Now Reading
[Video] Wanita Ini Dedah Sebab Kucingnya Tidak Dipakaikan ‘Collar’, Tegaskan Soal Keselamatan Mereka

[Video] Wanita Ini Dedah Sebab Kucingnya Tidak Dipakaikan ‘Collar’, Tegaskan Soal Keselamatan Mereka

Difahamkan, wanita berkenaan memilih untuk tidak menggunakan collar tetap pada kucingnya atas faktor keselamatan memandangkan haiwan peliharaannya itu sangat aktif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui ramai yang memilih kucing sebagai haiwan peliharaan kerana sifatnya yang manja dan boleh dijadikan peneman. Malah, ada yang sudah menganggap kucing seperti ahli keluarga sendiri.

Lazimnya, pemilik akan memakaikan collar pada kucing bagi menandakan haiwan itu bertuan. Ada juga yang meletakkan maklumat diri pada collar sebagai langkah keselamatan tambahan. Namun, sesetengah pemilik memilih untuk tidak memakaikannya atas sebab kucing yang terlalu aktif dan suka bergerak bebas.

Itulah yang terjadi pada wanita ini apabila dua kali haiwan peliharaannya itu pulang ke rumah dalam keadaan memakai collar. Padahal, wanita itu sendiri tidak pernah memakaikannya pada kucing tersebut sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi Kisah Hidup Dengan Kucing Ada Separation Anxiety, Nak Perhatian 24 Jam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Tersesat Di Tembok Flyover Sebelum Diselamatkan APM Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kucing Tolak Monitor Komputer Hingga Jatuh Buat Ramai Geli Hati

Wanita Tegas Isu Collar, Utamakan Fitrah Dan Keselamatan Kucing

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@eurekacan), wanita itu meluahkan rasa kesal apabila kucing peliharaannya pulang ke rumah dalam keadaan sudah memakai collar yang asing.

Menurut wanita itu, dia lebih selesa membiarkan kucingnya bebas bergerak di luar rumah kerana mahu menjaga fitrah seekor haiwan yang aktif.

Atas sebab itu jugalah dia tidak memakaikan sebarang collar tetap kerana bimbang jika kucingnya tersangkut di tempat sempit.

“Collar ni bahaya, kalau dia bergerak tempat sempit, dia akan tersangkut,” jelasnya.

Apa yang lebih mengejutkan, ini bukan kali pertama perkara itu berlaku. Dalam video berkenaan, wanita itu menyatakan kucingnya baru keluar bermain selama sejam tetapi sudah pulang dengan collar di tengkuk.

Bagaimanapun, dia tetap memakaikan kucingnya seutas “breakaway collar” yang direka khas untuk terbuka sendiri jika tersangkut dan direntap lembut.

Pada collar tersebut, dia meletakkan alamat dan nombor telefonnya sekiranya jiran berkenaan menjumpai kucing itu lagi dan mahu menuntut semula dua collar yang telah dipakaikan sebelum ini.

https://www.tiktok.com/@eurekacan/video/7493499065888460039
Tonton video penuh [DI SINI].

Kucing Pulang & Sudah Tidak Bercollar

Dalam satu perkongsian baru, wanita itu menunjukkan keadaan kucingnya yang sudah tidak lagi memakai collar, dipercayai kerana tertanggal selepas kucing itu pulang tanpanya.

Ramai juga yang memberi pelbagai reaksi terhadap keputusan wanita itu membiarkan kucingnya bebas berkeliaran di luar rumah di perkongsian sebelumnya.

Menjawab reaksi itu, dia menjelaskan bahawa kucingnya dibesarkan sebagai “indoor cat” selama dua tahun ketika tinggal di apartmen sewa.

Namun setelah berpindah ke rumah “maktok” yang berlaman, kucing itu menjadi lebih ceria sebagai “free roam cat” walaupun 70 peratus masanya masih dihabiskan di dalam rumah.

Wanita itu turut berkongsi bahawa kucingnya sangat aktif dan buas, jadi dia berasa tidak sesuai untuk mengurung haiwan tersebut di dalam rumah.

Secara berjenaka, dia berkata, “Dia ni monyet tau, bukannya kucing,” merujuk kepada sikap kucingnya yang terlalu lasak.

Dia turut memaklumkan bahawa selepas menerima pelbagai pandangan, dia kini mengambil langkah bersedia dengan menyimpan stok “breakaway collar” yang lengkap dengan maklumat dirinya untuk dipakaikan semula sekiranya tertanggal.

https://www.tiktok.com/@eurekacan/video/7493743130085215495
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Persoal Tindakan Jiran, Kongsi Pengalaman Serupa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mempersoalkan tindakan individu yang sewenang-wenangnya “membuat harta” terhadap kucing peliharaan orang lain.

Ada yang berpendapat bahawa walaupun niat mungkin baik, tidak wajar mengambil tindakan terhadap haiwan yang bukan milik sendiri.

Sumber: TikTok @eurekacan
Sumber: TikTok @eurekacan

Ramai juga berkongsi pengalaman lucu apabila kucing peliharaan mereka gemar ke rumah jiran meminta makanan, seolah-olah langsung tidak terjaga di rumah sendiri.

Walaupun sekadar ingin bermanja, ia sering menimbulkan kekeliruan kepada jiran yang menyangka kucing itu tidak bertuan.

Sumber: TikTok @eurekacan

Beberapa netizen turut memberikan cadangan agar wanita tersebut memasang “air tag” atau gajet pengesan pada kucingnya supaya mudah diketahui lokasinya.

Sumber: TikTok @eurekacan

Ia bukan sahaja membantu pemantauan, malah boleh mengelakkan kejadian yang tidak diingini sekiranya kucing itu hilang atau diambil tanpa kebenaran.

Fahami Tujuan & Cara Selamat Memakaikan Collar Pada Kucing

Pada anda yang masih kurang tahu tentang penggunaan collar kucing yang betul, kami kongsikan sedikit tips daripada laman Klinik Haiwan Dan Surgeri Kitty’s Care Kajang yang boleh dijadikan panduan agar kucing anda kekal selesa dan selamat.

  • Membantu pemilik mengesan kedudukan kucing kerana pergerakan kucing biasanya senyap
  • Memberi peluang kepada haiwan lain seperti burung dan tupai untuk melarikan diri daripada diburu
  • Mengurangkan risiko kucing memburu spesies liar yang terancam di kawasan kejiranan

Cara Pemakaian Yang Betul

  • Pastikan 2 hingga 3 jari boleh dimasukkan di antara collar dan leher kucing bagi memastikan tidak terlalu ketat atau longgar
  • Gunakan collar yang boleh dilaras mengikut saiz leher kucing dan tukar jika sudah lusuh atau tidak sesuai
  • Pilih jenis collar yang direka khas untuk keselamatan kucing seperti breakaway collar

Elakkan Kesilapan Ini

  • Jangan pakaikan collar terlalu ketat kerana boleh menyebabkan sesak nafas, luka dan pembengkakan
  • Elakkan collar yang terlalu longgar kerana boleh menyebabkan kucing cuba menanggalkannya lalu tersangkut pada muka
  • Jangan paksa kucing memakai collar jika ia tidak selesa kerana boleh menyebabkan tekanan dan kecederaan
  • Jangan guna getah rambut, tali gelang atau bahan tidak sesuai sebagai collar kerana boleh membahayakan dan menyebabkan jerutan

Panduan ini penting untuk memastikan keselamatan serta kesejahteraan kucing kesayangan anda.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Si Bulus! Wanita Ini Beli Rumah Besar Khas Untuk Diduduki Lebih 30 Ekor Kucing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd