Now Reading
[Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu

[Video] Kucing Minta Lelaki Ini Untuk Ekorinya, Rupanya Nak ‘Mengadu’ Sesuatu

Kucing itu dilihat berada di sebuah tempat parking kereta dan diekori oleh lelaki berkenaan ke salah satu sudut di kawasan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing merupakan salah satu haiwan yang boleh dikatakan dapat ditemui di mana-mana tempat sahaja di dalam negara ini, termasuklah di jalanan.

Amat menghibakan sekali apabila kucing yang tidak bertuan ini terpaksa tinggal di merata tempat dalam keadaan makanan dan minuman yang terhad.

Namun begitu, ada juga kucing jalanan yang bijak dan pandai mengambil hati orang sekeliling agar memberi makan dan kasih sayang kepadanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Demi Si Bulus! Wanita Ini Beli Rumah Besar Khas Untuk Diduduki Lebih 30 Ekor Kucing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Lepak Di Bazar Namun Dapat Duit Seperti Peminta Sedekah Bikin Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Dia Tunggu Je Situ” – Lelaki Selamatkan Anak Kucing Jatuh Longkang Terima Pujian

Kucing ‘Ajak’ Lelaki Lihat Bekas Makanannya Yang Kosong

Itulah yang turut dilakukan oleh seekor kucing jalanan yang kelihatan di sebuah tempat letak kereta.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok (@wanfaheem), individu itu menunjukkan bagaimana seekor kucing mengajak dia untuk mengekorinya.

Kucing dengan pattern calico itu telah membawanya hingga ke satu sudut yang dipercayai menjadi ‘tempat tinggal’, sebelum seolah-olah menunjuk ke arah bekas makanannya yang sudah kosong.

“Kesian kucing ni lapar dan tunjukkan bekas makanannya yang kosong. Tolong berbuat baik pada kucing jalanan. Sedikit makanan dan kasih sayang boleh bermakna segalanya buat mereka,” kata pengguna TikTok itu.

Lelaki tersebut kemudiannya telah memberi makanan buat si bulus itu yang segera diratah olehnya.

https://www.tiktok.com/@wanfaheem/video/7493211045750672648

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Sebak Lihat Aksi Kucing Calico Tunjukkan Bekas Makanannya

Melihat video yang dikongsikan itu, orang ramai berasa sebak memikirkan nasib si bulus jalanan yang hanya bergantung harapan pada orang sekeliling untuk meneruskan kehidupan.

“Kali ketiga ulang video ni, air mata tak henti-henti mengalir,” kata salah seorang daripada mereka.

Malah, kebijakan si kucing calico itu sememangnya menerima pujian orang ramai. Mereka turut berterima kasih kepada lelaki yang telah memberi makanan kepada si bulus tersebut.

Seorang individu pula mempersoalkan sama ada kucing jalanan yang dianggap ingin melarikan diri sebelum ini sebenarnya hanya mahu menunjukkan tempat makannya.

“Tempat sekecil itu je dia jadikan sebagai ‘rumah’. Bekas makanan tu satu-satunya hak milik dia,” luah seorang individu.

Dalam masa sama, ramai juga yang berkongsi bahawa mereka sering membawa makanan kucing di dalam kenderaan agar dapat diberi kepada si bulus jalanan yang dijumpai.

Di samping itu, beberapa individu berkata mereka ingin mengambil si bulus tersebut untuk dipelihara.

Lelaki yang menemuinya berkata dia akan membawa kucing itu ke klinik haiwan untuk dibersihkan dan divaksin dahulu sebelum diserahkan kepada mereka yang ingin mengambilnya.

Sumber: @wanfaheem/ X

Kenal Pasti Mood Kucing Dengan Melihat Pada Ekornya

Jika anda bertemu dengan kucing jalanan, cuba perhatikan gerak-geri tubuh badannya untuk kenal pasti sama ada ia berasa takut, terancam atau gembira dengan kehadiran anda.

Salah satu cara untuk mengenal pasti perkara ini adalah dengan melihat pada keadaan ekornya.

Seperti yang dikatakan oleh seorang pengguna media sosial di atas, ekor kucing tadi berada dalam keadaan yang tegak yang menandakan bahawa dia berada dalam mood yang gembira.

Selain berada dalam keadaan yang tegak, ekor kucing juga akan sedikit melenggok jika si bulus berada dalam mood yang selesa dan ingin bermain.

Sebaliknya, ekor kucing yang jatuh ke bawah bermakna dia berada dalam keadaan yang terganggu, marah atau berwaspada. Ekor kucing juga akan mengembang jika dia berasa takut.

Jika anda melihat si bulus menyembunyikan ekor di antara kedua kaki belakangnya, ini bermakna dia ingin dibiarkan bersendirian dan tidak mahu diganggu.

Bahasa isyarat ekor kucing. (Sumber: Scrumbles)

Baca Artikel Berkaitan: Tidur Merata-Rata, Ekor Tinggi & 4 Lagi Tanda Si Bulus Bahagia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Veterinar Kongsi 4 Tanda Kucing Anda Ada Cacing, Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa Kucing Anda Suka Duduk Dalam Posisi ‘Cat Loaf’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd