Now Reading
“Free Pukul Berapa, Nak Borak Jap” – Pelajar Berkostum KKK Didakwa Ugut Individu

“Free Pukul Berapa, Nak Borak Jap” – Pelajar Berkostum KKK Didakwa Ugut Individu

Menerusi tangkap layar yang dikongsikan, pelajar dari kumpulan berkostum KKK itu mengajak salah seorang individu yang berkongsi tentang isu tersebut ‘berbincang’ sebelum ajakannya ditolak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, isu sekumpulan pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dengkil memakai kostum kumpulan Ku Klux Klan (KKK) telah menjadi buah mulut.

Perkara itu diketahui umum apabila tularnya video kumpulan pelajar berkenaan didakwa melakukan perarakan KKK siap memegang penyodok dan tanda salib.

Pihak UiTM bagaimanapun telah tampil menjelaskan bahawa perkara itu merupakan sebahagian daripada sesi pembentangan tugasan akademik bagi kursus ‘Contemporary Global and Legal Issues’ oleh pelajar Pusat Asasi di kampus UiTM berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pelajar Berarak Dengan Memakai Kostum KKK Terima Kecaman Ramai

Pemberi Maklumat Didakwa Terima Ancaman Dari Pelajar Pakai Kostum KKK

Terbaharu, satu hantaran oleh media BFM News di X (@NewsBFM) berkongsi dakwaan bahawa pelajar yang terlibat dengan perarakan berkenaan telah membuat ancaman kepada individu yang memberi maklumat tentang perkara itu.

Menerusi tangkap layar tersebut, difahamkan pelajar terlibat telah menghantar beberapa mesej berunsur ugutan menerusi ruangan mesej peribadi di platform Instagram dan X.

Dalam salah satu rentetan mesej di Instagram, individu didakwa pelajar terlibat telah meminta pemberi maklumat agar bertemu dengan kumpulannya untuk ‘berbincang’.

Apabila pemberi maklumat menolak ajakan tersebut, dia dilabel sebagai ‘penakut’.

“Fikir apa yang awak mahu. Saya secara peribadinya berasa tiada guna membuang masa untuk mendengar sebarang justifikasi melakukan perkara bersifat rasis yang jelas dilakukan.

“Jadi saya akan melaporkannya. Memandangkan ia membabitkan pensyarah, saya tak percaya pada ‘settle sendiri’,” kata pemberi maklumat kepada individu tersebut.

Di platform X pula, seorang individu dipercayai pelajar memakai kostum KKK telah meminta pemberi maklumat agar menurunkan hantaran berkenaan isu tersebut.

“Kau free pukul berapa, nak borak jap. Padam post bodoh kau tu,” katanya.

Pemberi Maklumat Dituduh Fitnah Kumpulan Pelajar Berkostum KKK

Di samping itu, satu hantaran lain juga di X turut berkongsi tangkap layar ‘unofficial confession chanel’ Telegram bagi UiTM Dengkil.

Satu mesej mendakwa bahawa terdapat kempen sedemikian yang pernah dijalankan sebelum ini tetapi tidak menjadi isu memandangkan ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran.

Ia mendakwa bahawa individu terbabit memberi maklumat tentang isu perarakan KKK dengan harapan agar perkara itu tular dan mereka dapat dikenali ramai. Malah, pemberi maklumat turut dikatakan membuat fitnah berkenaan isu itu.

“Yang viralkan kat Twitter/IG pun otak cetek. Apa motif kau sebenarnya? Tipulah cakap nak tingkatkan kesedaran. Sedar tak akibat tindakan ‘kurang bijak’ kau tu besar?” persoal satu mesej tersebut.

Sumber: X

Tangkap Layar ‘Photoshoot’ Pelajar Berkostum KKK Dikongsi Di Media Sosial

Terdahulu, beberapa individu yang dirahsiakan identiti telah berkongsi maklumat menerusi pengguna X (@yapxiang) mengenai isu pakaian berkostum KKK itu.

Bukan sahaja video perarakan yang tular, mereka turut berkongsi tangkap layar hantaran dan Stories di Instagram yang menunjukkan ‘photoshoot’ dilakukan oleh kumpulan terbabit memakai kostum KKK.

Sumber: X

Perkara itu kemudiannya telah mendapat kritikan ramai memandangkan KKK merupakan satu kumpulan ketuanan kulit putih (white supremacy) yang bersifat amat rasis.

Orang ramai turut meminta agar tindakan ke atas pelajar terlibat diambil oleh pihak institusi berkenaan serta pihak polis.

Pihak UiTM bagaimanapun menjelaskan bahawa perarakan itu merupakan sebahagian daripada tugasan akademik pelajar.

Ia menerangkan bahawa penggunaan kostum dan elemen visual terkait kumpulan KKK bertujuan bagi membantu meningkatkan kefahaman dan penghayatan.

Baca Artikel Berkaitan: UiTM Tampil Beri Penjelasan Tentang Video Tular Pelajar Memakai Kostum KKK

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Asing Buat Konten Baca Ayat Al-Quran Depan Batu Caves Dikecam Ramai

Baca Artikel Berkaitan: TikToker Australia Dedah Pengalaman Lihat Rakyat Malaysia Jadi Mangsa ‘Racism’ Di Korea Selatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd