“Multitask Next Level” – Gelagat Pelajar Makan Sambil Scroll TikTok Guna Ibu Jari Kaki Buat Ramai Terhibur
Menerusi video tular, kelihatan mahasiswa dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu dengan random bermain dengan telefon bimbit menggunakan ibu jari kakinya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dinafikan bagi setiap individu, pasti ada sahaja waktu di mana mereka berasa bosan. Apabila sampai sahaja waktu begini, mulalah banyak idea terlintas dalam kepala untuk menghiburkan diri sendiri.
Seperti sebelum ini, tular video seorang penghantar barangan dari syarikat J&T Express yang sedang berjalan di tingkat sebuah pangsapuri bagi menghantar parcel pelanggan.
Namun dia secara tiba-tiba telah menari berhadapan satu CCTV sebaik penggera kamera litar tertutup itu berbunyi. Difahamkan, abang J&T pada ketika itu berasa bosan kerana tidak mempunyai banyak barang yang perlu dihantar.
Baca Artikel Berkaitan: “Mesti Melatah!” – Gelagat Abang J&T Menari Lepas Dengar Alarm CCTV Bikin Ramai Terhibur
Pelajar UiTM Santai Main Telefon Guna Ibu Jari Kaki
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@hyqallj) apabila seorang penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikenali sebagai Haiqal berkongsi klip rakannya yang sedang menjamu selera.
Seperti yang semua tahu, melihat skrin sebagai contoh menonton televisyen atau bermain dengan telefon bimbit semasa sedang makan sudah menjadi satu kebiasaan di kalangan orang ramai lebih-lebih lagi jika sedang bersendirian.
Namun kali ini, aksi rakan Haiqal dilihat lain daripada lain yang mana dia menggunakan sebelah tangan untuk makan manakala ibu jari kakinya pula digunakan untuk scroll (menatal) video-video di laman TikTok.
Tidak pasti sama ada si rakan tahu atau tidak bahawa TikTok mempunyai mod skrol secara automatik. Tetapi mungkin lelaki itu sengaja mahu mencuba ‘bakat baru’.
Menurut Haiqal, sudah mencecah tiga hari sejak sesi pembelajaran mereka ditangguhkan. Mungkin juga otak sudah ‘tepu’ hingga membuatkan mahasiwa itu melakukan sesuatu yang di luar daripada jangkaan.
@hyqallj 3 hari straight takda class @Dono🫀 #fyp #uitm ♬ QKThr – Aphex Twin
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Cuit Hati Lihat Lelaki Kreatif Pakai Ibu Jari Kaki Ketika Main Telefon
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan idea luar kotak rakan Haiqal yang menggunakan ibu jari kakinya untuk bermain telefon.
“Ni betul-betul manfaatkan ciptaan Tuhan 😭,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga yang sempat berjenaka melihat situasi itu.
“Bang nanti boleh kemas kini dalam resume. Letak multitasking,” jenaka seorang pengguna TikTok.
“Selama ni tak sedar ada orang like video kita pakai ibu jari kaki je,” ujar seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga segelintir individu yang tertarik sehingga mahu mencuba aksi sama yang dilakukan rakan Haiqal.
“Dah cuba buat tadi. Alhamdulillah ibu jari kaki saya dah cramp (kejang),” kata seorang netizen.







Baca Artikel Berkaitan: “Hebat Multitask” – Peniaga Apam Balik Dipuji, Jadi Pengganti Baca Doa Di Kenduri Kahwin
Baca Artikel Berkaitan: “Besar Ujian Nak Naik Haji” – Gelagat Pakcik Tenang Main Dam Walau Dihurung Kelekatu Buat Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Baru 13 Tahun Tapi ‘Multitasking’, Ramai Nak Jadikan Remaja Lelaki Ini Sebagai Menantu [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.