Now Reading
[Video] Pesan Nasi Ayam Untuk Keluarga, Makanan Sampai Lauk Babi Buat Ramai Terkejut

[Video] Pesan Nasi Ayam Untuk Keluarga, Makanan Sampai Lauk Babi Buat Ramai Terkejut

Difahamkan, pemilik video merupakan seorang mualaf menyebabkan dia dapat menyedari keberadaan daging babi dalam pesanannya sebelum diberi pada anak-anak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aplikasi beli-belah secara atas talian sememangnya memberikan kemudahan dan kesenangan kepada para pengguna. Lebih-lebih lagi aplikasi menjual makanan.

Pengguna hanya perlu skrol senarai restoran yang tersedia dalam aplikasi dan pilih apa yang mereka inginkan pada hari itu. Semuanya sangat mudah kerana kemudahan berada di hujung jari.

Namun, kekurangannya adalah kita tidak mampu untuk memeriksa keadaan barang yang dibeli sebelumnya. Hal ini menyebabkan pengguna terpaksa berdepan insiden seperti pesanan salah, rosak, dan tidak boleh dimakan apabila ia sampai di rumah.

Baca Artikel Berkaitan: Daging Babi Hanya Boleh Dijual Di Tempat Tertentu Sahaja Di Shah Alam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Tunjuk Produk Makanan Di Rak Dengan Label Amaran Babi, Ada Yang Pernah Makan Rupanya

Pesan Nasi Ayam, Yang Sampai Nasi Babi

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@nuradelina.lyn), pemilik video berkongsi satu pengalaman tidak dijangka apabila dia menerima pesanan makanan salah yang dipesan melalui satu aplikasi atas talian.

Dia memaklumkan bahawa dia sepatutnya menerima dua nasi ayam dan satu mi kari. Namun sebaliknya menerima tiga bungkusan nasi berlauk daging babi dan beberapa bungkusan mi sup, semuanya dihantar dalam plastik yang sama.

Dia yang juga merupakan seorang mualaf, menyedari lebih awal bahawa lauk tersebut bukan ayam sebelum diberikan kepada anak-anaknya.

Menurutnya, dari segi rupa dan bau, dia dapat mengesan perbezaannya, dan ini menyelamatkan dia serta keluarganya daripada termakan sesuatu yang haram.

Di akhir video, dia turut menunjukkan “screenshot” pesanan asal yang jelas tertulis nasi ayam dan mi kari, sekali gus membuktikan makanan yang diterima adalah pesanan salah.

Bercakap kepada The Rakyat Post, dia berkata kejadian ini perlu dijadikan pengajaran kepada orang ramai agar lebih berhati-hati ketika membeli makanan melalui aplikasi dalam talian.

Katanya, dia tidak menyalahkan pihak kedai, malah menyalahkan diri sendiri kerana tidak menyemak dengan teliti status penyediaan makanan dan latar belakang premis tersebut.

“Saya salahkan diri sendiri. Bukan rezeki saya,” katanya ringkas.

https://www.tiktok.com/@nuradelina.lyn/video/7493052387070872839?_r=1&_t=ZS-8vXmSbRncrH

Ramai Terkejut Di Ruangan Komen

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut melihat isi makanan dalam video tersebut.

Ada juga yang bertanya bagaimana dia dapat membezakan antara ayam dan babi, lalu dia menjelaskan bahawa dia merupakan seorang mualaf dan sudah belajar mengenal pasti perbezaannya.

Sumber: @nuradelina.lyn
Sumber: @nuradelina.lyn

Tidak kurang juga yang menasihati agar sentiasa menyemak status halal serta jenis makanan yang ditawarkan oleh sesebuah kedai sebelum membuat pembelian, apatah lagi melalui aplikasi yang menawarkan pelbagai jenis restoran.

Sumber: @nuradelina.lyn

Order Mi Tarik, Dapat Babi Panggang

Pada tahun lalu, pernah juga terjadi sebuah insiden sama apabila seorang pelanggan menerima pesanan yang salah selepas memesan makan melalui aplikasi foodpanda.

Dalam hantaran tular terbabit, difahamkan menu asal yang ditempah oleh pelanggan berkenaan adalah mi tarik warisan, namun makanan yang diterima pula merupakan nasi ayam pangang bersama babi pangang.

Ketika kejadian, ibu kepada kanak-kanak berkenaan dipercayai sedang sibuk mengendali kelas secara dalam talian menyebabkan anak-anaknya yang mengambil penghantaran makanan tersebut.

Sumber: Facebook Tok Sri Izham Nayan

Walaubagaimanapun, pihak foodpanda sudah pun tampil membuat permohonan maaf kepada pembeli yang terlibat. Mereka turut menjelaskan bahawa perkara sebegini merupakan kes yang jarang terjadi (isolated case).

Syarikat terbabit juga telah menjalankan siasatan dan pihaknya sedang berhubung secara terus dengan kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan penunggang terbabit.

“Langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk menangani situasi tersebut dan memastikan perkara ini tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.

Menurutnya lagi, foodpanda akan kekal komited untuk memastikan standard perkhidmatan yang tertinggi dan akan terus berusaha gigih bagi menggelak kejadian serupa berulang.

Sumber: foodpanda

Baca Artikel Berkaitan: “Apa Salahnya Diorang Enjoy?” – Menu Nasi Lemak Daging Babi Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tular Premis Jual Nasi Kandar Lauk Daging Babi, Netizen ‘Berdebat’ Di Media Sosial


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd