Now Reading
“Sampai Ada Yang Pengsan” – Pelajar Berang Dakwa Tiada Air Di Kolej Kediaman Hampir 2 Minggu

“Sampai Ada Yang Pengsan” – Pelajar Berang Dakwa Tiada Air Di Kolej Kediaman Hampir 2 Minggu

Dakwa seorang pelajar, ambulans kerap kali datang ke kolej kediaman itu kerana pelajar yang mengalami sawan dan pengsan akibat ketiadaan air.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebanyakan universiti awam di Malaysia ini menuntut para pelajarnya untuk tinggal di kolej kediaman institusi pengajian masing-masing. Susulan itu, adalah penting bagi pihak universiti menyediakan fasiliti terbaik buat mahasiswanya.

Sebelum ini, tular video di media sosial menyaksikan tandas di sebuah kolej yang tidak terurus. Kelihatan mangkuk tandas sangat kotor seperti tidak dibersihkan dalam jangka masa yang lama.

Jelas seorang individu, para pelajar yang lain juga tidak mengambil inisiatif untuk bersama-sama membersihkan tandas dan bilik air itu. Bahkan, ada juga pelajar yang dikatakan sanggup menahan diri daripada ‘melepaskan hajat’.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Dedah Tandas Kolej Kediaman Kotor & Berkerak, Sanggup Tahan Dari ‘Lepaskan Hajat’

Baca Artikel Berkaitan: “Realistik & Mudah Dilaksanakan” – Manifesto Calon MPP Beri Deodorant Untuk Pelajar Badan Berbau Raih Pujian

Pelajar Tertekan Akibat Masalah Air Di Kolej Kediaman

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@mimauice) apabila seorang pelajar daripada sebuah universiti di Perlis meluahkan kekecewaannya terhadap pihak pengurusan kerana tidak dapat menyediakan bekalan air yang mencukupi buat semua mahasiswa.

Masalah air yang didakwa sudah berlarutan hampir dua minggu itu menyebabkan mereka tertekan selain sukar menguruskan diri sendiri.

“Mood nak belajar pun kelaut disebabkan masalah air yang berlarutan. Setiap hari datang dengan jawapan, ‘Kami tengah meeting, akan selesai hari ini’.

“Hari-hari jawapan yang sama daripada pihak atasan tetapi masih juga berlarutan,” kata pengguna TikTok itu.

Dakwa Pelajar Hanya Boleh Guna Air Terhad Untuk Mandi

Jelas mahasiswi itu lagi, pihak pengurusan telah mengambil langkah untuk membawa bekalan air yang terhad menggunakan beberapa buah lori. Kemudian pelajar perlu diarah untuk mengambil air menggunakan baldi masing-masing dan mengangkatnya ke bilik.

Pun begitu, penggunaan air tersebut tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh pihak kolej.

“Syarat tak boleh untuk masakan dan minuman hanya untuk mandi dan lain-lain. Jadi kami nak minum apa? Sudahlah kolej ni jauh dari bandar, nak membeli air pun perlu bergerak jauh.

“Habis beratus ringgit untuk kenderaan dan air sahaja. Macam mana nasib pelajar yang kurang berkemampuan?” soalnya.

Sumber: TikTok (@durga_shinii)

Pelajar Tidak Makan & Minum Untuk Elak Menggunakan Tandas

Dakwa gadis tersebut, ada pelajar yang sanggup tidak makan dan minum bagi mengelakkan diri membuang air besar serta kecil.

“Paling terseksa bila perempuan datang bulan (period), ada terfikir ke setiap empat jam kena tukar pad, kalau yang heavy flow? Sejam sekali macam mana nak cuci? Tak cuci lebih empat jam pun boleh kena jangkitan,” dakwa pelajar universiti berkenaan.

Menerusi video perkongsian, kendengaran para pelajar yang berada di kolej itu menjerit sambil meluahkan kekecewaan mereka sebagai tanda protes terhadap isu terbabit.

@mimauice Ketiadaan Air bukan perkara yang kita harus pandang ringan. Sebagai pelajar yang terjejas tipu lah kalau kami tidak marah. Mood nak belajar pun kelaut disebabkan mslh air yang berlarutan. Setiap hari datang dgn jawapan "kami tgh meeting, akan settle by today" hari hari jawapan yg sama daripada pihak atasan. tapi masih juga berlarutan. datangkan kami dgn air berlori lori dgn syarat tak blh utk masakan dan minuman hanya utk mandi dan lain lain. jadi kami nak minum apa ? Sudahlah kolej ni jauh dari bandar, nak membeli air pun perlu bergerak jauh.. habis beratus ringgit utk kenderaan dan air sahaja. Ptptn pun lambat masuk 🥰 mcm mana nasib pelajar yg kurang berkemampuan ? adakah dia perlu minum sahaja air yg disediakan ? FIKIR LAH ? ada juga yang sanggup tak makan tak minum sbb nak elak drpd membuang.. yang paling seksa bila perempuan datang bulan/period, ada terfikir k setiap 4 jam kna tukar pad, kalau yg heavy flow ? 1 jam skli. mcm mana nak cuci ?? tak cuci lebih 4 jam pun boleh infection… unimap datang dgn bantuan air, kna angkat air, mcm mana yg skrang tgh on medicine slip disc ? tetap kna angkat ? mcm mana yg mmng tak mampu angkat bnda berat atas sbb kesihatan lagi lagi yg asma ? nak tggu mati k ? lift rosak sbb terlalu berat. lantai licin, terpaksa naik dgn tangga.. tiba tiba terseliuh tiba tiba jatuh tangga … mcm mana ni ? Sangat mengecewakan la, main campus bukan main dijaga dgn rapi sbb lawatan akan disana, course yang beruntung dpt fasiliti yg baik. kami ? kami pun bayar yuran kolej juga. tapi knapa kamu dicampak dan dianak tirikan smpai mcmni ? knpa unimap tak uruskan sblm kemasukan kami ?? kami semangat utk belajar bersemuka, tapi tak sangka akan dapat sampai macam ni. mana hak kami sbagai seorang student.. mana preparation ? post di media sosial tentang persiapan kemasukan pelajar k kolej tapi mana persiapan ? knpa kami sampai merayu rayu ? tolong lah suarakan perkara ini, dan perbaiki semuanya. Pulihkan supaya mental kami jga tak terganggu. kami belajar utk mak ayah kami. Jadi tolong jangan bagi kami kecewakan mereka. #kolejkediamanunicitialam #unicityproblem #baliksampaisettle #unimapmantap #unimapians @Kementerian Pendidikan Tinggi @TV3Malaysia @tvsarawak @mStar Official @MYBERITA @UtusanTV @Berita Harian @Berita RTM @Perlis Hari Ini @PERLISfm ♬ original sound – Mimauice

Tonton video penuh [DI SINI].

Ada Pelajar Didakwa Pengsan Kerana Tiada Air

Dalam satu hantaran lain yang tular, seorang lagi pelajar turut menunjukkan situasi kecoh yang berlaku di kolej kediaman itu.

Kelihatan beberapa orang petugas sedang membawa pelajar ke dalam ambulans dipercayai kerana masalah kesihatan.

“Tak ada air sampai ada pelajar pengsan dan sawan. Ambulans asyik keluar masuk,” dakwa pelajar berkenaan.

@princesss_matcha Tak dak air sampai ada student pengsan , sawan . Ambulance keluar masuk . #unimap #unimapproblem #fyppppppppppppppppppppppp ♬ Heart touching sad piano – Yuda Pratama

Tonton video penuh [DI SINI].

Menerusi semakan kami, pihak institusi pengajian atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti terlibat masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu terbabit.

Ramai Bimbang Dengan Nasib Para Pelajar Yang Tidak Dapat Air Mencukupi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersimpati dengan nasib para pelajar yang kurang selesa dengan persekitaran tidak kondusif.

“Kesian budak-budak tu. Nak belajar, nak kena angkut air lagi. Mahu tak burn out. Tingkat hostel masing-masing bukan main tinggi. Ambil air sebaldi, sampai tingkat atas air tinggal sekerat,” kata seorang wanita.

Malah ada juga yang menyarankan pihak pengurusan untuk membenarkan pelajar menggunakan platform atas talian untuk sesi pembelajaran.

“Tak dilepaskan balik rumah ke kalau sampai dah seminggu tak ada air? Jadi diorang kena buat kelas online la. Sayangnya biar nama universiti terpalit macam ni,” ujar seorang warganet.

Sementara itu, segelintir individu percaya bahawa cuaca panas di Perlis menyebabkan pelajar yang kekurangan air dehidrasi.

“Kesian, macam mana pelajar nak solat, nak mandi wajib, nak bersuci dari hadas. Dengan cuaca panas ni memang kena kerap mandi. Tu sampai sawan, suhu badan tinggi sangat la tu agaknya,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@princess_matcha)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd