[Video] Tunggang Jetski Secara Melulu, Aksi Berbahaya Dua Pengunjung Ini Undang Kemarahan Ramai
Menerusi video itu, dua pengunjung dilihat menunggang jetski dalam keadaan melulu secara bahaya sebelum akhirnya berlanggar sesama sendiri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Percutian di pulau sememangnya menjadi pilihan ramai, bukan sahaja kerana pemandangannya yang cantik, malah pelbagai aktiviti air turut ditawarkan mengikut bajet dan minat masing-masing.
Antara aktiviti yang sering menjadi pilihan pengunjung lebih berkemampuan ialah menunggang jetski. Kebiasaannya, mereka akan diberi taklimat keselamatan terlebih dahulu dan hanya dibenarkan menunggang dalam kawasan yang ditetapkan.
Namun lain pula yang berlaku baru-baru ini apabila tular satu video memaparkan dua individu menunggang jetski secara melulu dan saling berlanggar, seolah-olah sedang bermain permainan “bumper car”.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi 8 Anak Muda Tunggang Skuter Elektrik Atas Jalan Raya Undang Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Asing Tunggang E-Skuter Di Tengah Jalan Undang Kecaman Netizen
Tunggang Rapat-Rapat, ‘Sailang’ Sakan Di Laut Bergelora
Menerusi perkongsian di TikTok (@langkawitour.my), sebuah video yang dirakam menggunakan dron memaparkan dua wanita dipercayai menyewa jetski untuk berseronok di tengah laut.
Aksi mereka mengundang perhatian apabila kedua-duanya dilihat kurang mahir mengendalikan jentera berkenaan namun tetap memaksa diri untuk menunggang pada kelajuan tinggi dalam keadaan laut yang sedikit bergelora.
Mereka turut menunggang terlalu dekat antara satu sama lain dan beberapa kali memintas rapat secara melulu di hadapan, sebelum akhirnya berlanggar dan nyaris terkena tubuh.
Netizen Berang, Persoal Sikap Cuai & Abai Taklimat Keselamatan
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap cuai dua individu terbabit.
Ada yang mempersoalkan sama ada mereka tidak mengambil serius taklimat keselamatan sebelum menunggang, kerana pergerakan mereka jelas membahayakan diri dan orang lain.


Seorang pengguna TikTok turut menjelaskan bahawa jetski bukan jentera murah. Sebarang kerosakan boleh menelan kos ribuan ringgit.

Netizen menyifatkan sikap seperti ini sebagai tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan kemudahan yang disediakan.
Tip Keselamatan Naik Jetski, Jangan Pandang Ringan
Keseronokan menunggang jetski tidak seharusnya mengabaikan aspek keselamatan. Memetik laman Boat Ed, untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini, pengguna dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mematuhi garis panduan asas berikut:
- Ikuti Taklimat & Kursus Keselamatan: Sentiasa hadiri taklimat keselamatan yang disediakan dan pelajari cara mengendalikan jetski dengan betul.
- Pakai Jaket Keselamatan: Gunakan jaket keselamatan yang sesuai sepanjang masa di atas air.
- Periksa Jetski Sebelum Guna: Pastikan jentera dalam keadaan baik dan tiada kerosakan sebelum memulakan aktiviti.
- Patuh Undang-Undang Tempatan: Ketahui peraturan kawasan seperti had laju dan zon larangan untuk mengelakkan pelanggaran.
- Jaga Jarak & Kelajuan Selamat: Elakkan menunggang terlalu laju, terutama di kawasan sesak. Jaga jarak dari pengunjung lain.
- Elak Guna Jika Tidak Sihat: Jangan menunggang jika berada di bawah pengaruh alkohol atau ubat-ubatan.
- Ambil Tahu Keadaan Cuaca: Elakkan keluar ke laut jika cuaca tidak mengizinkan atau laut bergelora.
- Gunakan Tali Keselamatan (Kill Switch): Pastikan tali keselamatan disambung ke badan agar jetski berhenti jika berlaku kecemasan.
- Naik Bersama Rakan: Menunggang bersama rakan bukan saja lebih seronok, tapi juga lebih selamat.
- Sentiasa Peka Keadaan Sekeliling: Perhatikan sekitar untuk elak pelanggaran dengan objek, bot lain atau pengunjung.
Baca Artikel Berkaitan: Nak ‘Test’ Deruan Adrenalin Di Langkawi? Jom Cuba 7 Aktiviti Ini!
BACA JUGA: Blue Lagoon Langkawi Dianggap ‘Hidden-Gem’ Di Gunung Mat Cincang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.