“Macam Data Sampling” – Hobi Murid Kumpul Nyamuk & Lekat Pada Buku Tulis Buat Ramai Terpinga
Menerusi video tular, anak lelaki itu telah menampal nyamuk mati pada buku tulis beserta tarikh serangga perosak itu ditangkap.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sedang bosan, banyak perkara random yang akan dilakukan oleh setiap individu bagi menghabiskan masa dan menghiburkan diri sendiri.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki dikenali sebagai Ash mencuri perhatian ramai selepas menganjurkan perlumbaan yang lain daripada lain. Bukan melibatkan orang, tetapi Ash telah mengadakan acara lumba bagi siput sedut. Ya, siput sedut!
Lelaki berkenaan akan melakukan live (siaran langsung) di TikTok pada waktu-waktu tertentu dan mengajak orang ramai untuk menonton ‘race’ tersebut. Untuk info, siput-siput itu perlu melepasi garisan penamat yang disediakan oleh Ash bagi menentukan pemenang.
Walaupun kedengaran pelik, aktiviti itu nyata menghiburkan pemuda itu dan orang ramai. Ketika artikel ini ditulis (21 Ogos 2024), Ash menerima sejumlah 20 ribu tontonan daripada warganet.
Baca Artikel Berkaitan: “Sampai 20 Ribu Tontonan!” – Lelaki Anjur Race Siput Sedut Di TikTok Live Buat Ramai Terhibur
Anak Lelaki Cipta Hobi Baru, Kumpul Nyamuk
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@amyz444000) apabila seorang ibu dikenali sebagai Diana berkongsi gelagat anak lelaki yang kebosanan.
Kebiasaannya, si kecil akan obses atau tergilakan mainan. Bagi anak lelaki mungkin mereka lebih gemar dengan kereta. Namun lain pula bagi anak Diana. Menerusi video perkongsian, ibu berkenaan telah menunjukkan hobi baru anaknya iaitu mengumpul nyamuk.
Serangga perosak yang telah mati itu pula akan dilekatkan pada buku tulis. Lebih mencuri perhatian adalah setiap nyamuk yang dikumpul turut tersedia dengan waktu dipercayai masa nyamuk itu ditangkap.
Melihat daripada ‘Buku Nyamuk’ tersebut, anak lelaki Diana berjaya mengutip hampir 30 ekor nyamuk setakat ini. Ada yang bersaiz sederhana, ada juga yang besar!
Anak Bosan Tak Dapat Main Telefon Ketika Sesi Persekolahan
Tambah Diana, idea menangkap dan melakukan ‘muzium’ nyamuk itu bermula apabila dia tidak membenarkan si kecil menggunakan telefon bimbit semasa sesi persekolahan dari hari Isnin hingga Jumaat.
Dek kerana rasa bosan, terhasillah hobi baru yang unik itu.
“Bila tak boleh main telefon masa hari bersekolah, hobi baru dia tangkap nyamuk. Dia boleh buat jadi hobi. Anak oi,” ujar Diana di ruangan kapsyen.
@amyz444000 Bila xboleh main HP time hari sekolah🤣🤣hobi baru dia buat🤦♂️🤦♂️tangkap nyamuk dia boleh buat jd hobi🤣🤣anak oooiii@🌸DiAnA DiOR🌈 SPMU ARTIST🌻 ♬ original sound – Markchaadogoi🐊DianaDior🖤
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Terhibur Lihat Hobi Baru Kumpul Nyamuk
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat tercengang dengan idea luar biasa oleh si kecil.
“Dia mungkin tak tahu apa yang dia buat. Tapi ini namanya data sampling. Ada bakat jadi saintis,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah, ada juga yang berkongsi telatah kenalannya yang melakukan hobi sama seperti anak Diana.
“Teringat dekat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dulu ada seorang pelajar ni kena panggil ‘Profesor Nyamuk’ sebab memang dia kumpul sampel nyamuk,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga sempat berseloroh melihat situasi tersebut.
“Kalau geng-geng nyamuk tengok ni mesti insaf. Nak masuk rumah (Diana) pun tak jadi,” jenaka seorang wanita.







Banyak Lipas Mati Dilekatkan Pada Dinding Gudang
Terdahulu, turut tular di platform TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Nik (@totallynotnik) dipercayai seorang pekerja di sebuah gudang berkongsi telatah dan ‘hobi’ staf di sana.
Menerusi video perkongsian, kelihatan banyak lipas melekap pada dinding bahagian atas yang berdekatan siling gudang berkenaan. Lipas-lipas yang sudah mati itu dipercayai dilekatkan oleh kakitangan kedai tersebut menggunakan pita pelekat.
Lebih mencuri perhatian adalah setiap pita pelekat pada lipas itu turut ditulis sekali dengan tarikh dan masa ia menjadi ‘fosil’ di sana.
Sekali pandang, dah macam display dekat muzium pula!

Menurut Nik, terdapat juga lipas yang sudah disimpan dan dijadikan ‘pameran’ selama dua tahun. Kalau tonton sendiri klip berkenaan, mesti anda terkejut melihat lipas yang begitu besar itu.
Tambah Nik lagi, lipas terbabit tidak dipenuhi dengan semut kerana sudah dilekatkan dengan sebaiknya.
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Macam Muzium!” – Ramai Tercengang Lihat Lipas Ditampal Pada Dinding Guna Pita Pelekat
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.