[Video] Fenomena Pancaran Langit Purple Di Johor Bahru Curi Perhatian Ramai
Pancaran daripada petir itu dalam masa sama membuatkan langit itu bersinar warna ungu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Memang tidak dapat dinafikan ciptaan Allah SWT sungguh mengagumkan dan tidak ada bandingnya. Ini termasuklah makhluk dan alam semula jadi yang wujud di muka bumi ini.
Sebelum ini, kecoh di media sosial menyaksikan satu fenomena dikenali sebagai ‘Pelangi Api’ yang menunjukkan keadaan awan berwarna-warni di atas langit.
Keindahan alam semula jadi yang dipercayai berlaku di negara China itu sempat dirakam dan dimuat naik di laman TikTok (@juleko_o).
Kalau anda lihat di dalam video tersebut, awan pada langit kelihatan seperti tumpahan cat dengan campuran warna pastel seperti biru, merah jambu dan kuning.
Baca Artikel Berkaitan: Video Fenomena ‘Pelangi Api’ Buat Ramai Netizen Terpesona, Raih Lebih 130 Juta Tontonan
Baca Artikel Berkaitan: “Tiba-tiba Jadi Maldives Island” – Air Banjir Jernih Warna Hijau Di Terengganu Jadi Tumpuan
Baca Artikel Berkaitan: Aurora Di Amerika Syarikat Berwarna Merah & Hijau, Ramai Kaitkan Dengan Bendera Palestin
Langit Ungu Di Sekitar Johor Bahru
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@chloedtastes) menyaksikan situasi di sebuah jalan raya sekitar Johor Bahru.
Menerusi video perkongsian, kelihatan langit pada ketika itu sangat gelap seolah-olah hujan lebat akan melanda. Namun perkara yang lebih mengundang perhatian, adalah langit bertukar warna ungu.
Pantulan petir juga menunjukkan warna ungu cerah. Fenomena itu membuatkan perakam video berasa kagum dan terpegun dengan langit berkenaan. Memang lain daripada kebiasaan.
Perkongsian ini nyata mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan sebanyak 940,000 ribu setakat artikel ini ditulis (15 April).
@chloedytastes Alien invasion? 👽 #alien #theory #supernatural #malaysia #johorbahru #causeway #fyp #foryoupage #sgtiktok #sololeveling ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Pancaran Petir & Langit Ungu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terpegun melihat langit yang bercahaya dengan warna purple itu.
Malah ada juga segelintir yang berseloroh selepas melihat fenomena alam semula jadi yang indah itu.
“Thanos datang turun nak raya minta maaf. Maaf zahir dan batin,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ada juga yang mendakwa bahawa langit berwarna ungu menandakan perkara buruk akan berlaku di lokasi berkenaan.
Dalam masa sama, sesetengah netizen turut menasihati orang ramai untuk cari tempat berteduh sebaik melihat langit berwarna sedemikian.






Fenomena Langit Ungu Adalah Normal
Sebenarnya, fenomena langit berwarna ungu bukanlah pertama kali berlaku. Sebelum ini, ia pernah terjadi di kawasan Timur Jepun.
Memetik Sinar Harian, perubahan warna itu dikaitkan dengan kedatangan Taufan Hagibis yang membadai Jepun sekitar tahun 2019. Untuk info, Hagibis digelar sebagai taufan paling ganas yang membawa hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh 60 tahun.

Menurut Science Daily pula, fenomena itu adalah perkara yang normal.
Ia disebabkan oleh fenomena Rayleigh Scattering iaitu penyebaran elastik cahaya oleh zarah mikro atau nano dalam udara yang lebih kecil berbanding panjang gelombang cahaya yang kelihatan.
Langit ungu berkenaan juga pernah terjadi di Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara, Jakarta. Lapor Kosmo, pancaran kilat di puncak gunung menyebabkan langit malam Sumatera Utara berubah warna menjadi ungu buat seketika.
Baca Artikel Berkaitan: Langit Berubah Hijau Di Sungai Besar, Ini 2 Teori Bagaimana Ia Berlaku
Baca Artikel Berkaitan: Fenomena ‘Supermoon’ Bakal Hiasi Langit Malaysia Petang Esok, 13 Julai
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.