpangkan Pasangan Warga Emas Raih Pujian

Berhenti & Tanya, Terus Bantu Masukkan Motorsikal Dalam Van

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@shafiraabdul), kejadian tersebut dirakam dari sebuah kediaman bertingkat yang dipercayai terletak berhampiran jalan tersebut.

Di awal video, kelihatan sebuah van yang sedang mengundur perlahan, dipercayai selepas pemandunya terlihat dua individu yang terkandas di bahu jalan.

Meskipun dalam keadaan hujan lebat, pemandu van itu membuka tingkap dan berinteraksi seketika dengan penunggang motosikal tersebut, dipercayai bertanyakan situasi yang dihadapi.

Tanpa berlengah, dia segera turun dari kenderaannya lalu membantu memuatkan motosikal ke dalam van melalui bahagian belakang.

Menariknya, pemandu tersebut dipercayai sudah bersedia dengan sebuah “ramp” khas untuk menaikkan motosikal ke dalam van, seolah-olah sudah biasa membantu dalam situasi sebegini. Setelah semuanya selesai, mereka pun berlalu pergi.

Menurut perakam video di ruangan kapsyen, ketika itu dia sedang menikmati angin kuat dari tingkap rumahnya sambil menunggu kepulangan suaminya sebelum terlihat kejadian berkenaan.

“Rasa tak sampai seminit ambil phone, nampak van lalu pastu dia berenti dan undur tolong individu tu.

“Lega hati, ada yang sudi berhenti tolong tengah hujan lebat tu. Terima kasih naa abang van. Semoga langkahmu sentiasa ditemani kebaikan dan ketenangan,” tulisnya.

https://www.tiktok.com/@shafiraabdul/video/7494266149572513025?_r=1&_t=ZS-8vhHB6ozlln
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Puji Keikhlasan Pemandu Van

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terharu dengan tindakan pemandu van yang langsung tidak berfikir panjang untuk membantu individu dalam kesusahan.

Ramai memuji keikhlasan hati pemandu tersebut dan menganggapnya sebagai contoh terbaik sikap prihatin rakyat Malaysia.

Sumber: TikTok @shafiraabdul
Sumber: TikTok @shafiraabdul

Tidak kurang juga yang mendoakan agar segala urusan pemandu van itu dipermudahkan dan kehidupannya diberkati.

Sumber: TikTok @shafiraabdul

Sikap mulia seperti ini bukan sahaja memberi kelegaan kepada mereka yang dibantu, tetapi turut menginspirasikan masyarakat untuk saling menyokong dalam keadaan yang tidak dijangka.

Rakyat Malaysia Prihatin Di Jalan

Kejadian seperti ini bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Sifat prihatin dan ringan tulang rakyat Malaysia sering menjadi tular di media sosial, membuktikan bahawa nilai kemanusiaan masih wujud dalam jiwa ramai.

Seperti sebelum ini, pernah tular satu kisah menyentuh hati apabila seorang makcik berbangsa Cina sudi menumpangkan seorang wanita yang terlepas bas untuk ke stesen MRT.

Walaupun hanya menunggang motosikal, makcik tersebut tidak berfikir dua kali untuk membantu.

Sesudah sampai di destinasi, wanita berkenaan cuba memberikan sedikit sagu hati sebagai tanda terima kasih atas bantuan yang diberikan. Namun, makcik tersebut dengan tenang menolak pemberian itu.

Tindakan itu seolah-olah menegaskan bahawa bantuannya bukan untuk dihargai dengan wang, tetapi lahir daripada keikhlasan hati. Kisah itu menjadi satu lagi bukti bahawa ramai rakyat Malaysia membantu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

https://www.tiktok.com/@fzhr__/video/7493770099447336210?_r=1&_t=ZS-8vcqopY34qt

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Tindakan Aunty Sudi Tumpangkan Gadis Terlepas Bas Ke Stesen MRT

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Nak Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan, Peniaga Jual Baju Sekolah 3 Helai RM10

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pilu Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Bantu Borong Semua


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd