Now Reading
[Video] Potong Rumput Sampai Menggelongsor, Netizen Puji Lelaki Amanah Jalankan Tugas

[Video] Potong Rumput Sampai Menggelongsor, Netizen Puji Lelaki Amanah Jalankan Tugas

Menerusi video berkenaan, pemotong rumput itu dilihat tekun melakukan kerjanya dengan mengimbangi diri kiri dan kanan di lereng bukit tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila bercakap tentang tanggungjawab, ada sahaja individu yang culas melakukan pekerjaan. Lebih-lebih lagi pekerjaan yang harus dijalankan dengan penuh ikhlas.

Walaupun begitu, tugas yang telah diberikan kepada setiap individu merupakan satu tanggungjawab besar buat diri kita dalam kehidupan. Baik kerja mudah, mahupun kerja berat. Hikmah dan perisiannya tetap sama dalam konteks amanah.

Itulah yang berlaku pada seorang pekerja potong rumput ini apabila dia dilihat berhempas pulas menjalankan tugasnya tanpa menghiraukan kesukaran kawasan.

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Tekun Belajar Bawah Lampu Jalan Raih Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Pernah Halang Pekerja Sebab Nak Buat Sendiri” – Lelaki Ikhlas Buang Sampah Dari Tong Bikin Ramai Sebak

Berusaha Keras Walaupun “Menggelongsor” Di Lereng Curam

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@mdazlan._), perakam menaiki kereta melalui sebuah jalan dan kelihatan seorang pemotong rumput yang sedang berusaha keras melakukan kerjanya.

Kawasan kerjanya itu merupakan satu lereng bukit yang curam. Apa yang mencuit hati, dia sempat “menggelongsor” dalam usahanya memotong rumput di situ.

Dia juga kelihatan tangkas mengimbangi diri dengan menahan kaki dan tangan sebelum memotong rumput dan sambung berjalan berkali-kali. Aksinya itu sempat dirakam dan dikongsikan serta berjaya meraih perhatian ramai.

https://www.tiktok.com/@mdazlan._/video/7492983813098818824?_r=1&_t=ZS-8vY0Iziefw2
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Puji Kecekalan Dan Amanah Pemotong Rumput

Menjengah ke ruangan komen, ramai terpegun dengan aksi pemotong rumput berkenaan.

Netizen turut memuji usaha kerasnya itu dan turut menyatakan bahawa itulah amanah seorang pekerja yang bertanggungjawab.

Sumber: TikTok @mdazlan._
Sumber: TikTok @mdazlan._

Mengenali rakyat Malaysia yang tidak lekang dengan gurauan, seorang pengguna TikTok meninggalkan komen berbaur jenaka dengan menyatakan, “Mesti pandai main skateboard”, merujuk kepada pemotong rumput itu yang kelihatan cekap mengimbangi diri di lereng bukit.

Sumber: TikTok @mdazlan._

Kerja Biar Amanah, Rezeki Biar Berkat

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, pekerjaan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas, penuh amanah dan tidak melanggar syariat, akan dikira sebagai satu ibadah di sisi Allah.

Islam menuntut umatnya bekerja bersungguh-sungguh dan tidak sambil lewa kerana setiap rezeki yang diperoleh akan dipersoalkan. Nabi SAW bersabda:

Sesungguhnya Allah SWT suka apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun.


Riwayat al-Baihaqi

Rezeki yang datang dari usaha yang jujur bukan sahaja memberi kepuasan jiwa, malah membawa keberkatan dalam kehidupan. Maka, bekerja dengan amanah bukan sekadar tuntutan profesional, tetapi juga kewajipan agama.

Baca Artikel Berkaitan: “Sejuk Perut Mak” – Anak-anak Bantu Angkut Barang Sejurus Bapa Pulang Berniaga Dipuji Ramai

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Tempat Tidur” – Ramai Hiba Dengan Nasib Pakcik Susah Cari Kerja Tetap


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd