Now Reading
“Tak Sayang Nyawa Ke?” – Proton X50 Selamba Main Tekan Brek Ulang Kali Bikin Ramai Berang

“Tak Sayang Nyawa Ke?” – Proton X50 Selamba Main Tekan Brek Ulang Kali Bikin Ramai Berang

Dakwa pengendali akaun Facebook Penang Kini, aksi menekan brek dengan mengejut oleh pemandu Proton X50 itu sudah berlaku sejak 2022 lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, memandu dengan cermat dan berhemah merupakan aspek paling penting yang perlu diutamakan oleh semua individu ketika berada di atas jalan raya.

Pun begitu, masih ada yang berdegil dan sengaja membuli pemandu lain atas kepentingan diri sendiri. Seperti pada tahun lalu, tular di media sosial menyaksikan sebuah kereta jenis Perodua Axia dibuli oleh sebuah trak pikap, Triton Mitsubishi yang datang dari arah jejambat.

Dalam klip tersebut, kelihatan kenderaan 4×4 itu terpaksa brek mengejut selepas menyedari keberadaan Axia di lorong kiri.

Difahamkan, pemandu Triton itu berasa tidak puas hati lalu bertindak menghimpit Axia sehingga menyebabkan si pemandu perlu membelok ke kiri agar tidak dirempuh.

Baca Artikel Berkaitan: “Berani Sebab Besar Ke?” – Axia Jadi Mangsa Buli Jalanan, Kena Himpit Dengan Trak Pikap

Baca Artikel Berkaitan: “Road Bully To The Max!” – Pemandu Lori Berlagak Samseng, Buli Myvi Di NKVE Sudah Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: “Perbuatan Buli Jalanan Adalah Jenayah” – PDRM

Proton X50 Selamba Tekan Brek Banyak Kali, Sengaja Buli Pemandu Lain

Terbaharu, tular satu hantaran di laman Facebook Penang Kini, menyaksikan sebuah kereta jenis Proton X50 berwarna merah yang memandu secara tidak berhemah sekitar Pulau Pinang.

Menerusi video perkongsian, kelihatan pemandu kereta tersebut menekan brek secara melulu di bulatan Udini walhal tiada kenderaan di hadapannya. Difahamkan, perbuatan itu adalah disengajakan bertujuan untuk membuli pengguna jalan raya di sana.

Bukan setakat satu atau dua kali, tetapi aksi sama berulang dengan kerap hingga membuatkan pemandu di belakang berasa berang. Perbuatan tidak bertanggungjawab itu sekaligus menyebabkan aliran trafik semakin sesak.

Aksi Pemandu X50 Sengaja Tekan Brek Berlaku Sejak 2022

Dalam hantaran itu, kelihatan kereta sama telah melakukan onar tersebut sejak dahulu lagi yang didakwa berlaku pada tahun 2022.

Kendengaran juga seorang pengguna jalan raya telah membunyikan hon dengan lama sebaik pemandu X50 menekan brek dengan mengejut meskipun laluan pada ketika itu lengang.

Kejadian itu pula didakwa berlaku pada tahun lalu, 2024.

“Road bully (buli jalanan) Proton X50 merah anak hantu Penang ni pernah tular sebelum ni sejak 2022 lagi. Terbaharu, baru-baru ni (tahun) 2025 dia buat hal lagi dekat bulatan Udini.

“Mungkin periksa brek tu sebagai hobi jika dia tak puas hati,” dakwa pengendali akaun.

Ramai Tidak Puas Hati Lihat Aksi Pemandu X50 Yang Membahayakan Nyawa Orang Lain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dengan sikap pemandu yang dikatakan sengaja memudaratkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Patutnya dah kena gantung lesen. Bahayakan nyawa pengguna lain. Banyak kali kes berulang. Nampak sangat tak insaf,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga berharap agar pelaku dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

“Pihak berwajib, pergi cari siapan dia dan apa masalahnya. Berpenyakit ke, rabun ke, atau tantrum? Nanti naya orang orang tak bersalah (jadi mangsa),” ujar seorang wanita.

Sumber: Facebook Penang Kini

Buli Jalan Raya Adalah Kesalahan Jenayah

Terdahulu, pihak PDRM telah memuat naik hantaran di laman Facebook (Polis Diraja Malaysia) untuk mengingatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan buli jalan raya. 

Untuk info, seseorang itu boleh dikategorikan sebagai pembuli jalan raya apabila mereka melakukan tindakan agresif yang melanggar peraturan lalu lintas sehingga boleh merisikokan nyawa orang lain.

Terdapat tiga kategori pembuli jalan raya iaitu:

  • Membuli secara fizikal: memukul atau mengugut mangsa.
  • Membuli secara mental: mengeji dan memaki hamun mangsa dengan kata-kata kesat.
  • Buli jalanan: memandu secara tidak beretika dan dalam keadaan bahaya, mengganggu pemandu lain dan membuat provokasi terhadap mangsa. 

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik menegaskan bahawa perbuatan buli jalanan ini merupakan satu kesalahan jenayah.

Jadi kepada mana-mana individu yang menjadi mangsa buli jalanan, anda diminta untuk segera melaporkan kes tersebut di balai polis berhampiran untuk membolehkan pembuli dikenakan tindakan sewajarnya. 

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Memandu Iswara Biru Secara Berbahaya Di JB Sudah Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: “Nasib Baik Tak Kemalangan”- Pemandu Berang Jadi Mangsa Buli Jalan Raya Lepas Beri ‘High Beam’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Pemandu Toyota Hilux Putih Sudah Ditahan Bantu Siasatan Buli Jalan Raya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd