Now Reading
“Jangan Normalize!” – MUA Tegur Lelaki Pakai Baju Kebaya Ketika Hari Raya

“Jangan Normalize!” – MUA Tegur Lelaki Pakai Baju Kebaya Ketika Hari Raya

Sebelum ini, tular beberapa foto di media sosial menyaksikan seorang lelaki yang sedang mencuba Baju Kebaya dan Baju Kurung Moden dalam bilik persalinan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Trend golongan lelaki yang berpakaian seperti wanita dilihat semakin berleluasa. Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai fesyen yang digayakan beberapa tetamu lelaki semasa menghadiri acara Anugerah Juara Lagu ke 39 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Selangor.

Individu-individu berkenaan yang juga terdiri daripada golongan influencer dilihat mengenakan pakaian wanita semasa berada di karpet merah.

Ia secara tidak langsung telah membuatkan orang ramai termasuk selebriti dan pendakwah tidak senang serta mengkritik tindakan mereka.

Seorang ahli akademik, Profesor Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi turut tampil memberi peringatan agar golongan lelaki tidak terpengaruh dengan budaya pemakaian yang jelas bertentangan dengan fitrah dan norma masyarakat.

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Berpakaian Seperti Wanita, TV3 Mohon Maaf Akui Kesal

Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Pakai Skirt Seperti Wanita, Netizen Tak Mahu Trend Dinormalisasikan [Video]

MUA Tegur Lelaki Berpakaian Seperti Wanita

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@aaddanish) apabila seorang MUA (jurusolek artis) dikenali sebagai Nish meluahkan kebimbangannya tentang trend kaum Adam yang memakai pakaian wanita pada ketika ini.

Menurutnya, perbuatan tersebut sudah dilihat berleluasa di kalangan masyarakat. Seperti sebelum ini, tular di media sosial memaparkan seorang lelaki yang sedang menyarungkan sepasang Baju Kebaya dan Kurung Moden di dalam bilik persalinan.

Sumber: X (Twitter @Malaysia_Problm)

Difahamkan baju itu adalah bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal.

“Sejak bila pula lelaki boleh pakai Baju Kebaya ni dah la masa raya? Hello? Baju raya (untuk lelaki) adalah Baju Melayu. Sangat tak kena lelaki pakai Kebaya. Ada orang cakap fesyen. Fesyen kalau nak pakai masa lain tak kisah, ni masa hari raya. Bukan hari fesyen.

“Macam tak kenalah. Elok-elok dari zaman dulu orang beraya pakai Baju Melayu Cekak Musang, Teluk Belanga dah sekarang ni lelaki tiba-tiba pakai Baju Kebaya pula,” ulas Nish.

Gambar sekadar hiasan.
Sumber: Bulan Bintang/Nagoya Textiles

Baca Artikel Berkaitan: Aidilfitri 2025: Tak Tahu Nak Pakai Baju Melayu Style Apa? Ini 8 Gaya Anda Boleh Cuba

Baju Melayu Kelihatan Klasik Jika Dipakai Oleh Golongan Lelaki

Jelas Nish lagi, walaupun Baju Melayu adalah basic dan tidak mempunyai banyak corak serta reka bentuk seperti pakaian wanita, namun ia kelihatan klasik dimatanya.

“Baju tradisonal nak dimodenkan memang tak kena. Macam orang dulu-dulu cakap, ‘Biar mati anak jangan mati adat'” ujarnya.

Nish di akhir perkongsian turut berharap agar trend ini dihentikan dan orang ramai tidak menormalisasikan lelaki berpakaian seperti wanita.

@aaddanish

Stop normalize this thing 👊🏻

♬ Awkward Moments – AstroMusic

Tonton video penuh [DI SINI].

Lelaki Perlu Martabatkan Baju Melayu & Bukan Berpakaian Seperti Wanita

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan pandangan dilontarkan oleh Nish.

“Akhirnya ada yang bersuara juga lelaki tegur sesama lelaki tentang pakaian raya ni. Melampau sangat dah baju raya (lelaki) dah rupa Baju Kebaya kami yang perempuan ni. Tak kena sangat,” kata seorang wanita.

Malah, ada juga kaum Hawa yang berkata golongan lelaki tidak sepatutnya memberi alasan ‘tiada pilihan’ Baju Melayu.

“Bukannya tak ada baju sangat dah. Padahal Baju Melayu, jubah, kurta, bukannya ada satu jenis je. Baju Melayu pun ada banyak jenis. Tak perlu sampai kena pakai Kebaya sebab tak banyak pilihan konon,” ujar seorang netizen.

Sumber: TikTok (@aaddanish)

Islam Larang Lelaki Menyerupai Wanita

Memetik hantaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian dan barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk kaum Hawa. 

Wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti kaum Adam.

Sumber: X (@Malaysia_Problm)

Daripada Abu Qatadah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

“Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki.”

[Riwayat Abu Daud (4098)]

Isu golongan lelaki yang memakai pakaian wanita ini juga dikhuatiri mengundang unsur gay, biseksual dan trasgender (LGBT). Menurut bekas Mufti Wilayah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri tindakan itu adalah jelas songsang dan menyimpang dari fitrah manusia.

Sekitar Mei 2023, Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan satu jawatankuasa untuk menangani isu LGBT di Malaysia telah dibentuk.

Fungsinya adalah untuk menjalankan pelbagai inisiatif dan penguatkuasaan termasuk pendidikan, penyelidikan, dakwah, pencegahan, advokasi dan banyak lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Johor Tubuh Pusat Pemulihan Golongan LGBT Pertama Di Malaysia, Bakal Lancar Pada Julai 2024

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Raikan Mereka” – Individu Tegur Makin Ramai Influencer Lelaki Makeup Seperti Wanita

Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd