Now Reading
Anjing Liar ‘Pecah Masuk’ Rumah Kejar Kucing, Ramai Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Anjing Liar ‘Pecah Masuk’ Rumah Kejar Kucing, Ramai Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan

Difahamkan, laporan kepada pihak berwajib tentang kehadiran anjing liar yang banyak di kawasan perumahan itu sudahpun dibuat bagi membendung perkara yang tidak diingini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anjing merupakan haiwan belaan yang mudah dilatih dan sering dianggap setia kepada manusia. Namun tidak semua bernasib baik untuk dibela, apatah lagi apabila terbiar tanpa pengawasan di kawasan awam atau perumahan.

Biarpun begitu, sama sahaja seperti nasib haiwan terbiar lain, masih ada anjing liar yang hidupnya sekadar berkeliaran di jalanan. Ada yang jinak, namun tidak kurang juga yang menunjukkan tingkah laku agresif dan membahayakan.

Itulah yang berlaku dalam sebuah kejadian yang tular baru-baru ini apabila sekumpulan anjing liar memasuki kawasan rumah dan mengejar seekor kucing peliharaan, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anjing Terlepas Naik Tren, Netizen Puji Orang Ramai Tak Panik & Cuba Bawa Ia Keluar

Baca Artikel Berkaitan: “Pulangkan Air Mataku” – Aksi Anjing Berlakon Kaki Lumpuh Raih 2.5 Juta Tontonan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hujan Lebat Sebabkan Anjing Berteduh Depan Pintu Rumah, Tindakan Lelaki Ini Biarkan Ia Rehat Raih Pujian

Anjing Liar Masuk Rumah Kejar Kucing Bawah Kereta

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@noorazmanalias), video rakaman kamera litar tertutup (CCTV ) yang dimuat naik memaparkan detik cemas apabila beberapa ekor anjing liar menyusup masuk ke kawasan rumah.

Anjing-anjing itu dilihat menyelit masuk melalui celah besi pagar dan lubang longkang dalam usaha mengejar seekor kucing.

Kucing berkenaan yang kelihatan ketakutan melarikan diri dan sempat menyorok di bawah sebuah kereta sebelum terus dikejar hingga ke tepi rumah.

Enam ekor anjing dilihat meluru ke arah kucing itu sebelum diikuti beberapa ekor lagi dari luar kawasan.

Kekecohan itu akhirnya berakhir apabila lampu bahagian hadapan rumah terpasang, menandakan penghuni rumah menyedari kehadiran haiwan-haiwan tersebut.

Menurut pemilik video, aduan mengenai kehadiran anjing-anjing liar itu telahpun dibuat. Dia sempat menambah luahannya di ruangan kapsyen dengan menulis, “Dah macam zoo… Seram kalau dengar.”

Bagaimanapun dia memaklumkan bahawa kucing yang dikejar selamat sepenuhnya.

@noorazmanalias

Dah Macam Zoo… Aduan Dah Di Buat.@nurnadhira_zakaria

♬ O Multiverso – Leonardo Travensoli
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Berang, Gesa Tindakan Diambil Segera

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa marah dan bimbang dengan situasi itu.

Ramai yang terkejut melihat jumlah anjing liar yang banyak memasuki kawasan rumah, sekaligus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penghuni, terutama jika terdapat kanak-kanak.

Sumber: TikTok @noorazmanalias

Ramai yang menggesa agar pihak berkuasa bertindak segera sebelum berlaku kejadian yang lebih serius.

Ada juga yang mencadangkan agar pemilik video segera membuat laporan susulan bagi memastikan tindakan pantas dapat diambil terhadap isu anjing liar yang berkeliaran bebas.

Sumber: TikTok @noorazmanalias
Sumber: TikTok @noorazmanalias

Anjing Liar Serang Kanak-Kanak 4 Tahun

Sebelum ini, pernah tular satu insiden di mana seekor anjing liar bertindak menyerang seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Dalam rakaman kejadian, kanak-kanak itu pada mulanya dilihat berjalan ke arah sekumpulan anjing yang sedang berehat di bawah sebatang pokok.

Namun tidak lama kemudian, dia mula berlari menyebabkan anjing-anjing tersebut mengejarnya. Setelah beberapa ketika, kumpulan anjing itu berhenti dan meninggalkan kanak-kanak itu tanpa sebarang kecederaan.

Tetapi tidak lama kemudian, dia pula yang mengejar anjing-anjing tersebut menyebabkan dirinya dikepung semula.

Dia cuba mempertahankan diri namun akhirnya diterkam oleh salah seekor anjing lalu terjatuh.

Kejadian itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian badan. Mujur, seorang lelaki yang kebetulan melalui kawasan itu dengan motosikal bertindak pantas menyelamatkannya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Klip CCTV Dedah Momen Kanak-kanak 4 Tahun Diserang Anjing Liar Di Langkawi

Baca Artikel Berkaitan: Tular Owner Anjing Bawa Haiwan Peliharaan Mandi Pantai Di Pulau Pinang Raih Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kenal Orang Baik” – Lelaki Kongsi Rezeki Dengan Anjing Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd