Now Reading
[Video] Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Abang Mengomel Kerana Adik Buat Sepah

[Video] Ramai Terhibur Lihat Gelagat Si Abang Mengomel Kerana Adik Buat Sepah

Difahamkan, si adik baru sahaja bangun tidur lalu bermain ‘water dispenser’ menyebabkan ruang dapur menjadi banjir.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui bahawa kanak-kanak sering bertindak di luar jangkaan, lebih-lebih lagi apabila mereka sedang leka bermain atau bereksperimen dengan sesuatu yang baharu.

Kadangkala, tindakan yang dianggap ‘biasa’ oleh mereka boleh bertukar menjadi huru-hara, namun tetap mengundang senyuman kepada yang melihat. Sikap spontan, reaksi jujur dan gelagat selamba mereka sering kali menjadi hiburan ramai.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila kerenah spontan dua beradik di dapur dirakam si ibu yang seakan-akan pasrah melihat “bencana” yang telah dilakukan.

Baca Artikel Berkaitan: “Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Ibu Bapa ‘Leka’ Dengan Telefon Sampai Tak Sedar Anak Di Sebelah Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Allah Sembuhkan” – Gelagat Anak Bermain Jadi Doktor Dengan Ayah Bikin Ramai Terhibur

Adik Buat Sepah, Abang Reda Mencuci

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@perambut.ikan), sebuah video mencuit hati memaparkan gelagat dua beradik kecil ketika berada di dapur rumah mereka.

Dalam rakaman tersebut, si ibu dilihat merakam aksi anak-anaknya ketika kejadian ‘luar jangka’ berlaku apabila si adik menyebabkan dapur rumah mereka hampir ‘banjir’.

Difahamkan, si adik yang berdiri di atas sebuah bangku tangga dilihat asyik menekan tuas “water dispenser” tanpa henti sehinggalah disapa ibunya. Si kecil itu tergamam seketika sebelum menjawab salam dengan wajah bersalah.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah suasana dapur yang sudah dipenuhi air dek perbuatan spontan si kecil tersebut. Namun, yang lebih mencuit hati ialah aksi si abang yang sedang mengemop lantai dengan ekspresi seakan-akan ‘terpaksa’.

Kelihatan si abang cuba sedaya upaya membersihkan air yang tumpah sambil kedengaran mengeluh dan mengomel, “Haih, banyaknya kerja nak lap. Tadi orang tengah tengok TV, lepastu dia bangun,” rungutnya.

Si ibu pula menyampuk dengan berjenaka, “Ha, tidur sekejap saja. Dah jadi kerja ni,” merujuk kepada si adik yang tiba-tiba bangun dari tidur dan terus ‘membuat hal’.

Lebih melucukan, si abang dilihat terus mengemop dengan penuh semangat meskipun mop tersebut tidak lagi mampu menyerap air kerana sudah terlalu basah dan tidak diperah, menyebabkan air hanya bergerak ke depan dan ke belakang.

https://www.tiktok.com/@perambut.ikan/video/7493557631492181266?_r=1&_t=ZS-8vcfklPNn5L
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Terhibur Melihat Kerenah Dua Anak Kecil Itu

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat tingkah laku dua beradik itu.

Seorang pengguna sempat bergurau mengatakan si abang sedang memikirkan ayat yang sesuai untuk ‘spin’ situasi agar tidak turut dimarahi oleh si ibu.

Sumber: TikTok @perambut.ikan

Ada juga yang berjenaka menyatakan mereka sebenarnya sedang bantu mencuci lantai menggunakan air tapis agar lebih bersih.

Tidak kurang juga memuji sikap si ibu yang tenang dan sabar berdepan kerenah anak-anaknya.

Sumber: TikTok @perambut.ikan
Sumber: TikTok @perambut.ikan

Gelagat spontan anak-anak ini nyata memberi hiburan ringan buat netizen, di samping menggambarkan realiti kehidupan berkeluarga yang penuh warna-warni.

Tips Agar Anak Mendengar Kata

Dalam kehidupan seharian, anak-anak sering kali menunjukkan pelbagai ragam. Ada kalanya mereka tidak mendengar kata, enggan memberi respon atau mudah hilang fokus apabila diajak berbual.

Sebagai ibu bapa, perkara ini sememangnya mencabar dan memerlukan pendekatan yang bijak agar komunikasi bersama anak berjalan dengan lebih baik.

Memetik laporan Hello Doktor, ini beberapa langkah proaktif yang boleh diambil untuk dijadikan rujukan ketika ingin melatih anak-anak agar lebih mendengar kata. Antaranya:

  • Gunakan Bahasa Yang Lembut
    Elakkan perkataan negatif. Gunakan ayat positif dan sopan agar anak lebih mudah menerima arahan tanpa rasa tertekan.
  • Renung Mata Anak
    Pastikan paras mata anda dan anak sejajar. Ini membantu anak memberi fokus dan faham arahan dengan lebih baik.
  • Sebut Nama Anak
    Panggil nama penuh anak sebelum memberi nasihat atau arahan supaya mereka rasa dihargai dan tahu anda serius.
  • Ringkas Dan Jelas
    Gunakan ayat mudah difahami. Elakkan berleter atau memberi terlalu banyak arahan serentak.
  • Hadiah Dan Pujian
    Berikan ganjaran bersesuaian dan pujian ikhlas sebagai dorongan untuk anak terus berkelakuan baik.
  • Jadi Teladan
    Tunjukkan contoh yang baik dalam percakapan dan perbuatan. Anak mudah meniru sikap ibu bapa.
  • Peluk Dan Cium Anak
    Sentuhan kasih sayang seperti pelukan mampu meredakan emosi anak dan menjadikan mereka lebih terbuka menerima nasihat.

Kesimpulannya, sabar adalah kunci utama dalam mendidik anak. Luangkan masa untuk memahami, bukan sekadar memarahi.

Baca Artikel Berkaitan: Beri Pujian, Tidur Awal & 5 Lagi Tips Untuk Ajar Anak Kecil Berpuasa Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Ini Kongsi Tips Paling Win Bapa Di Korea Ajar Anak Jadi Genius


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd