“Mungkin Taktik Samun” – Dua Wanita Tenang Berdepan Detik Cemas ‘Drama Suami Isteri’ Raih Pujian
Dalam kemaskini terbaru, wanita itu mendakwa lelaki terbabit bukan suami kepada mangsa dan laporan tentang penderaan telah diserahkan kepada pihak polis.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kes samun di Malaysia kini sering berlaku dalam bentuk yang tidak dijangka, membuatkan orang ramai lebih berwaspada. Keadaan ini menjadikan sesetengah individu ragu-ragu untuk menghulurkan bantuan kepada orang tidak dikenali.
Keutamaan kini diberikan kepada keselamatan diri sendiri, lebih-lebih lagi apabila situasi kelihatan mencurigakan atau berlaku pada waktu luar kebiasaan.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, dua wanita berdepan detik mencemaskan apabila didatangi seorang wanita yang kelihatan terdesak meminta pertolongan di tengah jalan gelap.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Didenda RM800 Lepas Tampar Wanita Sebab Bergaduh Isu Tak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’
Baca Artikel Berkaitan: “Bila Tegur Kita Yang Dimaki” – Aksi Pelanggan Merokok Di Premis Kedai Makan Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Terus Keluar Rumah Jika Elektrik Putus” – Lelaki Dedah Taktik Penyamun Di Puncak Alam
Insiden Cemas Di Tengah Jalan Raya
Menerusi perkongsian video di TikTok (@cherry_hehua), kejadian berlaku pada 18 April sekitar jam 3.55 pagi berhampiran sebuah stesen minyak Petron.
Ketika itu, dua sahabat sedang memandu dari arah Shah Alam menghala ke Puncak Alam apabila terlihat seorang wanita berlari ke tengah jalan, dalam keadaan gelap dan sunyi tanpa kehadiran kenderaan lain.
Pada awalnya, mereka menyangka wanita tersebut adalah makhluk halus kerana muncul secara tiba-tiba. Namun setelah membuat pusingan U, mereka membuka sedikit tingkap dan bertanya mengenai keadaan wanita itu.
Wanita tersebut merayu agar dihantar sedikit ke hadapan, sambil bertanyakan sama ada mereka terlihat seorang lelaki yang dipercayai mengekorinya.
Berwaspada dengan situasi yang tidak jelas, dua sahabat ini enggan membuka pintu, sebaliknya menawarkan diri untuk mengiringi wanita itu dari belakang dengan kereta sambil menyalakan lampu tinggi dan lampu hazard.
Dalam masa yang sama, wanita itu mendakwa lelaki yang mengejarnya adalah suaminya.
Namun keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila sebuah Perodua Bezza biru membuat pusingan U dan berhenti berhampiran wanita berkenaan.
Wanita tersebut kemudiannya berlari semula ke arah dua rakan ini dan minta untuk masuk ke dalam kereta.
Semasa lelaki terbabit berjalan menghampiri mereka bertiga, dia dilihat amat tenang dan kedengaran santai mengajak wanita itu pulang.
Namun, wanita itu menolak dan enggan mengikutinya pulang ke rumah menyebabkan pergelutan berlaku. Lelaki tersebut bertindak menarik wanita itu ke hadapan kenderaan lalu memukul dan memarahinya di tengah jalan.
Cuba Hubungi Polis Namun Tiada “Line”
Dua sahabat tersebut hanya mampu membunyikan hon dan menjerit, namun gagal menghubungi pihak polis kerana tiada “line” pada waktu itu.
Setelah lelaki berkenaan menyedari dirinya sedang dirakam, dia datang menghampiri kereta dan cuba memaksa rakaman dipadam. Dia turut bertindak agresif dengan mengetuk kuat cermin kereta berkali-kali sambil mengeluarkan kata-kata kasar.
“Bangsat kau nak viralkan aku,” katanya.
Namun, dua wanita itu berjaya berundur dan segera beredar dari tempat kejadian sambil menjerit kepada sebuah lori yang kebetulan lalu agar menghubungi polis.
@cherry_hehua video ni bestie kat sebelah yang record. i was driving kejadian berlaku pada 3.55 PAGI Petron Gas Station = dari Shah Alam menghala ke Puncak Alam ( Jalan Mokhtar Dahari ) Pukul 3.45 pagi me & my bestie nampak ada perempuan lari ke tengah jalan sambil angkat tangan macam nak minta tolong. mula mula tu dua dua ingat tu hantu sebab masa tu jalan gelap & tak ada kereta lain yang lalu. so kita pun decide untuk U TURN and buka tingkap sikit tanya kenapa akak tu lari ketengah jalan. dia minta tolong merayu suruh hantar kedepan sikit. dia pun tanya masa kitorang nak buat U TURN tu “ada tak nampak seorang lelaki. ” lepastu kawan kat sebelah cakap macam ada lelaki kat traffic light tu. tapi kita tak nampak. lepas tanya 2-3 soalan, akak tu minta izin nak masuk dalam kereta both of us takut nak buka lock pintu. takut ni cara nak samun orang. jadi kita pun cakap “tak apa kak, saya ikut akak dari dalam kereta pergi ke depan” akak tu pun setuju orang yang dimaksudkan tu ialah suami akak tu sendiri. dalam 5 minit dia jalan kaki ( kitorang ikut slowly dari belakang bukak lampu tinggi & hazard light ) ada kereta Perodua Bezza warna biru tiba tiba buat U TURN dekat depan traffic light. akak tu cepat cepat lari ke kereta & cakap “kak buka pintu kak. tolong. tu dia” lelaki tu panggil akak ni few times tapi akak tu tak nak. merayu cakap “saya nak pergi kedai je…. tolonglah.. ” sampai je lelaki tu kat akak tu terus dia heret ke depan kereta. start lah pukul & marah marah akak tu depan kereta. we cant do anything. mampu hon lepastu jerit je. i was trying untuk call polis tapi line zero. nak tak nak kena drive ke depan untuk call. tapi sebelum call polis dah kantoi kawan kat sebelah ada record brother ni tengah marah bini dia so dia datang kat kawan paksa paksa suruh padam. dia try untuk pecahkan tingkap tapi kita cepat cepat reverse & terus pergi. lepastu jerit dekat lori belakang yang kebetulan lalu masa tu.. “DERA DERA. CALL POLIS CALL POLIS ” sejujurnya tak tau ni tactic untuk samun orang ataupun memang betul akak ni kena dera dengan husband dia. sebab ada beberapa benda yang akak ni cakap buatkan kitorang suspicious & tak synchronise dengan jalan cerita dia. ____________________________ 1 – dia ada cakap husband dia kejar dia. tak pakai baju. tapi kenapa masa dia keluar kereta abang tu lengkap berbaju ? 2 – akak ni kata yang dia nak balik Kelantan tapi kenapa pukul 3.50pagi masih ada kat sini ? 3 – akak ni lengkap berbaju kurung dengan handbag.. tapi husband dia pakai tshirt dengan jeans je ? 4 – masa husband dia ‘serang’ kereta kita.. kenapa akak tu tak lari tempat lain ? instead dia lari kedepan & masih ada kat area situ… 5 – kenapa husband dia bawak akak ni pergi rumah ‘kawan’ dia pukul 3.50 pagi ? nak buat apa ? untuk apa ? dengan baju kurung ? takkan sebab raya ? ___________________________ tapi apa pun kitorang dah buat report polis dekat balai berdekatan. bukti record kat phone ada.. bukti kat dashcam pun ada. kalau betul akak ni kena dera. hopefully akak dibela dengan undang undang. __________________________ sejujurnya kitorang tak tau apa yang jadi.. tapi kot ye pun ada masalah jangan lah buat bini takut lari sampai ketengah jalan. gladly kita sempat elak.
♬ original sound – cherry_hehua – cherry_hehua
Bukan Suami, Tapi Didakwa Kerap Mendera
Selepas video itu tular, beberapa kenalan dan ahli keluarga wanita terbabit tampil memberi maklumat lanjut kepada pemilik video.
Mereka memaklumkan bahawa lelaki tersebut bukan suami wanita itu, sebaliknya seorang individu yang didakwa sering menderanya. Kejadian yang dirakam itu bukanlah insiden paling teruk pernah berlaku terhadap mangsa.
Malah, mangsa sudah pun membuat laporan polis, dan keluarga turut mengenal pasti individu terbabit sebagai suspek yang kerap mencederakannya.
Beberapa maklumat peribadi lelaki itu juga telah dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Dua wanita yang merakam insiden tersebut juga membuat laporan polis dan menyerahkan bukti dalam bentuk rakaman telefon dan dashcam bagi membantu siasatan lanjut.
Mereka turut menjelaskan bahawa beberapa maklumat yang diberikan oleh mangsa sewaktu kejadian menimbulkan rasa ragu, antaranya tentang status hubungan, cara berpakaian, dan waktu kejadian yang janggal.
Namun begitu, mereka memilih untuk tidak membiarkan wanita itu sendirian dan mengambil langkah berhati-hati dengan mengekori dari belakang demi keselamatan bersama.
@cherry_hehua Replying to @along suami akak ni buat pusingan UTURN dekat traffic light. terus dia panic. akak ni merayu tak nak ikut husband dia. kitorang tak nak buka lock sebab takut ni semua tactic.
♬ original sound – cherry_hehua – cherry_hehua
Netizen Puji Tindakan Bijak Dua Rakan Berkenaan
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji ketenangan dan kewaspadaan dua wanita tersebut yang tidak terburu-buru membuka pintu kepada individu yang tidak dikenali, lebih-lebih lagi dalam suasana yang mencurigakan.


Ramai juga mempersoalkan jalan cerita yang tidak konsisten daripada mangsa, namun tetap menzahirkan rasa simpati terhadap wanita tersebut yang kelihatan ketakutan dan didera secara fizikal.

Walaupun ada segelintir yang mempertikaikan mengapa mangsa tidak terus dibawa ke balai polis, dua wanita itu menjelaskan bahawa mereka bimbang dengan kemungkinan kejadian itu hanyalah taktik untuk melakukan samun.
Tambahan pula, mangsa beberapa kali enggan membuat laporan polis ketika ditanya.


Akhirnya, apa yang berlaku menjadi peringatan buat semua agar sentiasa berwaspada dan tidak bertindak melulu.
Pada masa sama, ia juga membuka mata masyarakat tentang pentingnya peka terhadap insiden keganasan rumah tangga yang mungkin berlaku tanpa pengetahuan ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna Taktik Beri Isyarat Kereta Bermasalah, Mat Motor Cuba Samun Pemandu
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sayang Nyawa Ke?” – Proton X50 Selamba Main Tekan Brek Ulang Kali Bikin Ramai Berang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Warga Asing Panjat Kereta Tengah Jalan, Wanita Luah Rasa Cemas & Takut
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.