“Elok Kejadiannya” – Ramai Kagum Lihat Bapa Tunggal Gigih Buat Kek Jamuan Raya Anak
Bapa dikenali sebagai Rasiz itu dilihat menyediakan dua jenis kek iaitu kek batik dan kek marble khas untuk jamuan sekolah anak lelakinya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat mereka yang bergelar ibu bapa, sudah tentu golongan ini mahukan yang terbaik untuk anak meskipun mempunyai cabaran dan halangan sebagai contoh masalah kewangan.
Seperti sebelum ini, tular kisah seorang bapa yang berpusing mengelilingi kawasan Seremban menggunakan motosikalnya bagi menjual ikan segar. Walaupun perlu membawa bekas ais besar di belakangnya, namun lelaki tersebut tidak patah semangat bagi mencari rezeki halal.
Wang terkumpul daripada hasil jualan ikan pula dikhaskan untuk membiayai kos menghantar dan sesi pembelajaran anak yang akan melanjutkan pengajiannya. Kisah berkenaan dikongsikan sendiri oleh anaknya, Dania Hasrul di akaun X (Twitter) miliknya.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Biaya Pelajaran Anak, Si Ayah Gigih Keliling Seremban Jual Ikan Masa PKP
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masak Daging Wagyu Untuk Anak, Ramai Puji ‘Effort’ Nabila Huda Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Cikgu Gigih Masak Sarapan Buat Calon SPM & STPM Sebelum Mula Exam Curi Perhatian
Bapa Sediakan 2 Jenis Kek Untuk Jamuan Raya Sekolah Anak
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@raziscleaning) apabila seorang bapa dikenali sebagai Mohd Razis berkongsi aktivitinya semasa berada di dapur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan Razis sedang menyediakan dua jenis kek iaitu kek marble dan kek batik untuk dibawa oleh anak lelakinya ke jamuan raya dianjurkan di sekolah.
“‘Ayah esok jamuan adik nak bawa kek ya’. Okay dik ayah buatkan. Biasalah jamuan raya dekat sekolah, janji adik seronok,” ujar si bapa.
Dalam video sama, Razis juga menunjukkan proses penyediaan kedua-dua manisan tersebut. Memang jelas kelihatan bapa berkenaan sudah pro memasak dan tidak kekok menyediakan juadah makanan di rumah.
Dia pada awalnya membuat kek batik dahulu dengan penuh teliti. Selepas selesai memampatkan adunan kek itu ke dalam loyang, Rasiz meneruskan dengan juadah berikutnya.
Di akhir perkongsian, Rasiz juga tidak terlepas menunjukkan hasil kedua-dua kek itu. Memang nampak cantik, gebu dan sedap!
Tonton video penuh [DI SINI].
Kehilangan Isteri Dorong Si Suami Sediakan Keperluan Anak-anak
Difahamkan, si suami telah kehilangan isteri tercinta pada tahun lalu (2024). Oleh disebabkan itu, Rasiz telah mengambil peranan sebagai seorang ibu dan menyediakan segala keperluan tiga orang anak lelakinya di rumah termasuklah memasak.
Rasiz juga dilihat aktif di akaun TikTok miliknya, di mana dia kerap berkongsi video-video masakan. Bukan sahaja makan tengahari dan malam, malah bapa tunggal itu juga akan menyediakan bekal buat anak-anak untuk dibawa ke sekolah.
“Pergi sekolah anak-anak akan kenyang. Selesalah masa belajar kan?” ujar si ayah.
Walaupun banyak juga jenis makanan tidak pernah dimasak olehnya, tetapi Rasiz bersungguh-sungguh belajar tentang cara penyediaannya bagi memastikan anak berpuas hati.
Tonton video penuh [DI SINI].
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Bangga Bapa Tunggal Gigih Sediakan Keperluan Anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang bangga dengan sikap si bapa yang sentiasa menunaikan hajat anak dalam menyediakan makanan.
“Terbaiklah bro. Tak ramai orang lelaki macam ni, Memang edisi terhad. Al-Fatihah untuk isteri. Apa-apa pun abang hebat jaga dan masak untuk anak,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga berkata pembuatan kek marble bukanlah mudah seperti yang disangka.
“Saya minat baking. Tapi itulah tiap kali buat kek mesti turun dan mendap di tengah. Dah ikut resepi, tapi tapi mungkin tak ada seni,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, segelintir individu turut berharap anak-anak akan menghargai segala jasa Rasiz selama ini dalam membesarkan mereka.
“Masya-Allah saya salute tuan. Tak mudah sebenarnya. Semoga anak-anak sayang dan sentiasa ingat segala pengorbanan seorang ayah,” kata seorang wanita.








Bapa Henti Hisap Rokok Untuk Derma Buah Pinggang Kepada Anak
Kasih seorang bapa bapa terhadap anak kesayangan tidak terhenti di situ sahaja. Sebelum ini, tular video di laman TikTok menyaksikan seorang bapa sedang melakukan latihan pernafasan menggunakan alat dikenali sebagai ‘Nemo Incentive Respiratory Exerciser’ ketika berada di dalam wad sebuah hospital.
Menurut anak lelaki, si bapa sedang bersiap sedia untuk menjalani operasi pemindahan buah pinggang buat dirinya. Difahamkan, si anak mengalami kegagalan buah pinggang tahap ke-5 sejak tahun 2020.

Perkara yang menyentuh hati adalah apabila anak lelaki berkenaan mendedahkan bahawa si bapa pada awalnya adalah seorang perokok.
Namun disebabkan mahu mendermakan organnya buat si anak, bapa tersebut sanggup meninggalkan tabiat buruknya dan berhenti merokok serta-merta.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kasih Bapa Sanggup Henti Merokok Untuk Derma Buah Pinggang Kepada Anak Undang Sebak
Baca Artikel Berkaitan: “Beli 2 Tak Cukup”- Gelagat Lelaki Beli 1 Papan Sup Bunjut Untuk Isteri Masak Buat Ramai Boleh Relate [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.