Now Reading
“Tertutup Auratnya” – Pemenang ‘Pakaian Paling Manis’ Ketika Sambutan Raya Di Sekolah Curi Perhatian

“Tertutup Auratnya” – Pemenang ‘Pakaian Paling Manis’ Ketika Sambutan Raya Di Sekolah Curi Perhatian

Pelajar perempuan dari SMK Seri Nibong, Pulau Pinang yang memenangi kategori itu dilihat sedang menyarungkan baju Abaya labuh berwarna merah jambu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sambutan Hari Raya peringkat sekolah sudah pasti membuatkan para pelajar teruja. Bukan sahaja boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan, bahkan dapat juga merasai juadah raya menarik yang dibawa oleh murid lain serta guru.

Pada tahun lalu, seorang guru berbangsa India dikenali sebagai Cikgu Inthira telah menyediakan juadah yang unik iaitu Tosei semasa jamuan raya di kelas.

Lebih mencuri perhatian, cikgu yang memakai baju tradisionalnya itu dilihat memasak Tosei secara ‘live’ di hadapan anak murid.

Selain menikmati juadah disediakan, banyak juga sekolah yang menganjurkan pelbagai jenis acara termasuklah persembahan nyanyian, pertandingan permainan dan anugerah pakaian terbaik di kalangan para pengajar serta murid-murid.

Baca Artikel Berkaitan: “Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Peraturan Dari Dulu Macam Tu” – Murid Enggan Hadir Jamuan Raya Sekolah Kerana Tak Boleh Makeup

Baca Artikel Berkaitan: “Elok Kejadiannya” – Ramai Kagum Lihat Bapa Tunggal Gigih Buat Kek Jamuan Raya Anak

Sekolah Anjur Kategori ‘Pakaian Paling Manis’ Ketika Sambutan Hari Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@_noorisa) apabila seorang guru daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nibong, Pulau Pinang dikenali sebagai Ustazah Aimah berkongsi suasana para murid yang sedang berkumpul di dalam dewan ketika Sambutan Hari Raya peringkat sekolah diadakan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Ustazah Aimah sedang mengacarakan majlis tersebut dengan mengumumkan pemenang-pemenang bagi beberapa anugerah yang disediakan sendiri oleh pengetua sekolah termasuklah:

  • ‘Guru Paling Bergaya’
  • ‘Pakaian Paling Segak Murid Lelaki’
  • ‘Raya Photo Challenge’
@_noorisa Aksi spontan Sir Ooi Ivan dan tuan pengetua yang menambahkan lagi kemeriahan sambutan hari raya sekolah kali ni. #majlisrayasekolah #SNIPER ♬ original sound – noorisa

Tonton video penuh [DI SINI].

Kategori ‘Pakaian Paling Manis’ juga tidak terlepas semasa acara itu berlangsung. Kalau anda nak tahu, gelaran itu dimenangi oleh adik Dhiya Amani iaitu pelajar tingkatan 1.

Sama seperti nama kategori itu, Dhiya kelihatan manis menyarungkan baju Abaya labuh berwarna pink bersama dengan tudung bawal yang sedondon. Memang cantik!

Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai apabila video itu mendapat jumlah tontonan sebanyak 800,000 ribu kali setakat artikel ini ditulis (18 April).

@_noorisa Replying to @mus Tuan Pengetua sediakan juga hadiah untuk kategori murid perempuan. Tahniah adik Dhiya Amani Binti Yusri dari kelas 1 Azalea👏🏻👏🏻 #SNIPER #majlisrayasekolah ♬ original sound – noorisa

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Sejuk Mata Memandang Pakaian Disarung Oleh Pemenang

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji pihak sekolah kerana mencipta kategori itu kerana dikatakan dapat memupuk semangat para pelajar untuk sentiasa berpakaian sopan.

“Tepat pilihannya. Secara tak langsung mendidik semua untuk berpakaian longgar, menepati syariah dan menutup aurat dengan betul,” kata seorang pengguna TikTok.

“Alhamdulillah tahniah dik. Tepat pilihan cikgu, sejuk mata memandangnya,” kata seorang lagi warganet.

Malah, ramai juga berkata adik Dhiya kelihatan manis walaupun tanpa bersolek.

“Masya-Allah memang cantik manis. Tak payah sibuk-sibuk nak makeup bagai. Aura cantik tu dah terserlah 😍,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut berpendapat bahawa anugerah itu akan diingati oleh murid berkenaan hinggalah sudah dewasa nanti.

“Benda ni akan jadi kenangan manis adik dan akan ingat sampai bila-bila. Sebab saya pun pernah dapat anugerah baju paling cantik dekat sekolah menengah dulu. Sampai sekarang ni simpan baju tu,” kongsi seorang netizen.

Sumber: TikTok (@_noorisa)

Baca Artikel Berkaitan: “Manis & Anggun!” – Pelancong Dari Indonesia Kagum Tengok Style Hijabis Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini Kompilasi Tutorial Tudung Shawl & Bawal Anda Boleh Cuba Sempena Aidilfitri 2024!

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Food Festival!” – Jamuan Raya Sekolah Berkonsep Bufet Curi Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd