Now Reading
“Entah-entah Ada OT” – 2 Pengemis Di Kuantan Didakwa ‘Tukar Syif’ Undang Perhatian

“Entah-entah Ada OT” – 2 Pengemis Di Kuantan Didakwa ‘Tukar Syif’ Undang Perhatian

Difahamkan kegiatan mengemis di antara dua individu itu berlaku di hadapan Kuantan City Mall, Pahang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, semakin tular isu golongan pengemis yang berpura-pura susah dan mengaut keuntungan daripada orang ramai. Pelbagai taktik dilakukan oleh mereka sebagai contoh memakai pakaian yang lusuh untuk merdepaya orang.

Seperti sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan seorang makcik sedang mengutip dan meminta derma daripada orang ramai yang berkunjung sekitar kawasan kedai di Wangsa 118, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Namun perkara yang mengudang perhatian adalah makcik berkenaan diilihat menggunakan kereta jenis Proton X50. Tambah perakam video itu, pengemis yang meminta sumbangan itu berada di kawasan tersebut sejak 9.30 pagi sehinggalah menjelang waktu petang.

Baca Artikel Berkaitan: “Banyak Kes Macam Ni” – Wanita Dakwa Pengemis Di Wangsa Maju Guna Proton X50 Raih Perhatian [Video]

Dua Peminta Sedekah Ambil Syif Jadi Pengemis

Terbaharu, tular satu hantaran di laman X (Twitter) menyaksikan situasi di hadapan pusat membeli-belah Kuantan City Mall, Pahang.

Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang peminta sedekah yang berada di atas sehelai tikar dilihat mengambil tabungnya dan berlalu pergi sebaik seorang lagi pengemis berpakaian warna putih datang ke situ.

Lelaki berbaju putih itu kemudian membetulkan tikar di tepi jalan raya terbabit dipercayai untuk meneruskan aktiviti mengemis.

Situasi tersebut dilihat seolah-olah pengemis berkenaan bertukar syif kerja. Seorang pada waktu pagi, dan lagi seorang pada waktu petang.

“Ingatkan kerja kilang je tukar syif. Jadi peminta sedekah pun ada syif juga rupanya. Entah-entah ada OT (kerja lebih masa) sekali ni,” ujar pengendali akaun X (@kamaghul).

Ramai Mula Ragu-ragu Dengan Golongan Pengemis

Hantaran tersebut telah mendapat perhatian ramai pengguna X. Golongan masyarakat dilihat mula skeptikal dengan pengemis kerana tidak pasti mereka bersikap jujur atau sebaliknya.

“Aku secara peribadi susah sikit nak bagi orang sedekah macam ni. Banyak yang tipu. Lebih baik masuk duit dalam masjid je,” kata seorang warganet.

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman mereka berjumpa dengan individu yang menipu menjadi seorang pengemis.

“Pernah jumpa orang minta sedekah dekat masjid berkaki ayam. Cakap datang dari jauh berkaki ayam, kaki jingkit-jingkit. Tak makan nasi apa semua lagi. Lepas dapat duit boleh pergi tangga sauk (pakai) selipar lepas tu beredar dengan selamba macam orang sihat ya,” dakwa seorang lelaki.

Sementara itu, segelintir individu turut berseloroh melihat situasi tersebut.

“EPF, SOCSO pun ada. Berminat boleh hantar resume,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sumber: X (@kamaghul)

Masyarakat Terlalu Murah Hati Hulur Sumbangan Kepada Pengemis

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum ini berkata sikap murah hati orang ramai yang memberi sumbangan kepada peminta sedekah menjadi halangan utama bagi pihak tersebut bagi menangani kegiatan pengemis.

Ia sekaligus menggalakkan aktiviti mengemis secara berterusan dan sukar untuk dibendung.

Sumber: Jawa Post

“JKM sentiasa berusaha untuk menangani isu pengemis melalui pendekatan kempen kesedaran dan pencegahan mengemis seperti ‘Kempen Bijak Membantu, Elak Tertipu’ yang dilaksanakan sebagai usaha strategi jangka panjang untuk meningkatkan kesedaran kepada masyarakat.

“Melalui kempen ini, masyarakat seharusnya menyalurkan sedekah atau sumbangan kepada saluran yang betul seperti rumah kebajikan, pertubuhan sukarela kebajikan yang berdaftar, pertubuhan amal, rumah ibadat dan Yayasan Kebajikan Negara,” kata pihak JKM.

Selidik Sebelum Beri Sedekah

Terdahulu, ADUN kawasan Skudai, Marina Ibrahim menerusi satu ciapan di laman X (@Marina_Ibrahims) turut menasihati orang ramai agar menyelidik terlebih dahulu sebelum menghulurkan sumbangan wang kepada seseorang bagi mengelakkan aktiviti scam berleluasa.

Jelasnya, pemikiran sesetengah individu yang bersangka baik selain menyerahkan urusan pengemis bersama Tuhan adalah satu konsep yang salah.

Sumber: Kogin

Dalam pada itu, YB Skudai tersebut turut berkata pihak berkuasa seperti JKM dan Baitulmal juga sering ditipu oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bahkan, dirinya juga tidak terkecuali apabila sering ditipu oleh pengemis termasuklah golongan yang menyamar diri mereka cacat.

Baca Artikel Berkaitan: Pengemis Pandu Honda CRV: Marina Ibrahim Minta Orang Ramai Selidik Sebelum Sedekah

Baca Artikel Berkaitan: Pengemis Warga Asing Kutip RM400 Hingga RM500 Sehari Di Bazar Ramadan, Siap Tidur Hotel


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd