“Terbaik, Tak Bazir Waktu” – Ramai Puji Wanita Curi Masa Makan Atas Motosikal Di Lampu Isyarat
Difahamkan, wanita berkenaan tidak sempat untuk bersarapan di rumah sebelum memilih untuk makan di atas motor sewaktu menunggu lampu isyarat bertukar hijau.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai bersetuju bahawa hidup berdikari memerlukan seseorang untuk bijak membahagikan masa, tenaga dan keperluan harian. Dalam rutin yang padat, kadang-kala tindakan spontan menjadi jalan penyelesaian terbaik.
Pengalaman sebegini sering mencerminkan kecekalan individu dalam menempuh hari yang panjang, lebih-lebih lagi dalam suasana bandar yang serba pantas.
Baru-baru ini, tular satu rakaman menunjukkan seorang wanita makan di atas motosikalnya sewaktu berhenti di lampu isyarat dan berjaya meraih pujian ramai.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cabut Seat Kereta Demi Bantu Rider Tersadai, Sikap Prihatin Lelaki Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Luah Rasa Sebak Lihat Anggota Polis ‘Terlentok’ Atas Motor Ketika Tunggu Lampu Isyarat
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pakcik Naik Wheelchair Tunggu Lampu Isyarat Curi Perhatian
Curi Masa Untuk Makan Atas Motosikal
Menerusi satu perkongsian di TikTok (@zamriabdmalik), seorang wanita dilihat berhenti di persimpangan lampu isyarat sambil “membelek” bungkusan makanan yang diletakkan dalam raga motosikalnya.
Dengan sudu di tangan, dia menyuap makanan secara berhati-hati tanpa tergesa-gesa. Wanita itu juga dilihat kemas berpakaian dan lengkap bergalas beg, dipercayai seorang pelajar yang sedang dalam perjalanan ke kelas atau urusan pembelajaran.
Video tersebut berjaya menarik perhatian ramai di media sosial. Aksi wanita berkenaan yang spontan jelas mencerminkan usahanya memanfaatkan masa sebaik mungkin.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut sudahpun meraih hampir satu juta jumlah tontonan.
@zamriabdmalik Berseleranya kau dik,.. semoga dimurahkan rezeki dan selamat sampai ke destination.. #hidupinikeras
♬ original sound – sablie_mohd – sablie_mohd
Netizen Terpegun, Tuan Badan Turut Hadir Jelaskan Situasi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji wanita berkenaan kerana kelihatan jujur dan tidak dibuat-buat. Ramai menyifatkannya sebagai individu yang tidak “fake” dan selesa menjadi diri sendiri walaupun dalam keadaan luar kebiasaan.


Menariknya, wanita itu sendiri turut hadir di ruangan komen untuk memberi penjelasan. Katanya, dia tidak sempat bersarapan di rumah dan hanya sempat singgah membungkus makanan sebelum keluar.
Oleh kerana kesuntukan masa, dia mengambil peluang di lampu isyarat untuk menjamah makanan agar tidak lapar sepanjang hari.

Kepentingan Sarapan Pagi
Sarapan adalah hidangan penting setiap pagi yang membantu membekalkan tenaga dan menstabilkan paras glukosa dalam darah selepas bangun tidur.
Ia memainkan peranan besar dalam meningkatkan fokus serta prestasi harian, terutama bagi pelajar dan individu yang aktif.
Memetik laporan Berita Harian, berikut merupakan beberapa manfaat utama dan tips pengambilan sarapan pagi. Antaranya:
- Membantu kekal cergas dan produktif sepanjang hari
- Merangsang pemikiran dan mencergaskan minda
- Mengawal rasa lapar sebelum waktu makan tengah hari
- Membantu mengekalkan berat badan sihat
- Menyokong tumpuan dan prestasi akademik pelajar
- Disarankan makan antara jam 7 hingga 9 pagi
- Sarapan tidak perlu berat. Cukup sekadar susu, roti atau bijirin
Kajian menunjukkan mereka yang mengambil sarapan kaya dengan karbohidrat kompleks dapat menyelesaikan masalah harian dengan lebih baik dan membuatkan diri menjadi lebih fokus!
Baca Artikel Berkaitan: “Baru Puji Dah Jatuh” – Gelagat Wanita Pertama Kali Belajar Naik Motor Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Tu Je Digula-gulakan” – Gelagat Wanita Guna Audio YouTube Untuk Seru Dolphin Bikin Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gosip Dengan Bapa Tak Pandang Kiri Kanan, Reaksi Si Anak Kantoi ‘Ngumpat’ Ibu Bikin Dekah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.