“Nak Pinjam RM100”- Lelaki Penat Hadap Kawan Suka Pinjam Duit Tapi Liat Nak Bayar Balik
Menurut lelaki berkenaan, rakannya itu turut memberikan pelbagai alasan setiap kali dia ingin meminta semula wang yang diberikan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Lumrah setiap manusia pastinya mempunyai sekurang-kurangnya seorang kawan atau sahabat.
Setiap rakan ini tentunya mempunyai ragam tersendiri. Sebagai contoh ada rakan yang mudah mesra, banyak bercakap, pemarah, dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, sebagai seorang rakan yang baik adakalanya kita hanya menerima perangai mereka dengan hati terbuka dan memberikan bantuan mengikut keperluan.
Lelaki luah penat ada kawan suka pinjam duit
Namun tidak bagi seorang lelaki ini, apabila dia mula meluahkan rasa penat kerana mempunyai seorang kawan yang suka meminjam wang tanpa memulangkannya semula.
Menerusi satu tangkap layar yang dikongsikan oleh lelaki berkenaan di X, awalnya kelihatan rakan berkenaan meminta bantuan kewangan kerana ingin membeli kasut.
Jelas rakan tersebut dia ingin meminjam wang sekitar RM100 kerana perlu menyertai acara larian justeru ingin membeli kasut baharu.
“Assalam awak, saya nak pinjam awak RM100 boleh? Esok saya ada larian 2.4 kilometer (km), nak cari kasut yang murah-murah.
“Saya tak ada kasut nak lari esok,” kata rakan itu dalam mesej terbabit.
Tak pernah bayar duit yang dah pinjam
Mesej itu kemudiannya dibalas oleh lelaki terbabit dengan mengatakan dia tidak mempunyai wang sebanyak itu.
Namun apa yang menjadi perhatian, lelaki itu turut mendakwa rakannya itu belum pernah melangsaikan beberapa hutang lama kepadanya.
Di ruangan kapsyen, lelaki itu turut menyifatkan dia penat mempunyai rakan yang sudah dikenali begitu lama namun liat dan tidak pernah membayar semula hutangnya.
Jelasnya setiap kali meminta rakan tersebut membayar hutang, individu berkenaan memberikan banyak alasan serta menyifatkan dia tidak ikhlas dalam memberikan pertolongan.
“Memang hidup akan akan kawan dengan orang nak duit je ke? Seriously penat. Kawan bertahun, tak pernah bayar balik.
“Bila minta balik, banyak alasan menipu dan kata tolong tak ikhlas. Serik nak kenal orang buat kawan sekarang, benda sama asyik berulang,” katanya lagi.
Ramai boleh ‘relate’, pernah berdepan rakan suka pinjam duit
Melihat di ruangan balas, ramai yang turut meluahkan rasa sama kerana berdepan dengan masalah sama.
Ada juga mengatakan individu yang memberi pinjaman adakalanya terpaksa reda sekiranya tidak mendapatkan semula wang yang diberi. Oleh itu, hanya berikan wang mengikut nilai yang mampu sahaja.
Malah ada yang turut memberikan tips agar tidak menjadi sasaran rakan-rakan untuk meminjam wang.
Antara tips diberikan adalah tidak menunjukkan kehidupan yang mewah dan menolak dengan baik apabila ada rakan yang ingin meminjam wang.
“Muka temboknya semata nak sertai larian tapi tak ada kasut lepas tu menyusahkan orang nak pinjam duit bagai..”

“Prinsip saya senang je, bagi orang pinjam ikut berapa banyak yang kita sanggup hilang (selalunya saya akan reject mereka kerana tak nak hilang duit sendiri)”

“Jenis aku pinjam boleh tapi bila dah berjanji nak bayar tarikh ditetapkan kena bayarlah. Kalau tak bayar memang aku dah tak bagi pinjam dah. Sebab aku tahu di saat kita memerlukan dan tak ada duit tu macam mana”

“Benda ni sensitif nak cakap tapi kan dalam berkawan kalau dah libatkan pasal duit ni lebih baik angkat kaki cepat. Jujur tak tipu, ianya memang berbahaya bila dah libatkan pasal duit ni dalam persahabatan”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.