Wanita Tular Gigit Anggota DBKL Dakwa Kiosk Di CM Dikosongkan, Pengurusan Tampil Beri Penjelasan
Peniaga yang sebelum ini pernah tular apabila didenda RM3,000 kerana menggigit seorang anggota DBKL pada Mac lalu kini kembali dengan dakwaan baru mengenai pengosongan kiosk perniaagaannya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Isu antara peniaga kecil dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kembali diperkatakan apabila seorang wanita mendakwa diperlakukan secara tidak adil oleh pihak pengurusan premis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Wanita itu yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menggigit anggota penguat kuasa sehingga didenda RM3,000 oleh mahkamah mendakwa barangan perniagaannya disita dan kontrak sewanya di sebuah pasar kesenian ditamatkan secara mengejut.
Situasi ini menambah ketegangan antara peniaga dan pihak berkuasa, apabila beberapa dakwaan lain turut dikemukakan termasuk melibatkan adik-beradiknya yang juga peniaga di kawasan sama.
Baca Artikel Berkaitan: DBKL Tutup 2 Premis Hiburan Tiada Lesen Di Jalan Tun H S Lee & Jalan Metro Pudu 2
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bazar Jalan TAR Musnah Dilanda Ribut, Peniaga Salahkan DBKL Undang Pelbagai Reaksi
Dakwaan Sewa Ditamatkan, Lesen Perniagaan Keluarga Tidak Boleh Diperbaharui
Puan Wawa mendakwa kontrak sewanya di Central Market ditamatkan lebih awal berbanding tempoh asal iaitu pada bulan Oktober tahun ini.
Katanya, dia tidak pernah gagal membayar sewa dan surat peguam juga diabaikan oleh pihak pengurusan.
Dalam video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya (@aaaawaaaaaa2), dia mendakwa pihak pengurusan menawarkan dua kiosk sebagai penyelesaian, tetapi dengan syarat ahli keluarganya perlu menghentikan operasi lain di luar pasar kesenian itu.
Dia turut menjelaskan bapanya telah berniaga air kelapa di lokasi itu sejak 13 tahun lalu, dan beberapa adik-beradiknya memiliki lesen sah daripada DBKL untuk berniaga di kawasan sekitar.
Namun mereka kini dihalang berniaga dan lesen perniagaan seorang kakaknya juga dikatakan mahu ditarik kerana enggan menerima syarat tertentu.
Puan Wawa menganggap tindakan ini sebagai diskriminasi terhadap peniaga kecil.
@aaaawaaaaaa2 #videoviral #fyppppppppppppppppppppppp #aduanrakyat @Dewan Bandaraya Kuala Lumpur @Dr Zaliha Mustafa @Central Market Kuala Lumpur @SPRM Malaysia
♬ Epic News – DM Production
Kiosk Meniaga Sudah “Clear” & Kosong
Menerusi video di akaun TikTok (@ipk.tv4) pula, wanita terbabit dan ayahnya yang dikenali sebagai Abang Aziz hadir bersama-sama seorang wakil dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menunjukkan tapak perniagaan yang kini telah dikosongkan.
Dalam video tersebut, tapak perniagaannya itu hanya tinggal papan tanda bertulis “pembersihan sedang dijalankan”.
Menurut pemilik video, terdapat dua tapak perniagaan milik Abang Aziz yang telah dikosongkan. Wakil PPIM turut meluahkan rasa kecewa dan berkongsi kronologi kejadian yang didakwa berlaku secara mendadak.
Katanya, semasa Abang Aziz pulang beraya ke kampung, dia menerima surat yang memaklumkan kontraknya telah gagal dan tidak lagi boleh diperbaharui.
Sewaktu itu jugalah, kiosk miliknya telah dialihkan menyebabkan tapak perniagaan kini kosong sepenuhnya.
Abang Aziz berkata, dia tidak menyangka kedua-dua kiosk akan dikosongkan serentak. Jika hanya satu yang dipindahkan, beliau mungkin masih boleh bertahan.
Namun kini, dia dikatakan kehilangan punca pendapatan sepenuhnya dan tidak lagi mampu meneruskan perniagaan seperti biasa.
@ipk.tv4 KEPADA CM SILA LETAK KEMBALI KIOSK DAN BARANGAN YANG DISITA DI LOT SEBELUM INI. ABANG AZIZ AKAN MULA BERNIAGA PETANG INI ________________ Abang Aziz CM membuat satu laporan polis berkenaan dengan pengusiran mereka oleh CM sebagai tidak sah kerana wujudnya pesanan wasap daripada seorang kakitangan CM yang telah melanjutkan kontrak sewaannya sehingga 30.9.25. Susulan itu mereka meminta agar pihak CM memulangkan semula barangan mereka yang telah disita termasuk kiosk dan diletakkan semula di tempat sebelum ini. Abang Aziz juga akan mula berniaga pada petang. Sementara itu Kak Jan wakil daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia PPIM memohon campurtangan Menteri Wilayah Persekutuan serta Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi menyelesaikan kes tersebut. Video penuh boleh ditonton di EfBi IPK.TV
♬ original sound – safuanamalik – SΛFUΛNΛΜΛLΙΚ®
Pernah Tular Gigit Penguat Kuasa, Denda RM3,000
Pada Mac lalu, wanita berkenaan menjadi perhatian masyarakat selepas tersebar videonya bergelut dan menggigit seorang penguat kuasa DBKL. Kejadian berlaku di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika operasi penguatkuasaan dijalankan.
Memetik laporan Berita Harian, wanita berusia 30 tahun itu mengaku bersalah di mahkamah dan dikenakan denda RM3,000 atas pertuduhan menghalang tugas penjawat awam mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
@ipk.tv4 Makcik gigit penguatkuasa DBKL sebenarnya baru berusia awal 30an iaitu Wawa. Beliau ditemui di lokasi beliau berniaga berhampiran stesyen LRT Masjid Jamek Kuala Lumpur. Wujud salah faham apabila video tular yang tersebar menunjukkan Wawa berbaju pink adalah kejadian pada hari isnin dan video beliau menggigit penguatkuasa berlaku pada hari rabu.. Wawa memperjelaskan pada hari isnin pihak DBKL telah menyita beberapa barangan peniaga seperti kanopi dan lain-lain kerana berniaga tanpa permit di lokasi kejadian. Bagi kes pada hari isnin Wawa telah mewakili peniaga-peniaga memohon permit sementara sepanjang bulan Ramadhan namun sehingga hari ini masih dikatakan sebagai dalam proses. Sementara itu kejadian menggigit penguatkuasa berlaku apabila lori kecil milik Wawa hendak ditunda oleh DBKL kerana menghalang lalu-lintas. Menyedari beliau tiada kenderaan lain untuk berniaga maka beliau terpaksa mempertahankan kenderaan tersebut sehingga berlaku pergelutan. Semasa pergelutan tersebut menurut Wawa beliau telah ditindih serta ditendang maka beliau spontan untuk menggigit pegawai penguatkuasa tersebut. Susulan itu beliau telah direman 2 hari di IPD Dang Wangi seterusnya didakwa di mahkamah pada hari jumaat dan didenda RM3000 kerana menghalang penjawat awam bertugas. Video penuh boleh ke IPK.TV Terima kasih IPK.TV
♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Central Market Nafi Dakwaan & Sifatkan Tuduhan Tidak Berasas
Pun begitu, semakan kami mendapati Central Market Sdn Bhd pada 7 April lalu telah menafikan semua dakwaan yang dibuat oleh Puan Wawa berkaitan isu penamatan kontrak sewa dan penyingkiran kiosk perniagaan.
Pihak pengurusan menerusi satu kenyataan menyifatkan dakwaan dan tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas, bersifat fitnah dan disalahtafsirkan.
Menurut kenyataan itu, segala dakwaan bahawa pihak mereka bertindak zalim, tidak berperikemanusiaan dan menindas hak satu kelompok kaum tertentu adalah tidak benar.
Central Market percaya kenyataan tersebut dibuat sebagai respon terhadap tindakan penamatan dua unit kiosk milik vendor terbabit, yang mana kontraknya telah tamat pada 30 September 2024.
Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Puan Wawa yang mendakwa kontraknya hanya akan tamat pada Oktober 2025.
Pihak pengurusan turut menyatakan bahawa tuduhan yang dilemparkan bukan sahaja mencemarkan reputasi mereka, malah turut menjejaskan imej baik yang telah lama dibina.
Mereka menegaskan akan mempertahankan kedudukan mereka dan bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sebarang tuduhan palsu yang menjejaskan nama baik syarikat.
Dalam masa yang sama, Central Market turut menegaskan komitmen mereka dalam mewujudkan suasana perniagaan yang meriah, inklusif dan menyokong usahawan serta peniaga kecil tempatan secara adil dan saksama.

Baca Artikel Berkaitan: DBKL Potong Jeriji Di Flat Wangsa Maju, Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: Isu Pasang Grill Hingga Halang Laluan, Pemilik Rumah Flat Masih Belum Buka Walaupun Telah Diarah DBKL
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.