Now Reading
[Video] Demi Si Bulus! Wanita Ini Beli Rumah Besar Khas Untuk Diduduki Lebih 30 Ekor Kucing

[Video] Demi Si Bulus! Wanita Ini Beli Rumah Besar Khas Untuk Diduduki Lebih 30 Ekor Kucing

Menurut pemilik rumah berkenaan, Aunty Wendy rumah yang berkeluasan 5,000 kaki persegi memudahkan kucing-kucing yang diselamatkannya untuk bergerak, bermain di dalam dan luar rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang sentiasa menjadi pilihan orang ramai. Bukan sahaja kerana mempunyai wajah yang comel bahkan karakter si comel ini sering menghiburkan hati pemiliknya.

Namun bagi mereka yang meminati dan mencintai kucing, pastinya ingin memastikan haiwan ini dapat hidup dalam keadaan selesa khususnya yang berada di jalanan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada segelintir daripada pencintanya yang sanggup berhabis ribuan wang demi memastikan haiwan kesayangan mereka ini dapat hidup selesa.

Wanita beli rumah dua tingkat untuk dihuni oleh 30 kucing

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang wanita dikenali sebagai Aunty Wendy apabila dia memiliki sebuah rumah dua tingkat hanya untuk didiami lebih daripada 30 ekor kucing.

Aunty Wendy merupakan seorang penyelamat dari Lingy Pet Adoption yang mengambil haiwan liar untuk memberikan rawatan sehingga mereka mendapat tuan yang mahu menjaganya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Notti Pet Food, Aunty Wendy turut menunjukkan kawasan di dalam rumah yang telah diubah suai untuk keselesaan si bulus.

Jelas Aunty Wendy, dia tidak menduduki rumah berkenaan sebaliknya ia dibeli khas buat kesemua si comel.

Ujarnya dia telah membeli rumah berkenaan sekitar satu tahun setengah dan setakat ini ia mempunyai lebih daripada 30 ekor kucing.

Beli rumah untuk dijadikan sebagai tempat perlindungan kucing-kucing liar yang diselamatkan

Sebaik memasuki kawasan rumah, kelihatan beberapa kawasan yang dihiasi dengan mainan kucing serta tempat untuk si comel berehat.

Katanya, apa yang membuatkan dia membeli rumah tersebut untuk kucing-kucingnya kerana dia seorang penyelamat dan mahukan si comel yang diambil mempunyai tempat untuk dipulihkan.

“Kami mahukan peralihan (suasana untuk si comel) yang sebaiknya,” jelasnya.

Rumah luas dan si comel bebas meneroka di bahagian dalam dan luar rumah

Menurut Aunty Wendy, kediaman tersebut mempunyai keluasan sebanyak 5,000 kaki persegi dan si comelnya bebas bergerak ke mana sahaja yang diinginkan di bahagian dalam dan luar rumah.

Namun terdapat beberapa bilik yang kucing tidak dibenarkan masuk seperti bilik kuarantin, ibu dan anak dan juga ‘neonates’.

Aunty Wendy turut menunjukkan beberapa kucing yang ada di dalam rumah berkenaan.

“Ini adalah apa yang pusat pemulihan lakukan (untuk kucing) bagi membuatkan mereka mesra, rapat dengan manusia. Mereka mempunyai banyak kemudahan dan bebas memanjat serta lakukan apa sahaja yang disukakannya.”

Masih berkerja untuk sara kucing-kucing

Tambah Aunty Wendy lagi meskipun sudah berusia 63 tahun namun dia masih lagi bekerja sepenuh masa sambil menjadi penyelamat kerana perlu mencari dana untuk menyara kucing-kucing terbabit.

Aunty Wendy turut menunjukkan setiap cermin mempunyai satu lapisan untuk keselamatan si comel agar tidak terjatuh dan sebagainya.

Dia juga menunjukkan seekor kucing bernama Alizee yang ketika dijumpai terlalu kurus dan kini semakin gebu dan cantik selepas berada di bawah jagaannya.

“Kucing di tempat perlindungan saya, mereka semua berada dalam keadaan hampir mati. Memberikan rawatan yang sebetulnya seperti makanan adalah satu aspek yang penting,” katanya.

Malah dia juga berpendapat untuk memastikan si comel mempunyai kesihatan yang baik, makanannya perlulah memiliki nutrisi lengkap.

Ramai puji Aunty Wendy kerana sediakan rumah khas untuk rawat kucing

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji Aunty Wendy kerana menyediakan tempat perlindungan yang terbaik untuk kucing yang diselamatkannya.

Tidak kurang juga ada yang bergurau dengan mengatakan si comel mereka juga ingin berpindah ke tempat perlindungan Aunty Wendy kerana ruang yang luas untuk mereka bermain.

“Di Johor Bahru ada seorang pemilik perniagaan beli rumah bahagian tepi dua tingkat. Dia tak duduk dekat rumah tu, tapi hanya untuk letak kucing jalanan yang dia ambil dan rawat. Semoga Allah murahkan rezeki beliau”
This image has an empty alt attribute; its file name is aunty-wendy-1.jpg
“Aunty Wendy, kebaikan awak sangat luar biasa. Ia bukan sekadar sumbangan kewangan, malah segelintir individu juga tidak menunjukkan tahap komitmen seperti ini. Kebaikan awak luar biasa”
This image has an empty alt attribute; its file name is aunty-wendy-2.jpg
“Selepas saya lihat video ini, saya mula ‘meow’. Kerana kucing ada kehidupan yang lebih baik dari saya”
This image has an empty alt attribute; its file name is 3aunty-wendy-1.jpg


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd