“RM7.90 Je?!” – Mat Saleh Terkejut Lihat Harga Sandwich Di Hotel Sekitar Port Dickson
Pelancong asing dari British itu dicaj RM7.90 sahaja untuk sepinggan sandwich di hotel D’Warf Hotel & Serviced Residence, Port Dickson.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali mengunjungi negara luar, sudah tentu banyak aspek yang dilihat berbeza dengan di tanah air sendiri. Sebagai contoh perwatakan penduduk, budaya, tradisi, cuaca, jenis makanan, dan sebagainya.
Apabila berada di Malaysia, ramai pelancong lebih tertarik untuk mengunjungi pulau-pulau, dan mencuba makanan yang unik daripada pelbagai kaum di negara ini.
Selain makanan yang sedap dan penuh rempah ratus, mereka juga sering berasa terkejut dengan harga makanan berpatutan yang boleh didapatkan ketika melancong di sini.
Pelancong Warga British Terkejut Harga Set Sandwich Di Hotel Sekitar PD Murah
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@bradleyshow) apabila seorang warga British dikenali sebagai Bradley berkongsi pengalamannya semasa berada di hotel D’Warf Hotel & Serviced Residence, Port Dickson.
Menurut Bradley, dia berasa terkejut selepas mendapati harga sarapan yang dibeli olehnya semasa menginap di sana hanya berharga RM7.90 sahaja bagi satu set sandwich.
Pinggan berkenaan tersedia dengan kentang goreng, potongan sandwich bakar saiz besar, sedikit salad dan sos cicah.
“Ya Tuhan tengok ni. Memanglah saya beli dua hidangan tapi harganya hanya RM7.90 bagi satu pinggan (sandwich).
“Saya ingatkan hidangan yang kecil je. Makanan kira- kira 1 pound di hotel yang mahal. Tak mengharapkan banyak tapi…” kata Bradley sambil mengagumi makanan yang diterima.
Makanan diterima bukan sahaja murah, bahkan Bradley juga berkata sandwich berkenaan sedap dan menepati cita rasanya.
@bradleyshow Kinda blew me away. Malaysian Room Service in an expensive hotel. #malaysia #roomservice ♬ original sound – Scuffed Brit
Tonton video penuh [DI SINI].
Orang Ramai Turut ‘Speechless’ Lihat Harga Makanan Di Hotel Itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut tergamam mendengar harga sebegitu yang dicaj oleh pihak hotel.
“Ni sangat murah untuk makanan di hotel. Tu nampak macam club sandwich (premium) yang kebiasaannya mencecah harga RM25 ke RM30,” kata seorang lelaki.
Malah ramai juga meluahkan rasa minat untuk mengunjungi hotel terbabit pada masa akan datang.
“Nak tempah hotel ni la bila bercuti dengan Port Dickson nanti,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, harga sandwich di hotel berkenaan adalah terlalu murah jika dibandingkan dengan yang dijual di kedai serbaneka atau seumpama dengannya.
“Serius? Saya pernah kerja di hotel. Hotel mana ni? Tu murah sangat. Dekat restoran mamak pun tak boleh dapat harga tu,” kata seorang warganet.








Keluarga Dari UK Anggap Menu Five Guys Di Negara Mereka Tak Sebagus Di Malaysia
Terdahulu, sebuah keluarga yang berasal dari United Kingdom (UK) dikenali sebagai The Unconventional Fam berkongsi pendapat mereka mengenai hidangan dari sebuah restoran makanan segera iaitu Five Guys di dua buah negara yang berbeza.
Wanita ini memberitahu bahawa dia pernah mencuba menu burger dan kentang goreng di salah satu cawangan Five Guys di Malaysia dan mahu mencuba makanan sama di UK.
Jika dilihat dari segi menu, cawangan di negara kelahirannya itu lebih bervariasi jika dibandingkan di Malaysia.

Namun apa yang membuatkan mereka sekeluarga berasa agak kecewa selepas gigitan pertama adalah kerana hidangan di cawangan UK kurang enak.
Malah, mereka semua bersetuju bahawa menu burger dan kentang goreng yang dimakan di Five Guys Malaysia lebih sedap.
Bukan itu sahaja, mereka juga berasa hampa dengan cawangan di UK kerana mendakwa hanya diberikan sos mayonis di dalam burger. Sebaliknya cawangan di Malaysia memberikan sos barbeku yang membuatkan rasanya lebih menyelerakan.
Baca Artikel Berkaitan: “Masuk Kedai Pilih Lauk & Makan” – Mat Saleh Ini Kongsi Konsep ‘Nasi Campur’ Versi Amerika
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mat Saleh Cuba Menu Five Guys Di UK, Katanya Cawangan Di Malaysia Lagi Sedap
Baca Artikel Berkaitan: “Contoh Baik Untuk Ajar Anak” – Mat Saleh Kagum Ramai Rakyat Malaysia Boleh Cakap Lebih 1 Bahasa
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.