Now Reading
[Video] Aksi Pelajar Berarak Dengan Memakai Kostum KKK Terima Kecaman Ramai

[Video] Aksi Pelajar Berarak Dengan Memakai Kostum KKK Terima Kecaman Ramai

Kumpulan tersebut didakwa sebagai pelajar Fakulti Undang-Undang di sebuah institusi pendidikan tinggi awam.

https://twitter.com/YuenA_9/status/1911680543290495389

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perpaduan merupakan tonggak sesebuah negara lebih-lebih lagi dengan masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia.

Pun begitu, terdapat sekelompok kecil rakyat yang gagal menyingkirkan perasaan perkauman di dalam diri sehingga terjadinya ketegangan antara komuniti berbeza bangsa.

Perkauman juga mungkin terjadi akibat kurangnya pengetahuan tentang sesuatu perkara yang sensitif buat sekumpulan komuniti tertentu.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Respon Tiong King Sing Mengenai Isu Tiada Masjid Dalam ‘Montaj’ Tahun Melawat Malaysia 2026

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Diskriminasi, Kemasukan Pelajar Ke IPTA Berdasarkan Merit – Zambry

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Asing Buat Konten Baca Ayat Al-Quran Depan Batu Caves Dikecam Ramai

Tular Video Didakwa Perarakan KKK Di Sebuah IPTA

Baru-baru ini, tular video yang mendakwa sekumpulan pelajar di sebuah institusi pendidikan tinggi awam mengadakan perarakan Ku Klux Klan (KKK).

Menerusi video yang dikongsi di platform X (@YuenA_9), dapat dilihat sekumpulan pelajar memakai jubah berwarna putih seakan-akan KKK berarak di sekitar kompaun kolej.

Mereka dilihat membawa penyodok serta beberapa tanda salib dan bungkusan berwarna putih dipercayai merupakan ‘kepala manusia’ sebagai simbol pembunuhan yang dilakukan oleh KKK.

Kelihatan juga orang ramai yang dipercayai merupakan pelajar di kolej sama memerhati sambil merakam situasi itu.

Topik KKK Didakwa Diberi Kebenaran Oleh Pensyarah, Namun Bukan Perarakan Tersebut

Dalam satu hantaran lain, beberapa individu yang dirahsiakan identiti mendakwa bahawa kumpulan itu merupakan pelajar Fakulti Undang-Undang yang sedang melakukan kempen sosial.

Mereka juga dikatakan telah mendapat kebenaran pensyarah untuk membawa topik berkenaan KKK dalam pembentangan mengenai jenayah kemanusiaan.

Pun begitu, beberapa individu menerangkan bahawa pensyarah hanya mengizinkan topik terbabit tetapi tidak dimaklumkan mengenai perarakan tersebut.

“Satu kumpulan dari kelas itu telah mengambil peluang daripada projek ini untuk melakukan photoshoot KKK yang kemudian dimuat naik ke sosial media mereka,” dakwa seorang individu.

Melihat kepada salah satu gambar yang dikongsikan, kumpulan itu dilihat berada di dalam kelas dipercayai sewaktu mengadakan pembentangan dengan memakai kostum sama.

Carian kami bagaimanapun tidak menemukan sebarang kenyataan media oleh pihak institusi pendidikan terbabit.

Ramai Kritik Tindakan Pelajar Lakukan Perarakan Berpakaikan KKK

Situasi itu sememangnya telah mendapat kritikan orang ramai memandangkan KKK merupakan satu kumpulan yang bersifat amat rasis sehingga ke tahap membunuh.

Ramai yang meminta agar pihak universiti serta pihak polis mengambil tindakan terhadap kesemua pelajar tersebut.

“Kalau jadi kes polis memang habis dia orang ni. Berapa minggu lagi nak final exam,” kata seorang individu.

Ada juga yang mempersoalkan bagaimana mereka boleh bertindak sedemikian memandangkan perkara bersifat kontroversi dilarang di institusi pendidikan dalam negara.

Seorang individu berkata ramai pelajar di institusi tersebut turut mengkritik perkara tersebut dan sedang berusaha untuk mengemukakan isu itu kepada pihak berkuasa.

Apa Itu KKK?

Untuk info, KKK merupakan satu kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1856 di Tennessee, Amerika Syarikat.

Merupakan sebuah kumpulan ketuanan orang putih (white supremacy), ia bertujuan untuk menentang polisi Republican Party dalam mewujudkan kesamarataan politik dan ekonomi bagi rakyat Amerika berkulit hitam.

Kumpulan itu juga terkenal dengan melakukan keganasan terhadap mereka yang berkulit hitam serta orang putih sendiri yang menyokong komuniti tersebut.

Menurut History, sekurang-kurangnya 10% penggubal undang-undang berkulit hitam yang dilantik dalam konvensyen perlembagaan 1867-1868 menjadi mangsa keganasan KKK, termasuk tujuh orang yang dibunuh.

KKK turut menyasarkan White Republican dan institusi kulit hitam termasuk sekolah dan gereja.

Salah satu keganasan Klan yang paling teruk adalah pada Januari 1871 apabila sebanyak 500 individu memakai topeng menyerang penjara di Union dan membunuh lapan orang kulit hitam.

Baca Artikel Berkaitan: TikToker Australia Dedah Pengalaman Lihat Rakyat Malaysia Jadi Mangsa ‘Racism’ Di Korea Selatan

Baca Artikel Berkaitan: Salah Ke Pekerja Asing Kita Jalan-jalan Di KLCC?

Baca Artikel Berkaitan: “Orang Makan Lembu Pendek” – Owner Cheesetart Buncit Muat Naik Video Berbaur Rasis Bikin Ramai Bengang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd