Now Reading
[Video] Kaedah Wanita Ini Guna Ruang Bilik Jadi Tempat Hidang Makanan Raih Perhatian

[Video] Kaedah Wanita Ini Guna Ruang Bilik Jadi Tempat Hidang Makanan Raih Perhatian

Difahamkan, video yang dikongsi merupakan kenangan manis wanita itu sewaktu mengacara rumah terbuka raya di rumah flat tiga bilik miliknya tahun lepas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rumah terbuka sememangnya sudah menjadi tradisi setiap kali tiba musim Hari Raya Aidilfitri. Selain mengeratkan silaturahim, ia juga dilihat sebagai peluang untuk meraikan tetamu dan berkongsi rezeki.

Namun, tidak semua orang memiliki ruang rumah yang luas untuk menerima kunjungan tetamu. Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat, kekangan ruang sering kali menjadi cabaran utama.

Berbeza dengan wanita ini apabila dia tampil dengan idea kreatif untuk memanfaatkan ruang yang ada. Bilik tidur digunakan sebagai tempat menghidang makanan demi keselesaan semua tetamu.

Baca Artikel Berkaitan: Khazanah Nasional Batal Open House Raya Demi Hormati Pemergian Pak Lah, Sumbang Makanan Buat Komuniti

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tetamu Tak Diundang, Burung Hantu Datang Beraya Buat Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Food Festival!” – Jamuan Raya Sekolah Berkonsep Bufet Curi Perhatian

Wanita Hidang Makanan Dalam Bilik

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@nadiarusllan_), wanita ini berkongsi suasana penyediaan rumahnya sebelum memulakan majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediaman jenis flat.

Di awal video, kelihatan beberapa kerusi dan sebuah meja sederhana sudah disusun rapi di bahagian luar rumah sebagai ruang makan tambahan.

Di dalam rumah pula, ruang tamu yang penuh dengan perabot disusun kemas, dengan sofa dan kerusi “healing” dijadikan ruang utama untuk para tetamu bersantai.

Apa yang menarik perhatian ramai, makanan untuk rumah terbuka kali ini dihidangkan di dalam salah satu bilik rumah tersebut.

Hidangan disusun rapi dan dihias cantik, lengkap dari makanan ringan hingga berat, siap dibungkus dengan plastik lutsinar untuk menjaga kebersihan.

Pemilik rumah itu juga sempat bergurau di ruangan kapsyen, “Rumah kita, suka hati kita nak buat macam mana.

“Kalau hidang dekat ruang tamu, takut tak muat tetamu nak duduk. Hidang dekat luar, takut kucing kacau,” jelasnya.

Katanya lagi, itu merupakan kenangan raya 2024 di rumah flat tiga bilik miliknya.

Menurut wanita itu, bilik tersebut telah dikosongkan dan dibersihkan terlebih dahulu sebelum dijadikan ruang hidangan agar selesa dan kemas untuk hidang makanan kepada para tetamu.

@nadiarusllan_

Rumah kita, suka hati kita nak buat macam mana 😆 kalau hidang dekat ruang tamu takut tak muat tetamu nak duduk. Hidang dekat luar takut kucing kacau🤭 Ni kenangan raya tahun 2024 di rumah flat 3 bilik🥹

♬ Nyam Nyam Ketupat – Zizan Razak & Wani Kayrie & Dinda Dania & MissAlvy
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Teruja Idea Wanita Hidang Makanan Dalam Bilik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan idea kreatif ini. Ada yang memuji inisiatif tersebut kerana dapat menjimatkan ruang dan menjadikan suasana lebih teratur.

Ada juga yang menyokong sepenuhnya penyediaan makanan sebegini kerana tetamu lebih selesa mengambil hidangan tanpa segan.

Sumber: TikTok @nadiarusllan_
Sumber: TikTok @nadiarusllan_

Seorang pengguna turut menyatakan kelebihan susunan ini apabila ia mengurangkan gangguan daripada anak-anak kecil, malah mudah dikawal kerana boleh ditutup pintunya jika perlu.

Sumber: TikTok @nadiarusllan_

Manfaat & Kebaikan Rumah Terbuka

Rumah terbuka bukan sahaja amalan tradisi setiap kali Syawal menjelma, malah ia membawa banyak manfaat dari segi sosial dan nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Ia bukan sekadar menjamu selera, tetapi menjadi ruang pertemuan dan pengerat hubungan.

Antara manfaat rumah terbuka termasuk:

  • Berpeluang bertemu semula saudara dan rakan lama
  • Mendapat pahala bersedekah dan berkongsi rezeki
  • Mengukuhkan hubungan kejiranan
  • Melatih sifat pemurah dan bertolak ansur
  • Meraikan Aidilfitri dalam suasana harmoni dan penuh makna

Baca Artikel Berkaitan: “Elok Kejadiannya” – Ramai Kagum Lihat Bapa Tunggal Gigih Buat Kek Jamuan Raya Anak

Baca Artikel Berkaitan: “Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Lain Daripada Lain!” – Tuan Rumah Hidang Chicken Chop Kepada Tetamu Datang Beraya Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd