Now Reading
“Bertangas Ke” – Aksi Oyen Nak Lepas Hajat Di Timbunan Sampah Berasap Raih Perhatian Ramai

“Bertangas Ke” – Aksi Oyen Nak Lepas Hajat Di Timbunan Sampah Berasap Raih Perhatian Ramai

Timbunan sampah itu mungkin dalam keadaan yang masih panas dengan api baru sahaja dipadamkan memandangkan terdapat asap yang dilepaskan olehnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menerusi media sosial, kita sering disajikan dengan video pelbagai telatah kucing yang mencuit hati. Kadang-kadang sampai bingung tengok macam-macam ragam mereka.

Lagi-lagi kucing berwarna jingga yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Oyen’. Ada sahaja gelagatnya yang pelik-pelik!

Sebelum ini kami telah melaporkan tentang si Oyen yang tidak balik ke rumah selama dua minggu kerana melepak di kantin sebuah sekolah berdekatan.

Seekor lagi kucing berwarna jingga pula sehingga masuk ke dalam wad sebuah hospital seolah-olah seperti melawat pesakit.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Minggu Tak Balik Rumah, Oyen Kantoi Lepak Kat Kantin Sekolah!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasanya Tu Katil Dia” – Orang Ramai Terhibur Tengok Oyen ‘Melawat’ Wad Hospital

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Abang Courier Terpaksa Hantar Oyen Balik Selepas Curi-Curi Naik Kereta Masa Drop Parcel Di Rumah Pelanggan

Oyen Cangkung Atas Timbunan Sampah Dipercayai Baru Dibakar

Baru-baru ini, satu video yang tular di TikTok (@mochii0027) menyaksikan gelagat seekor kucing Oyen sekali lagi.

Menerusi video tersebut, kelihatan si bulus itu sedang duduk di atas timbunan sampah dipercayai daun kering yang telah dibakar.

Timbunan sampah itu mungkin dalam keadaan yang masih panas dengan api baru sahaja dipadamkan memandangkan terdapat asap yang dilepaskan olehnya.

Yang peliknya, Oyen tersebut duduk dengan tenang berlatar belakangkan kehijauan seolah-olah tidak terasa sebarang bahang dari bekas pembakaran tersebut.

Dia juga duduk dalam keadaan seolah-olah mencangkung untuk membuang air, mungkin sebenarnya ingin melepaskan hajatnya.

Walaupun video pendek itu hanya berdurasi 15 saat, ia telah menerima lebih 1.5 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.

@mochii0027 nama saya mochi #oyenbuathallagi ♬ Scheming Weasel – Tsoulfas Panormitis

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Pelik Oyen

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berkata Oyen pasti berasa pelik dengan haba panas yang dirasakan olehnya.

Mereka juga berjenaka sama ada si bulus itu duduk di atas timbunan sampah yang baru dipadamkan apinya kerana untuk bersauna, bertangas atau bertungku.

Tidak kurang juga yang berseloroh tindakan itu akan menyebabkan ‘telur’ Oyen menjadi masak.

“Baru la ada bau smokey smokey sikit,” kata seorang individu.

Terdapat juga sebilangan pengguna media sosial yang berkata tidak pelik melihat kucing berwarna jingga membuat perangai yang bukan-bukan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang individu, kucing ibunya yang berwarna sama makan pelbagai makanan termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Malah kucing itu juga hanya mahu minum air mineral Spritzer!

Sumber: @mochii0027/ TikTok

Bulu Kucing Berfungsi Sebagai Penebat Haba

Melihat tindakan kucing itu sudah tentu menimbulkan tanda tanya sama ada ia tidak berasa sakit dengan haba tersebut.

Sebenarnya, mungkin Oyen tidak terasa panaspun dengan haba yang dibebaskan walaupun kelihatan timbunan sampah itu masih berasap.

Ini kerana bulu kucing bertindak sebagai penebat haba yang mengurangkan pemindahan haba. Apabila suhu panas, badan kucing dapat dikekalkan sejuk menerusi angin yang terperangkap di antara bulunya.

Sebaliknya dalam keadaan sejuk pula, bulu kucing bertindak dengan memerangkap haba di dalam badan untuk mengekalkan suhu yang selesa baginya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Bandar Pulang Ke Kampung, Tak Mahu Keluar Peti Sebab Panas

Baca Artikel Berkaitan: Siap Dapat Signage Baharu! Oyen Kini Digelar ‘Bintang Zoo Negara’, Berjaya Tarik Ramai Pengunjung

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Oyen Minum Air Rendaman Tauhu, Adakah Bekas Jilatan Kucing Najis?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd