Now Reading
[Video] Pergaduhan Pesta Songkran Di 1 Utama, Polis Buka Kertas Siasatan

[Video] Pergaduhan Pesta Songkran Di 1 Utama, Polis Buka Kertas Siasatan

Satu insiden pergaduhan yang berlaku di kawasan parkir luar pusat beli-belah 1 Utama semasa sambutan Songkran baru-baru ini kini sedang disiasat pihak polis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya dan keterbukaan dalam meraikan pelbagai jenis perayaan, termasuk festival luar negara.

Acara seperti Halloween, Oktoberfest dan Songkran sering disambut secara terbuka, terutama di kawasan bandar sebagai bentuk hiburan dan tarikan sosial.

Namun, sambutan seperti ini juga boleh menimbulkan cabaran seperti isu keselamatan dan sensitiviti budaya jika tidak dikawal dengan baik.

Baca Artikel Berkaitan: Ustaz Jafri Tegur Individu Ikut Trend ‘Poco Loco’, Dedah Ada Kaitan Dengan Upacara Ritual Orang Mexico

Baca Artikel Berkaitan: Isu Pesta Songkran Batu Feringghi: Penganjur Ada Lesen Hiburan Tapi Tak Ikut Syarat – Exco Pulau Pinang

Pengunjung Bergaduh Di Tapak Festival Songkran

Satu insiden pergaduhan yang berlaku di kawasan parkir luar pusat beli-belah 1 Utama semasa sambutan Songkran baru-baru ini kini sedang disiasat pihak polis, selepas video kejadian itu menjadi tular.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’far ketika dihubungi media berkata, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu setakat ini.

Namun begitu, beliau telah mengarahkan Ketua Balai Polis Damansara untuk membuat laporan bagi membolehkan siasatan dimulakan.

Dalam video yang tular semalam, kelihatan peserta daripada beberapa kumpulan bertelagah antara satu sama lain semasa sambutan Festival Songkran 2025.

Peserta turut dilihat membaling kerusi plastik dan penghadang, malah ada yang dilihat memegang objek tajam buatan sendiri.

https://www.tiktok.com/@trpmsia/video/7495637739556097288?_r=1&_t=ZS-8viPIRQIEo4
Tonton video penuh [DI SINI].

Pergaduhan Festival Cetus Perbincangan Budaya, Polis Ambil Tindakan

Pergaduhan yang tular itu turut mencetuskan perdebatan hangat mengenai soal penyesuaian dan pencanggahan budaya dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Orang ramai mula mempersoalkan kewajaran membawa masuk tradisi sambutan Songkran dari Thailand, dengan ramai berpendapat bahawa apa yang sesuai di Thailand belum tentu sesuai dengan norma masyarakat di Malaysia.

Festival Songkran Ada Unsur Ritual, Mufti Larang Umat Islam Terlibat

Sumber: Accidental Travel

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman memaklumkan bahawa semua umat Islam dilarang sama sekali untuk menyertai festival Songkran sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Menurut beliau, festival tersebut yang disambut oleh masyarakat Thai merupakan perayaan tahun baru yang kaya dengan unsur budaya serta ritual keagamaan Buddha.

Tambah Mohd Sukki, antara amalan yang dilakukan oleh penganut semasa festival itu berlangsung adalah memandikan patung Buddha, menyimbah air sebagai simbol penyucian diri dan memberi penghormatan kepada sami-sami.

“Berdasarkan penelitian terhadap kandungan dan latar belakang festival ini, umat Islam adalah dilarang untuk mengambil bahagian dalam festival Songkran, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” kata beliau.

Bahkan baru-baru ini, pesta Songkran yang disambut di Pulau Pinang mendapat kecaman ramai selepas tular video beberapa wanita berpakaian seksi sedang menari di atas pentas.

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Unsur Hiburan Melampau” – Umat Islam Dilarang Sertai Festival Songkran

Baca Artikel Berkaitan: Penang PAS Leader Schooled By Public After Claiming Songkran Is “Western Lifestyle”

Baca Artikel Berkaitan: Penglibatan Orang Islam Dalam Majlis Bukan Islam: JAKIM Jelas Sedang Muktamadkan Garis Panduan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd