“Peraturan Dari Dulu Macam Tu” – Murid Enggan Hadir Jamuan Raya Sekolah Kerana Tak Boleh Makeup
Menurut murid perempuan itu, para pelajar juga tidak dibenarkan untuk menyarungkan tudung jenis shawl semasa jamuan raya di sekolah tersebut dijalankan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pasti ramai di kalangan murid bersetuju bahawa jamuan raya tahunan yang dianjurkan oleh pihak sekolah adalah antara acara yang paling ditunggu-tunggu.
Bukan sahaja dipenuhi dengan juadah makanan yang pelbagai, malah guru dan pelajar juga berpeluang untuk berehat dan lebih santai pada hari itu.
Sesetengah sekolah juga membawa jamuan raya mereka ke ‘next level’ di mana pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyediakan juadah berkonsepkan bufet. Sekali pandang macam food festival pun ada!
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Food Festival!” – Jamuan Raya Sekolah Berkonsep Bufet Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Elok Kejadiannya” – Ramai Kagum Lihat Bapa Tunggal Gigih Buat Kek Jamuan Raya Anak
Baca Artikel Berkaitan: “Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]
Murid Bengang Peraturan Semasa Jamuan Raya Di Sekolah ‘Terlalu Ketat’
Bagaimanapun ada juga pihak yang sudah muak untuk menghadiri jamuan raya di sekolah. Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila wanita dikenali sebagai Siti (@sitinurteemah) berkongsi satu tangkap layar daripada akaun seorang murid.
Menurut murid perempuan itu, dia semakin malas untuk menghadiri jamuan raya yang dianjurkan di sekolah dek kerana peraturan yang ditetapkan.
“Peraturan sekolah makin lama makin b*ngang. Kata nak happy tapi makeup sikit tak boleh, (pakai) shawl tak boleh, telefon tak boleh bawa, wajib pakai kasut sekolah,” katanya.
Tambah pelajar itu, sekolah tidak sepatutnya menganjurkan jamuan raya sekiranya terlalu banyak peraturan ditetapkan.

Peraturan Sama Ditetapkan Sejak Dahulu Lagi
Hantaran itu kemudiannya mendapat perhatian Siti. Jelas wanita itu, murid berkenaan tidak sewajarnya berfikiran sebegitu kerana peraturan yang dinyatakan sudah diguna pakai sejak dahulu lagi.
Tambah Siti, adalah penting bagi seorang pelajar patuh dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
“Peraturan memang tak diubah. Memang dari zaman Tok Kaduk lagi memang macam tu dik. Tak boleh pakai makeup dan shawl. Kitorang dulu pakai kasut sekolah je dik, siap baju sekolah.
“Kau kira beruntung juga dapat pakai baju raya cantik-cantik. Dapatlah tunjuk dekat boyfriend satu sekolah, satu kelas tu. Kalau nak marah dekat sekolah sebab peraturan, memang salah la cerita dia sebab benda tu memang tak boleh diubah,” tegur Siti.
Jamuan Raya Sekolah Bukan Tempat Fesyen Show
Tambah wanita itu lagi, sekolah bukan tempat untuk para pelajar bercantik dan berfesyen.
“Tiada lagi sekolah yang boleh pakai makeup kecuali sekolah tu punya pentadbir okay dan setuju serta bukan atas desakan. Nama pun jamuan raya sekolah dik bukan pergi fesyen show Bulan Bintang,” ujar wanita itu di akhir perkongsian.
@sitinurteemah ♬ original sound – amïnah
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lepas Murid Tak Puas Hati Dengan Peraturan Sekolah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan setiap pandangan dilontarkan oleh Siti.
“Apa kena mengena jamuan dengan pemakaian? Ada sekolah yang jamuan raya 100% berseragam sekolah. Ada yang beri kelonggaran pakai baju raya tapi berkasut sekolah. Jamuan raya maksudnya makan-makan, bukan hari tanpa peraturan sekolah,” kata seorang warganet.
Malah ramai juga berpendapat bahawa keseronokan dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan membuatkan jamuan raya di sekolah lebih meriah.
“Hang tahu tak dik, kami dulu dengar je tarikh jamuan raya, dua minggu sebelum dah teruja fikir nak bawa makanan apa bukan pasal makeup atau baju,” ujar seorang pengguna TikTok
Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi pengalaman mereka menghadiri jamuan raya yang diadakan di sekolah.
“Waktu zaman saya dulu, pelajar dibenarkan pakai baju raya tapi kena pakai kasut dan tudung sekolah. Tapi seronok tak payah belajar seharian,” kata seorang wanita.







Baca Artikel Berkaitan: Guru Dipuji Pujuk Murid Yang Sebak Kuih Tidak Dijamah Rakan Ketika Jamuan Raya [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Untung Budak Sekarang” – Jamuan Perpisahan Pelajar Tahun 6 Dibuat Di Hotel Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Murid Gigih Jual Keychain, Cari Modal Sediakan Choco Jar Untuk Jamuan Kelas
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.