Now Reading
Khazanah Nasional Batal Open House Raya Demi Hormati Pemergian Pak Lah, Sumbang Makanan Buat Komuniti

Khazanah Nasional Batal Open House Raya Demi Hormati Pemergian Pak Lah, Sumbang Makanan Buat Komuniti

Antara lokasi yang dipilih oleh Khazanah Nasional bagi menyumbang makanan rumah terbuka itu adalah Ma’ahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada 14 April lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Dalam satu hantaran dimuat naik oleh menantunya Khairy Jamaluddin, Abdullah Ahmad Badawi yang turut mesra disapa ‘Pak Lah’ itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.

Bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah, lebih 2,000 orang dilaporkan menyertai solat jenazah Allahyarham di di Masjid Negara awal pagi semalam (15 April).

Baca Artikel Berkaitan: “Selamat Jalan Ke Negeri Abadi” – Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Boleh Yakinkan Tak Ada Perkara Negatif Tentang Pak Lah” – Pengerusi Kariah Masjid Di Kepala Batas

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Sir” – KJ Sekeluarga Tersentuh Hati Dengan Kemuliaan Kata-kata Anwar Terhadap Pak Lah

Khazanah Nasional Batalkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2025

Susulan pemergian tokoh negara terbabit, Khazanah Nasional Berhad melalui satu kenyataan semalam (15 April) memaklumkan bahawa Rumah Terbuka Aidilfitri Khazanah 2025 dibatalkan.

Acara tersebut sepatutnya dianjurkan pada hari berkenaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Langkah terbabit diambil bagi menghormati kehilangan besar rakyat Malaysia iaitu Perdana Menteri yang ke-5.

“Kami menghargai sokongan dan pemahaman anda. Doa kami mengiringi Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi dan setulus takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham,” kata pihak Khazanah Nasional.

Khazanah Nasional Sumbang Juadah Raya Kepada Masyarakat

Dibatalkan pada minit terakhir, sudah tentu banyak persiapan telah pun dilakukan serta disiapkan termasuklah tempahan lokasi rumah terbuka, pesanan makanan dan juadah raya daripada pihak katering.

Namun begitu, segala makanan tersebut tidak membazir begitu sahaja. Pihak syarikat pelaburan strategik itu telah tampil memberi sumbangan juadah berkenaan kepada golongan masyarakat yang lebih memerlukan di luar sana sebagai contoh di:

  • Pangsapuri Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Kuala Lumpur
  • Rumah Anak Yatim Nur Qaseh, Taman Melawati, Kuala Lumpur
  • Ma’ahad Tahfiz Integrasi Ilmi, Selangor
  • Madrasah Bustanul Ulum Taman Tugu, Kuala Lumpur
Sumber: Pihak Khazanah Nasional

“Beri sumbangan kepada lebih 1,000 orang. Walaupun pada hari pemergian Pak Lah, ramai (di kalangan masyarakat) tidak berlaparan. Semoga Allah SWT menempatkan Pak Lah di syurga tertinggi,” kata kakitangan Khazanah Nasional.

Difahamkan, tiada sebarang makanan yang terbazir pada hari itu.

Sumber: Pihak Khazanah Nasional
Sumber: Pihak Khazanah Nasional

Baca Artikel Berkaitan: “Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Tempat Tidur” – Ramai Hiba Dengan Nasib Pakcik Susah Cari Kerja Tetap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd