“Naik Guna Skylift Ke?” – Design Kafe Kapsul 2 Tingkat Ini Bikin Ramai Bingung, Raih 5.3 Juta Tontonan
Melihat kepada video yang dikongsikan oleh Samballana Cafe, kapsul yang berada di bahagian atas itu bukan sekadar hiasan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dapat dinafikan, terdapat terlalu banyak kedai makan seperti kafe dan restoran yang dibuka di dalam negara sehingga sesetengahnya sunyi kurang dikunjungi orang ramai.
Oleh itu, sesetengah kafe atau restoran akan mengambil inisiatif dan hadir dengan sesuatu konsep yang unik dan lain daripada yang lain demi meraih kedatangan pelanggan.
Itulah yang turut dilakukan di Samballana Cafe Dato Onn yang terletak di Johor Bahru.
Baca Artikel Berkaitan: Johor Ada Apa? Ini Tempat ‘Chill’ & Kafe Menarik Di Sekitar Johor
Baca Artikel Berkaitan: Gua Juicery, Flaon & 4 Lagi Kafe Dengan Tema Gua Yang Best Sekitar KL & Selangor
Baca Artikel Berkaitan: BSN Tampil Dengan Konsep Unik, Buka Kafe Sebelah Bank. Menarik!
Samballana Cafe Sediakan Tempat Makan Dalam Kapsul
Menerusi perkongsian di TikTok (@samballana_cafe), dapat dilihat kafe tersebut membawa konsep outdoor yang seperti ‘street market’ dengan pelbagai pilihan makanan berbeza disediakan.
Selain meja makan yang disusun seperti biasa, terdapat juga yang diletakkan di dalam kapsul berbentuk silinder kelihatan seperti diperbuat menggunakan gelung simen bersaiz besar.
Namun apa yang lebih menarik lagi adalah kedudukan kapsul tersebut yang telah disusun menjadi dua tingkat!
Menerusi satu video yang dimuat naik, pihak kafe telah menunjukkan di sekeliling kapsul tersebut bahawa tiada tangga yang diletakkan.
Video tersebut telah menarik perhatian ramai sehingga mencecah 5.3 juta tontonan dan menerima lebih 3,000 komen. Mesti ramai yang teka naik naik macam mana kan?
@samballana_cafe 😆dalam banyak-banyak komen..satu pun tak betul😆😆😆 #theculvert #samballana #jb #bazarkarat #puasa ♬ original sound – mrpejal
Tonton video penuh [DI SINI].
Tingkat 2 Tempat Makan Kapsul Bukan Sekadar Hiasan
Melihat situasi itu, ada yang menganggap kapsul itu hanya gimik semata-mata dan tidak boleh digunakan oleh pelanggan.

Namun dalam video lain yang dimuat naik, ternyata terdapat pelanggan yang duduk di kapsul tingkat 2 berkenaan yang membuktikan ia bukan sekadar hiasan.
“Yang tahu tu cuba komen. Min nak belanja korang makan,” – kata pihak kafe tersebut.
Jika anda berminat untuk ke sana, berikut adalah lokasi Samballana Cafe:
- Alamat: 45, Jln Perjiranan 4/5, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
- Waktu beroperasi: Setiap hari (12pm-12am)
@samballana_cafe Yang tahu tu cuba komen..Min nak belanja korang makan😆👎🏻 #samballanadatoonn #samballanacafe #theculvert #samballana #jb #bazarkarat ♬ original sound – Antonio Altiparmak
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Cuba Teka Cara Untuk Naik Ke Atas
Perkara itu pastinya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai bagaimana pelanggan yang hadir boleh naik ke atas.
Mereka masing-masing cuba meneka kaedah yang digunakan untuk naik ke atas termasuklah terdapat tangga tersorok di belakang, tangga extension dan memanjat scaffolding.
Rata-rata pengguna media sosial turut berseloroh dengan situasi itu dengan berkata pelanggan perlu melompat, memanjat, menggunakan forklift/skylift, trampolin, dicampak oleh waiter, malah memakai niat!
“Pernah pergi sini, owner suruh sewa skylift sendiri kalau nak duduk atas tu,” seloroh seorang individu.
Segelintir individu pula berkongsi kaedah seperti di dalam permainan video game termasuk ‘tekan spacebar dua kali’ dan menggunakan Ender Pearl yang ada di dalam game Minecraft. Macam-macam ya jawapan yang diberikan.
Orang ramai juga mempersoalkan bagaimanakah makanan yang dipesan dihidangkan jika tiada cara yang mudah untuk naik ke atas.







Kafe Di Raub Bawa Konsep Barangan Antik
Selain membawa konsep seperti kafe di atas, terdapat juga tempat makan yang menggunakan dekorasi menarik.
Seperti yang tular sekitar Februari lalu, Kedai Kopi Danish Lee bawa kelainan dengan menggunakan nozel pam minyak sebagai kepala paip.
“Lima kali juga fikir macam mana nak basuh tangan, kreatif betul pemilik (kedai) ni,” kata individu yang berkongsi perkara tersebut.
Selain itu, kedai makan yang terletak di Raub, Pahang itu turut dipenuhi pelbagai hiasan antik termasuk motosikal lama, potret para seniman dan radio usang.
Baca Artikel Berkaitan: Unik! Pemilik Kafe Ubah Suai Kepala Paip Guna Nozel Pam Minyak Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: “Takut Nak Makan” – Kafe Di Indonesia Jual Kopi Indomie Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Teringin Nak Buka Kafe ‘Outdoor’? Ini Cabaran Yang Anda Mungkin Perlu Hadapi
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.