Now Reading
[Video] Pilu Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Bantu Borong Semua

[Video] Pilu Lihat Pakcik Berbasikal Jual Ikan Tepi Jalan, Lelaki Bantu Borong Semua

Menerusi video tular, kelihatan pakcik tersebut sedang menjual ikan mentah di selekoh sebuah taman perumahan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mencari rezeki bukanlah satu perkara yang mudah. Hal ini kerana terdapat beberapa cabaran dan halangan yang perlu dilalui oleh orang ramai sebagai contoh masalah pengangkutan, kekuatan fizikal serta mental, masalah umur dan sebagainya.

Sebelum ini, kisah dua orang warga emas masing-masing berumur 75 dan 78 tahun telah mencuri tumpuan netizen kerana kegigihan mereka berniaga di gerai makan meskipun sudah lanjut usia.

Gerai makan yang terletak sekitar Medan Selera Kampung Baru, Kuala Lumpur itu mendapat perhatian selepas ia mula ditularkan di media sosial.

Menurut pakcik berkenaan, dia bersama adiknya terpaksa berniaga sehingga kini kerana mereka berdua tidak mempunyai simpanan pencen bagi menyara kehidupan.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Adik-beradik Warga Emas Gigih Cari Rezeki, Peniaga Titip Pesanan Buat Anak Muda

Baca Artikel Berkaitan: Video Warga Emas 68 Tahun Masih Gigih Bekerja Jadi Rider GrabFood Buat Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Emas 78 Tahun Gigih Jual Air Tebu Tepi Jalan Demi Mencari Rezeki Halal

Lelaki Kongsi Kisah Pakcik Niaga Ikan Tepi Jalan

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad Faiz (@muhammadfaizhashim) berkongsi kisah pilu mengenai seorang pakcik yang gigih mencari rezeki halal.

Tidak seperti peniaga lain yang mempunyai tapak, pakcik itu hanya menjual produknya di tepi jalan sekitar selekoh beralaskan dua helai kain sahaja.

Menurut Faiz, dia telah terserempak dengan pakcik itu semasa dia sedang memandu di kawasan taman perumahan tersebut.

“Cuaca mendung nak hujan, saya patah balik untuk berhenti tengok apa yang dia niagakan. Pakcik ni berbasikal menjual ikan, orang susah,” kata Faiz.

Lelaki Minta Peniaga Pulang Ke Rumah Lepas Borong Semua Ikan Dijual

Tidak sampai hati melihat ikan-ikan yang tidak terjual, Faiz telah menghulurkan sumbangan dengan membeli kesemua produk pakcik tersebut.

Dia kemudian meminta peniaga itu untuk terus pulang ke rumah memandangkan hujan akan turun tidak lama lagi.

“Saya cukup faham perasaan orang susah kerana saya dulu pun pernah susah. Tak jatuh miskin kalau kita bersedekah. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan hidup pakcik ini,” ujar Faiz lagi di ruangan kapsyen.

@muhammadfaizhashim

Masa memandu tadi, ternampak pakcik ni berniaga di atas jalan. Cuaca pula mendung nak hujan, saya patah balik untuk berhenti tengok apa yang dia niagakan. Pakcik ni berbasikal menjual ikan, orang susah. Saya beli semua ikan yang dia jual dan minta dia terus balik rumah memandangkan hari dah nak hujan. Saya cukup faham perasaan org susah kerana saya dulu pun pernah susah. Tak jatuh miskin kalau kita bersedekah. Moga Allah swt permudahkan segala urusan hidup pakcik ini..

♬ Mimi asmidar_Keikhlasanku – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pakcik Berniaga Tepi Jalan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berterima kasih kepada Faiz kerana sudi membantu pakcik yang berada dalam kesusahan itu.

“Terima kasih orang baik. Sekurang-kurangnya lepas buat makan untuk sehari tu. Bagaimana nasib aku nanti bila dah berumur macam ni,” ujar seorang warganet.

Malah ramai juga meluahkan rasa sebak melihat nasib pakcik yang terpaksa berniaga di tepi jalan pada usia sebegitu.

“Sedih, tak dapat bayangkan kalau abah aku ibarat pakcik ini (berniaga tepi jalan) demi mencari rezeki,” luah seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir individu turut meminta orang ramai untuk membantu mempermudahkan urusan pakcik itu jika berpeluang.

“Sesiapa yang ada rezeki lebih hadiahkanlah dia payung yang memudahkan dia bertapak dan juga tempat paling selamat. Saya hanya mampu berdoa dari jauh. Sebaknya hati. Kayakanlah aku semoga dapat membantu lebih ramai orang,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@muhammadfaizhashim)

Pakcik Bermaskot Katak Kerja Sampai Lewat Malam

Melihat golongan tua masih gigih mencari rezeki walaupun sudah lanjut usia memang boleh membuatkan kita pilu. Mana tidaknya, pada umur sebegitu, mereka seharusnya berehat.

Tetapi apakan daya, disebabkan oleh kesempitan hidup mereka terpaksa keluar mencari rezeki sama seperti anak muda yang lain. Sebelum ini, tular video seorang warga emas yang memakai maksot katak sedang berehat sebentar daripada menghiburkan orang awam sekitar Dataran Pontian, Johor.

Perkara yang membuatkan situasi itu lebih sebak adalah selepas melihat kegigihan warga emas mencari rezeki hingga larut malam dalam usia sebegitu.

Sumber: TikTok (@thaqifahhhh_)

“Asalnya nak rakam anak-anak main dekat Dataran Pontian ni. Tapi lain yang nampak. Pakcik ni dah baya-baya ayah aku di kampung.

“Masa ni dah jam 11 lebih (malam) dah tapi dia baru nak makan nasi. Murahkanlah rezeki pakcik ni,” kata perakam video.

Menurut beberapa pengguna TikTok, pakcik itu selalu menadah tangan untuk berdoa buat mereka yang menghulurkan sedekah kepadanya.

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Baya Ayah Aku Dah” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Di Sebalik Maskot Katak

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Peniaga Terbalik Lepas Terbabas Langgar Pokok, Kuih-muih Bertaburan Atas Jalan Raya

Baca Artikel Berkaitan: “Ujian Ramadan Ke-3” – 8 Air Balang Jatuh, Peniaga Terpaksa Tanggung Kerugian RM2,000


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd