[Video] Ramai Puji Tindakan Aunty Sudi Tumpangkan Gadis Terlepas Bas Ke Stesen MRT
Difahamkan, wanita berbangsa Cina itu mempelawa untuk menumpangkan pemilik video selepas melihat dirinya berlari sewaktu melintas mengejar bas.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Masyarakat prihatin di Malaysia menjadi tumpuan apabila wujudnya sikap saling membantu tanpa mengira latar belakang, apatah lagi dalam situasi yang memerlukan tindakan segera dan spontan.
Tanpa mengira bangsa atau agama, tindakan individu yang ikhlas menghulurkan bantuan kepada orang lain kerap mencuri perhatian ramai dan menjadi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih peka terhadap persekitaran.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita berbangsa Cina tular di media sosial selepas membantu seorang gadis yang terlepas menaiki bas dengan menumpangkannya menaiki motosikal.
Baca Artikel Berkaitan: “Bertuah Jadi Malaysian” – Ramai Teruja Lihat Pengunjung Pelbagai Bangsa Join Penari Buat Persembahan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tarian Singa Dengan Alunan Muzik Tradisional Kaum India Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Seronok Semua Harmoni” – Non-Muslim Sertai Buka Puasa Di Dataran Putrajaya Raih Perhatian
Aunty Tumpangkan Gadis Ke MRT, Siap Tunggu Buka Helmet
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@fzhr__), seorang gadis berkongsi pengalaman sewaktu dia dibantu oleh seorang wanita berbangsa Cina selepas terlepas menaiki bas.
Dalam video yang dirakam, kelihatan dia sedang membonceng motosikal bersama wanita tersebut menuju ke stesen MRT. Sepanjang rakaman, cuaca kelihatan cerah dan suasana perjalanan tenang.
Nasibnya baik kerana di awal video, dilihat terdapat sebuah topi keledar tambahan di dalam raga motosikal wanita itu, seolah-olah sudah tersedia untuk dirinya.
Menurut pemilik video di ruangan kapsyen, wanita tersebut perasan dia sudah mula berlari ketika melintas jalan mengejar bas, lalu segera menawarkan bantuan dengan menumpangkannya ke stesen MRT.
Sampai di destinasi, wanita itu dilihat sabar menunggu gadis berkenaan membuka topi keledar dan turut menyambutnya kembali untuk disimpan semula ke dalam raga motosikal.
Sudah Pelawa Bayaran, Tapi Ditolak Berkali-Kali
Dalam satu perkongsian barunya, pemilik video memberi respon kepada satu komen yang seakan-akan mengarahkan dirinya untuk membayar wanita itu.
Menerusi video berkenaan, dia menunjukkan dirinya yang telahpun mencuba memberi sedikit sagu hati kepada wanita tersebut sebagai tanda terima kasih. Dia dilihat menghulur wang yang digenggam kepada wanita berkenaan secara bersahaja.
Namun, tindakan itu ditolak berkali-kali. “Aunty, nah ni,” katanya sambil menghulurkan wang, tetapi wanita itu pantas menjawab, “Tak mahu, tak mahu.”
Mereka kelihatan ‘berebut’ sebentar sebelum wanita berkenaan terus berlalu pergi, sebagaimana dalam perkongsian sebelumnya.
Netizen Puji Sikap Prihatin & Nilai Harmoni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan spontan dan ikhlas wanita tersebut.
Ramai juga yang mendoakan agar wanita itu dimurahkan rezeki serta sentiasa dilindungi.
Tidak kurang juga yang memuji dan turut terharu dengan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia yang wujud dan dikekalkan sehingga hari ini.



Tindakan ini dianggap sebagai lambang keharmonian masyarakat berbilang kaum di Malaysia, di mana semangat tolong-menolong masih ada dan sentiasa diraikan tanpa sempadan agama atau bangsa.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Bangsa Cina Teruja Dapat Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Muslim Di Dataran Putrajaya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Non-Muslim Teruja Pertama Kali Berbuka Puasa Di Masjid
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Bangsa Cina Dari Kelantan Edar Makanan Percuma Untuk Berbuka Puasa Di Masjid Raih Pujian Netizen
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.