Now Reading
[Video] Gosip Dengan Bapa Tak Pandang Kiri Kanan, Reaksi Si Anak Kantoi ‘Ngumpat’ Ibu Bikin Dekah

[Video] Gosip Dengan Bapa Tak Pandang Kiri Kanan, Reaksi Si Anak Kantoi ‘Ngumpat’ Ibu Bikin Dekah

Menerusi video berkenaan, si anak dan si ayah kelihatan sedang rancak ‘bergosip’ sebelum dikejutkan dengan kehadiran si ibu yang sedang memerhati gelagat mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi ibu bapa, pastinya seronok apabila anak-anak yang petah berkata-kata berbicara dijadikan teman berborak, lebih-lebih lagi apabila celotehnya mencuit hati.

Umum juga mengetahui, kanak-kanak memang jarang menipu, dan kebiasaannya mereka lebih rapat dengan si ayah. Situasi ini kadangkala mencetuskan perbualan-perbualan “rahsia” yang tidak disangka mampu mengundang gelak tawa.

Itulah yang berlaku kepada seorang anak kecil ini apabila secara bersahaja bergosip dengan bapanya tentang si ibu, tanpa menyedari kehadirannya di belakang mereka.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat

Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

Baca Artikel Berkaitan: “Minta Terus Bagi” – Ibu Kongsi Perubahan Positif Anak, Kesan Lawatan Ke Muzium Penjara Malaysia

Sedap Mengata, Tak Sangka Mak Di Belakang

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@kakakjellypool), seorang wanita sempat merakam gelagat anaknya yang sedang bersembang dengan si bapa di hadapan rumah mereka.

Dalam perbualan itu kedengaran si anak menyatakan warna matanya sama seperti bapanya, sambil menambah bahawa mata ibunya pula tidak seperti mereka berdua. Tanpa sedar, ibunya berada betul-betul di belakang sedang merakam situasi itu.

Sejurus menyedari kehadiran si ibu, reaksi si anak berubah serta-merta. “Eh, mata mummy warna samalah!” katanya tergesa-gesa sambil terkejut. Si bapa yang tidak dapat menahan ketawa terus tergelak besar melihat situasi lucu itu.

Si ibu kemudian mendekat dan merakam wajah si anak dari depan. Gelagat si kecil yang kelihatan cuak dan hanya mampu ketawa secara tidak ikhlas benar-benar mencuit hati ramai.

https://www.tiktok.com/@kakakjellypool/video/7492749272870374663?_r=1&_t=ZS-8vW3n9eRn8M
Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Terhibur Lihat Anak Pura-Pura Ketawa

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan cara si anak cuba “cover line” selepas menyedari dirinya kantoi. Ada yang memuji kepantasan responnya dalam menukar topik demi menyelamatkan diri.

Ramai juga berjenaka bahawa si ibu pasti seorang yang garang, melihat kepada reaksi si anak yang kelihatan sangat takut.

Sumber: TikTok @kakakjellypool
Sumber: TikTok @kakakjellypool
Sumber: TikTok @kakakjellypool

Seorang pengguna TikTok turut meninggalkan komen lucu, “Gerak-geri sedang dipantau harimau,” menggambarkan bagaimana si anak sentiasa dalam pemerhatian si ibu.

Sumber: TikTok @kakakjellypool

5 Perkara Perlu Elak Jika Mahu Anak Cepat Lancar Bertutur

Jika anda inginkan anak cepat petah dan lancar bercakap, anda bukan sahaja perlu tahu apa yang patut dilakukan, malah penting juga untuk tahu apa yang sebaiknya dielakkan. Antaranya:

#1. Elak Gajet Berlebihan

Penggunaan gajet terlalu lama boleh melambatkan perkembangan pertuturan anak. Hadkan masa skrin dan jangan biarkan mereka bermain sendirian. Luangkan lebih masa berinteraksi dan berbual secara langsung.

#2. Jangan Abaikan Aktiviti Menyanyi & Membaca

Terlalu bergantung pada skrin menjadikan anak kurang terdedah pada kosa kata sebenar. Aktiviti menyanyi dan membaca buku cerita bantu memperkayakan bahasa dan membina kemahiran mendengar serta mengingat.

#3. Jangan Terus Guna Ayat Panjang

Bila anak mula bercakap, bantu mereka panjangkan ayat secara berperingkat. Jangan terus guna ayat kompleks, sebaliknya tambah sedikit demi sedikit mengikut kemampuan mereka.

#4. Jangan Diam Sepanjang Masa

Gunakan teknik “self talk” iaitu bercakap sambil melakukan perkara yang dijelaskan itu. Contohnya, “Ayah sedang menulis, selepas ini kita membaca” dalam masa yang sama dia sedang mengarang.

Ini dapat membantu anak faham maksud setiap perkataan dan perlakuannya menggunakan struktur ayat dengan lebih mudah.

#5. Jangan Paksa Anak Bercakap

Memaksa anak hanya akan buat mereka tertekan. Elak tanya terlalu banyak soalan. Sebaliknya, guna ayat penyata dan beri ruang untuk mereka memproses maklumat mengikut rentak sendiri.

Baca Artikel Berkaitan: “Comel Je!” – Gelagat Si Kecil Halau Ayah Balik Ketika Tunggu Di Luar Kelas Buat Ramai Geli Hati

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai Geli Hati Tengok Kanak-Kanak Takut ‘Dikelilingi’ Rambutan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd