[Video] Ramai Keliru Jenis Kolam Pancing, Keluarga Tangkap & Lepas Semula Ikan Raih Pelbagai Reaksi
Difahamkan, kolam memancing tersebut berkonsepkan kolam timbang di mana pemancing “wajib” membayar untuk setiap hasil tangkapan mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memancing merupakan hobi dan aktiviti santai untuk mengisi masa lapang. Seiring perkembangan masa, pelbagai fasiliti dan servis memancing telah disediakan termasuk kolam, tasik, sungai dan laut bagi memenuhi minat pemancing.
Namun begitu, terdapat pelbagai jenis tempat memancing dengan peraturan yang berbeza. Ramai yang masih keliru akan fungsi serta undang-undang yang ditetapkan bagi setiap lokasi memancing ini.
Hal ini terbukti menerusi satu video yang tular apabila sebuah keluarga yang datang memancing di kolam pancing timbang, dilihat melepaskan semula ikan-ikan yang telah berjaya dipancing.
Baca Artikel Berkaitan: “Tekong & Pemancing Mata Helang” – Ramai Teruja Lihat Skil Dua Pemancing Tangkas Pancing Ikan
Baca Artikel Berkaitan: “Comeback Is Real!” – Lelaki Berjaya Tangkap Ikan Lepas 1 Jam Disakat Rakan Buat Ramai Terhibur
Individu Lepas Ikan Ke Dalam Kolam Timbang
Menerusi satu perkongsian di TikTok (@abiyazid93), dia merakam aksi sebuah keluarga yang sedang memancing di sebuah kolam pancing timbang.
Segalanya kelihatan normal pada awalnya sehinggalah dia menyedari salah seorang daripada mereka berusaha melepaskan kail dari mulut seekor ikan sebelum melontarkannya semula ke dalam kolam.
Pemilik akaun TikTok itu turut menyindir di ruangan kapsyen, “Seronok datang memancing dengan keluarga, tapi buat macam style catch and release,” tulisnya secara sinis.
@abiyazid93 Seronoknyaaaa satu family datang mancing tapi buat macam style catch and release #kolampancingrm3jugra #kolampancing #jugra #banting #istanabandar #airmasin #joran #video #lepasikan #cnr #all #kakapputih #mentionyou #jarangkumpaw #siakap #worldwide #aquaculture
♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE – Syahmi Hisham
Netizen Persoal Tindakan Individu Lepas Semula Ikan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati melihat tindakan tersebut yang dianggap tidak sesuai dilakukan di kolam pancing timbang.
Ada yang menjelaskan bahawa tidak semua ikan mampu bertahan selepas dicederakan dengan kail, malah tindakan sedemikian boleh menyebabkan kematian ikan dalam kolam tersebut.


Beberapa pengguna juga menegur agar mereka yang mengamalkan kaedah tangkap dan lepas supaya pergi ke kolam khas jenis catch and release yang sememangnya disediakan bagi tujuan itu, walaupun biasanya kadar bayaran lebih tinggi.

Perbezaan Kolam Pancing Timbang Dan “Catch & Release” Yang Anda Patut Tahu
Untuk makluman, kolam memancing terdiri daripada dua jenis kolam iaitu kolam pancing timbang dan kolam pancing “catch and release”. Apa yang membezakan antara kedua-dua kolam ini adalah peraturannya. Iaitu:
- Kolam Pancing Timbang
Ikan yang dipancing akan ditimbang dan dibayar mengikut berat. Pemancing perlu membawa pulang ikan yang dipancing, tidak dibenarkan melepaskan semula ke dalam kolam.
- Kolam Catch & Release
Ikan yang berjaya dipancing dilepaskan semula ke dalam kolam. Kolam jenis ini lebih fokus kepada kepuasan hobi memancing dan kebiasaannya mengenakan bayaran masuk yang lebih tinggi.
Pilih Lokasi Yang Sesuai Sebelum Memancing
Sebenarnya banyak agensi telah menyediakan servis kolam pancing yang bersesuaian dengan tujuan dan bajet anda.
Hanya perlu melakukan sedikit penyelidikan sebelum pergi dan melakukan aktiviti berkenaan. Setelah membayar, wajarlah kita ikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Sebab Kenapa Kena Basahkan Badan Dulu Sebelum Mandi Dalam Kolam Renang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pilu Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Bantu Borong Semua
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.