“Selera Kami Lain-Lain” – Gelagat Suami Isteri Makan Di Kedai Berbeza Buat Ramai Terhibur
DIfahamkan, pasangan itu makan di restoran yang berbeza kerana masing-masing mempunyai selera yang tersendiri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap orang mempunyai latar belakang dan tradisi yang berbeza. Perkara ini selalunya terbawa-bawa dalam hubungan suami isteri, termasuk dalam bab memilih tempat makan.
Apabila dua budaya bercantum dalam perkahwinan, tidak semua perkara boleh disatukan. Bab makan sering jadi salah satu perbezaan yang kekal.
Itulah yang terjadi kepada satu pasangan ini apabila mereka memilih untuk makan di dua kedai berlainan atas dasar mempunyai selera makan yang berbeza-beza.
Baca Artikel Berkaitan: “Ni Lah Lelaki Bila Sayang Kereta” – Isteri Terkejut Suami Cuci Kereta Sampai RM950
Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Tak Nak Keluar Kereta” – Gelagat Driver E-Hailing Layan Penumpang Ajak Borak Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Suami Isteri Ini Kongsi Tips Miliki 21 Orang Anak. Yang Penting, Sihat!
Selera Tak Sama, Tapi Tetap Sekepala
Menerusi perkongsian di laman TikTok (@maheranetwork), seorang isteri berkongsi momen lucu sewaktu keluar makan bersama-sama keluarga kecil mereka.
Dia dan anak sedang makan nasi campur di sebuah restoran, manakala suaminya pula makan nasi kandar di kedai bertentangan.
Apa yang menghiburkan, si isteri perlahan-lahan menggerakkan kamera ke arah suami yang sedang santai menjamu selera di kedai seberang jalan. Suaminya yang perasan sedang dirakam, sempat membuat isyarat tangan “peace” ke arah kamera.
Dalam kapsyen dengan nada bersahaja, si isteri menulis, “Selera lain-lain. Isteri makan nasi campur, suami makan nasi kandar.”
Di sebelah hadapan si isteri, anaknya kelihatan membuat muka. Kedengaran juga suaranya yang ‘mengelui’ ayahnya dalam nada geram kerana duduk berjauhan.
Netizen Terhibur, Ramai Dapat Relate
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan gelagat pasangan ini. Rata-rata mengaku pernah alami perkara sama dan menyifatkan perbezaan selera sebagai perkara biasa dalam rumah tangga.
Ada yang berkongsi pengalaman hampir serupa ketika keluar makan dengan pasangan masing-masing.

Tidak kurang juga yang memuji tindakan suami yang masih duduk dalam jarak penglihatan, menunjukkan masih ada rasa prihatin dan kebersamaan.


Suami Isteri Bermacam Ragam
Bukan kali pertama suami isteri menunjukkan pelbagai ragam yang mencuit hati. Lebih-lebih lagi tentang perkara harian yang tidak sehaluan.
Seperti sebelum ini, kerenah suami isteri ini berjaya meraih perhatian ramai apabila mereka dilihat bertukar-tukar “tugas” memandu yang pada awalnya diserahkan pada si isteri kerana suaminya yang mengantuk.
Menurut perkongsian video dashcam yang merakam perbualan mereka, punca si isteri berbelah-bahagi dengan tugasnya itu adalah kerana panik yang tercetus daripada kereta hadapan yang hampir berlanggar sewaktu dia memandu.
Sejurus hilang keyakinannya, dia terus ketawa terbahak-bahak dan mempelawa suaminya yang baru sahaja melelapkan mata selamat beberapa minit untuk memandu semula.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minta Isteri Drive Sebab Mengantuk, Tak Sampai 5 Minit Diminta Pandu Semula
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Isteri Beli Bahan Tapi Tak Masak” – Luahan Lelaki Ini Kepada Khairul Aming Buat Ramai Terhibur
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Lelaki Tertipu Dengan Bayang Disangka Ikan Ketika Naiki Kapal Terbang Bikin Ramai Terhibur
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.